"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Thursday, September 6, 2012

Mencari

Kelas baru habis.Suasana sekolah memang bising, dan lagi merumitkan kepala apabila ada rakan sendiri bercanda haram dan berdua-duaan.Ah, biarlah! 

Sebelum pulang, aku akan lepak di hujung, tingkat paling atas blok bangunan.Di sini damai, tenang dan senyap.Kadang-kadang bunyi kenderaan dan suara rakan perempuan yang lepak di bawah.

Aku duduk di kerusi seperti orang malas.Memandang ke langit.Cuaca redup hari ini.Pada ketika itulah aku mula berfikir.Befikir adalah hobi yang baik.Lagi baik dengan zikir.Hujung blok atas bilik kaunseling SMKTIZ ini adalah port terbaik bagi aku untuk berfikir.Ini sekolah, maka wajar jadi tempat berfikir.

Menemani aku saat ini cuma buku tentang ideologi yang aku pinjam dari perpustakaan sekolah.Sudah dua minggu aku terlewat tempoh meminjam. Aku akan bayar denda, kerana isinya bagus aku rela membeli ilmunya. Buku membawa aku berjalan. Berjalan di atas, jauh dan luas.Merentas tujuh lautan untuk mencari makna hidup aku sendiri.

Tetapi sekarang ia seolah-olah, aku hanya seperti orang asing kepada diri sendiri.Dan semua perkara yang kadang-kadang aku lakukan, ia bukan aku tetapi orang lain. Jiwa kacau, tapi tenang. Ada sesuatu tidak kena. Tentang aku sendiri dan juga rakan-rakan telah berada di menara gading.

Aku menutup mata dan berfikir tentang rumah.Memikirkan bahawa aku sedang berjalan di rumah saat ini.Mencari diri di rumah.Apakah kehidupan aku di rumah sama seperti apa yang aku mahukan di luar? Aku terfikir lagi, mengapa aku di sekolah? Seperti aku direkasaya oleh orang-orang yang menjauhkan aku dari makna hidup yang sebenar.

Mereka memaksa aku membina kota.Seperti kota-kota yang telah tersergam itu.Kata mereka inilah kemajuan manusia.Aku cuma perlu menjual kepenatan untuk kaya.Tapi mengapa ada yang tertindas? Lalu aku teringat tentang ajakan seorang sahabat untuk menyertai perjuangan di Khorasan.Seolah-olah mereka berkata, "Inilah makna hidup!"..

Tapi aku tetap gusar.Seperti tahun-tahun yang berlalu sia-sia.Membuat aku ingin menangis dan ingin menyentuh langit.Mahu aku pulang ke waktu kecilku!

Tersentak! Aku tertidur rupanya.

Perut berkeroncong.Aku lekas bangun untuk pulang.Aku berjalan menuruni anak tangga.Suasana hening kerana pelajar-pelajar lain sudah pulang.Cuma tinggal segelintir sahaja.Pecanda haram juga tiada lagi.Ada sekumpulan gadis kecil yang aku kenal melambai-lambai.Aku senyum sahaja sambil mendekati motorsikal.Langsung bermonolog, "aku harus cari lagi, inilah ujian tuhan" ...




Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk didalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Allah tiadalah Engkau menciptakan bumi ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa api neraka - surah al-Imran ayat 191

1 comment:

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...