"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Monday, September 10, 2012

Apabila Gangnam style jadi isu ..

Demam Gangnam sudah lama dekat Malaysia.Tapi pena Musafir Hairan baru saja mahu menulis tentang perkara ini setelah mendapat tahu ada rakan-rakan di Facebook menyebarkan mesej seperti di bawah.

 Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam.Hati-hati kerana boleh membawa murtad.

Saya hairan.Betul ke itu maksud Gangnam style begitu? haih~ Jadi saya terpaksalah kaji sendiri serba sedikit dan terbuka hati untuk menulis tentang perkara ini.




Gangnam

Secara faktanya, Gangnam ada sebuah nama tempat di Seoul.Gangnam bermaksud Sungai Selatan, Gang ialah sungai dan Nam bermaksud selatan.Sebuah tempat berkumpulnya golongan elit yang hidup dalam kemewahan.Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.
Gayanya memanglah tidak senonoh yang menunjukkan budaya hedonisme, percampuran lelaki dan perempuan serta tidak menunjukkan nilai-nilai akhlak yang baik.Malah video klip PSY juga banyak menonjolkan gerakan yang tampak lucah dan tidak bermoral.





Jadi, dengan alasan inilah umat Islam itu harus menjauhi budaya tersebut.Tetapi itu bukan alasan bagi umat Islam itu sendiri menyebarkan berita palsu mengenai Gangnam itu bermaksud ''Saya ingin menjadi Yahudi''.Perkara begini juga tidak senonoh.Jika mereka yang bukan Islam mendapat tahu bahawa umat Islam mula mencipta rumors seperti ini, agak-agaklah kan.. Apa yang mereka fikir? Mestilah mereka ingat umat Islam sekarang adalah berfikiran sempit,malas mengkaji dan membutatuli menuduh itu dan ini.

Jangan pula kita melawan Gangnam style atas alasan kurang minat.Mungkin akan menjadi isu baru ataupun terjadi perbalahan kepada yang minat. Tapi,biarlah dengan alasan yang kukuh atas prinsip menentang hedonisme misalnya,pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak.Lantas, menggunakan dalil-dalil yang sepatutnya. 


Hedonisme

Kamus Dewan mendefinisikan hedonisme sebagaipegangan atau pandangan hidup yang mementingkan kesenangan hidup’. Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’.



Gangnam style itu adalah hedonis. Apabila kita melawan Gangnam dipromosikan, bukan bermaksud kita setakat menentang Gangnam sahaja.. Apa-apa bentuk hedonisme yang lain juga kita lawan.Tak kiralah unsur hedonisme itu dalam Hollywood,Bollywood,K-pop mahupun industri hiburan dalan negara kita sendiri.Mahu berhibur, buat sajalah tapi ada batas-batasnya.Anda tergila-gilakan artis-artis yang tidak tahu pun anda wujud,sedangkan anda melupakan Dia yang membuat anda wujud.Antara artis dengan Pencipta kita, bila datang kedua nama ni, mana yang mmbuatkan kita lebih excited? Muhasabah.



Rumors.

Berkaitan penyebaran statement palsu di atas, saya ingin tegaskan bahawa kita tidak boleh menyebarkan sesuatu perkara yang kita belum pasti kerana hakikatnya akan menjadikan masyarakat umum itu sibuk berfatwa sendiri.

Sebelum isu statement palsu mengenai Gangnam style, telah banyak rumors lain saya jumpa.Contohnya kes yang melibatkan siri kartun Upin dan Ipin itu adalah agenda Yahudi juga,

"Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."

Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon."


Sejauh mana kebenaran ini? Saya sendiri pun tidak tahu. Tahukah kenapa rumors ini dicipta? Tidak lain tidak bukan mestilah kerana dengki dan tidak senang duduk atas kejayaan orang lain ataupun ingin mencari populariti setelah berjaya mencipta satu penyataan yang kontroversi. Teringat saya satu quotes, "Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots."


Maka, kaji dan telitilah sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum menyebarkan.Malah dalam al-Qur'an sendiri ada sebut.

Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.  -  surah al-Hujurat ayat 6-8

Wallahua'lam.. :D

3 comments:

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...