"Masih ada yang terus berani dan biadap terhadap Islam. Sebarkan sahabat-sahabat semua."..
Bagaimana boleh orang lain tak biadap dengan Islam? Sedang masih ada umat Islam itu biadap pada agama sendiri.
Bila ada orang menghina, kita terus marah..Lepas 2-3 hari, marah pun hilang.Selepas itu kembali normal dan hidup macam biasa..Tahun depan ada orang hina kita lagi, kita pun marah lagi.Tiada gerakan menentang secara tersusun dan sistematik.Kita masih berpusing-pusing di tempat yang sama.Masih itu-itu juga.Esok lusa kita mati,anak-anak kita menyambung lagi kerja itu berkali-kali sehingga mereka juga mati.
Sampai bila??
Saya sering berdepan dengan retorika saban musim
peperiksaan.Lebih-lebih lagi motovasi dari pengetua sekolah saya.Walaupun pengetua tidak tahu apa itu 'perlumbaan
tikus', tapi beliau tetap serukan kesungguhan dan mengharapkan kebangkitan.Semangat beliau jelas pada wajah ketika berucap.Saya lebih tertarik bila beliau sebut, ''Kita masih ketinggalan di belakang dalam banyak perkara".
Memang benar kata beliau.Kita mengaku kita maju.Sosio dan cara hidup kita sentiasa up-to-date.Sentiasa hidup berfesyen dan mengikut viral-viral yang menjadikan dunia kelihatan warna-warni.Tapi indah pada pandangan siapa sebenarnya?
Saya tertarik gaya Yahudi menyampaikan dakyah buruk mereka.Minda manusia boleh diedit dengan mudah,tanpa perlu melalui proses makmal atau dera paksa.Manusia tidak suka paksaan melainkan dengan cara lembut.Sebab itulah Yahudi sentiasa menang dalam medan perang pemikiran.Kerana mereka sentiasa masuk dalam apa yang manusia suka.
Saya pernah tonton sebuah filem dokumentari "Justin Bieber: Never Say Never".Saya melihat bagaimana wanita tergila-gilakan budak lelaki tersebut.Ada kanak-kanak berusia lingkungan 10-12 tahun menangis syahdu apabila Bieber di atas pentas.Ada remaja perempuan seperti kerasukan merempuh benteng manusia untuk mendapatkan Bieber.Seakan-akan mereka berada dalam satu majlis ritual dan sayu melihat 'tuhan' di pentas.
Inilah menjadikan saya sedih mengenangkan nasib mereka yang berkebolehan dalam sesuatu perkara.Mereka berkemampuan menyampaikan sesuatu yang kreatif kepada khalayak ramai.Tapi kreativiti itu tidak digunakan untuk perjuangan Islam.Sayangnya rahmat Allah bagi dibazirkan oleh kita sedemikian.
Saya melihat Vlogger, mereka guna untuk melawak sahaja.Saya melihat orang berbakat menyanyi, tapi menyampaikan kata-kata palsu sahaja.Lagi sedih melihat karyawan-karyawan melawak bodoh di atas pentas dan mencipta cerita-cerita hantu untuk kaya.Makin saya faham maksud pengetua berkenaan kita masih di belakang.
Gunalah kebolehan kita saudara-saudari.Gunalah untuk perjuangan Islam.Masuklah dalam apa saja perkara yang manusia suka.Betapa buruk perkara yang manusia suka, Islamkan perkara tersebut.
Seandainya kafir itu menyerang kita dengan filem dengan menunjukkan keburukan tentang Islam.Cubalah menyerang balik menggunakan filem juga dengan memberi pencerahan berkenaan Islam.Berfikirlah bersungguh-sungguh, bayangkan seperti musuh di depan.Percayalah,Allah pasti membantu. Saya tabik filem Kurbaan,sebuah filem Bollywood yang bertindak sebagai senjata untuk menyerang musuh Islam yang sentiasa melabel Islam sebagai Terrorist.Nak tahu isinya lagi, tontonlah sendiri.Gayanya sesuai dengan nama Islam itu sendiri iaitu kesejahteraan.Bukan dengan cara penghinaan seperti cara mereka punya.
Jika dia menghina islam , lalu orang islam menghina dia kembali.Jadi , apa bezanya orang islam dengan dia? Ingatlah ketika Nabi Muhammad saw dihalau
serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda
tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah swt memberi petunjuk dan
hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh
terbaik daripada Rasulullah saw sendiri.
..Kita marah bila dihina.Tapi kita tidak berusaha untuk elak orang terus hina kita.Jika tidak mahu terus dihina, mara ke depan dalam banyak perkara.Itu lebih baik..Kalau terus bermalas-malasan dan cuma tahu tunjuk marah sahaja..
Tunggulah dihina sekali lagi.Teruskan marah itu, share lah tentang orang yang hina kita.Biar seluruh dunia marah. Percayalah, ada orang yang akan tertawakan kita.Dek kebodohan tindakan tersebut.Kerana dari awal lagi mereka memang merancang untuk ketawa tentang kebodohan kita.Semakin banyak mereka melihat kebodohan itu, makin mereka rasa kita lemah dan merasa mereka lebih kuat.Ketika itulah masa terbaik untuk mereka melancarkan serangan besar-besaran supaya kita kekal menjadi yang terhina.
Bangunlah.Perubahan itu tidak akan berlaku dengan menantikan sumpahan.Buatlah apa sahaja yang kita mampu.Saya nak bagitahu tentang tindakan saya.Tapi bukan berniat mahu riak melainkan mengajak pembaca mengikuti apa yang saya lakukan.Menulis bukanlah bidang saya, tapi saya cuba menulis.Alhamdulillah blog ini dimanfaatkan ramai orang.Saya juga cuba berpuisi walau saya bukanlah peminat bahasa, yang akhirnya saya dijemput untuk menulis dalam zine RepublikSeni.Sekarang saya mula berjinak dengan teater walaupun saya tidak suka lakonan.Ditakdirkan pada suatu hari ada rakan saya minta tolong untuk tuliskan skrip untuk mereka.Ketika itulah saya dapat idea atas rahmat Ilahi untuk sampaikan mesej dakwah melalui teater tersebut.Malah, saya amat senang hati apabila melihat rakan perempuan kelas saya mengenakan pakaian labuh, menutup aurat dengan sempurna ketika latihan teater diadakan.
Buatlah apa perkara sekalipun dengan kesungguhan.Berjaya atau tidak bukan kerja kita.Kerana itu kurniaan Allah belaka.Tapi apa yang penting kita buat ataupun tidak.Apa bakat dan kebolehan yang kamu ada, guna.Apa cara yang kamu percaya, pakai.Tapi sebelum itu, fikir dahulu sebelum buat.Moga tindakan itu menjadi saksi di akhirat kelak.Jangan melihat siapa saya yang berkata tapi lihatlah apa yang diperkatakan.Anggaplah ini seruan kebangkitan. Sekian
salam,really like this entry...keep it up for our ummah..moga usaha penulisan y sederhana ini menjadi nilaian Allah kelak.
ReplyDelete