"Sayang, bila nak pakai
tudung? Pakai la dari sekarang, berlatih awal-awal." pinta si lelaki
dengan lembutnya. Dia menanti jawapan isterinya.
Si
isteri melihat suami tersayang dia sekejap lalu menjawab. "Sayang
memang teringin nak pakai pun. Tapi sebelum tu, sayang nak tanya. Kenapa
sayang perlu tutup aurat? Kalau boleh sayang nakkan jawapan yang lain
daripada yang lain, bukan jawapan tipikal semata-mata."
Si
lelaki terdiam sekejap. Setelah puas berfikir, dia pun mula berkata.
"Sebab abang tak mau kongsi kecantikan sayang dengan lelaki lain. Abang
nak hanya diri abang je yang boleh tengok aurat sayang sekarang ni.
Si
isteri kemudian memandang ke arah suaminya lagi sekali lalu bertanya.
"Kenapa pulak lelaki lain tak boleh tengok? Apa salahnya diorang
tengok?"
"Takde masalah pun lelaki lain nak tengok,
asalkan sayang pun takde masalah nak kongsi cinta abang dengan
perempuan lain kalau abang nak kawin lagi." Jelas si lelaki sambil
menjawab pertanyaan isterinya dengan selamba.
Sayang, tutuplah aurat.. :D
No comments:
Post a Comment