"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Monday, December 24, 2012

nasihat buat tuan

mana kuasa rakyat jika benar demokrasi
cuma kediktatoran borjuis menodai
apa pula keadilan
jika kehakiman dicabuli?

demokrasi menjadi sebatas mimpi
tidak lebih dari tabir menutup kerakusan
kerakusan dan ketamakan itu dosa, tuan.

tuan,
dunia ini bukan milik anda
ini kepunyaan semua kita di pilih tuhan
manusia terpilih menjadi pengganti-Nya
bukan?

walau siapa pun kita,
berkuasa memeras manusia lainnya.
mati adalah sahabat dekat
walau selalu terlupakan.

meratah tanah demi produksi semata
hingga marhaen terwujud hina
polusi menjadi saksi bisu kota-kota
dan malapetaka meraung malam siang

semua pasti diminta dipertanggungjawab
apakah tidak kita takut azab tuhan?

tuan,
kembalilah kepada tuhan
dunia milik-Nya
dan kita pengganti-Nya.


Friday, December 21, 2012

Sang Pemberani



Diketika aku sedang beretorik melaung panjang kata-kata juang. Aku disapa seorang pemuda,seorang yang pernah kusua tulisannya sebelum ini, Sang Pemberani namanya.

"Assalamua'laikum, apa khabar? Jangan lupa tambah ilmu Jihad juga ya, sebagai persediaan kita bersama ", pesan Sang Pemberani. Aku membalas setuju lalu mengucap selamat berjuang pada Sang Pemberani itu.

Tatkala sang pemberani meneruskan layarnya ke timur laut mengejar cinta abadi, pada yang sama aku sibuk dengan duniawi. Masih bermimpi dalam kegelapan walhal api jamung dan lampu suluh di sisiku.

Hari berganti hari, Sang Pemberani tidak terlihat lagi.Ke mana menghilang ku tidak tahu. Lalu aku lupakan saja Sang Pemberani itu. Turut pada pesanannya.

Pada satu malam musim langit menangis, sedang aku diam melayani sejuk dan sepi. Rasanya aku terpanggil sesuatu.Serta-merta aku terpana. Tidak sangka, ku lihat darah dikirim dari timur laut. Ah, darah Sang Pemberani-kah ini? .. Kawan, apa telah terjadi padamu?

Berderau ardenalin di sukma tubuhku. Tegak bulu roma. Teka teki hidup apa lagi ini?

Waima, ada sesuatu tertulis pada darahnya. Sepertinya satu nasihat, menjadikan aku serta merta keluar dari lena yang panjang. "Mati itu sahabat. Dia mengikutimu walau terkadang kamu melupakannya. Berkenalanlah dengannya sebelum ia menemui mu. Mati membawa kita bertemu pencipta kehidupan. Mati bagi mereha tkan seorang syuhada yang penat bertempur fisabillah,"

---
Pesanan terakhir rupa-rupanya.'Subhanallah! Kau telah syahid Sang Pemberani! Tempik hatiku..

Dalam pada itulah ku mula rasa galau. Terlampau galau menyakitkan sanubari. Sungguh. Ini soal memahami rasa, memaknai hangatnya rindu, pekat dan perihnya gejolak cemburu terhadap mereka yang mengejar cita-cita luhur ke syurga. Melihatmu pemuda biasa yang berani mencari keredhaan tuhan.Terlalu jauh untuk dibandingkan dengan diriku. Allah, masihkah wahan itu utuh di hatiku?

Aku cuma mampu menitiskan air mata, menangis bersama langit sambil menyaksikan diri yang tidak sepertimu.Aku tidak mampu mengangkat senjata. Tapi percayalah, dengan tinta aku akan berjuang. Bangga kerana pernah mengenalimu wahai sahabatku Sang Pemberani.Walau belum pernah aku kenal wajahmu. Telah tumbuh satu pohon dari dadamu, yang memanggil aku untuk tumpang berteduh. 




Terima kasih Sang Pemberani.
Damailah engkau di sisi tuhan..


211212



211212
berdebar seorang watan
juga gadis bertanyakan
pada sang ayah
apakah kiamat menjelang?
berpusu-pusu marga
sibuk berfatwa fatawi sendiri
bercakap ramalan itu dan ini.

211212
jangankan runtuh imanmu
kerana angka-angka mainan iblis.
kekacauan datang kehendak tuhan
bukan di tangan seorang peramal!
bukan kiraan para bijakpandai
sains geologi hatta matematika!

211212
itu cuma angka
penipuan lebih dasyat
mungkin pada tabirnya.
menyesatkan lagi
membutakan mata,
agar jauh dari taqwa!

ya tuhan,
jauhilah kami dari syirik
yang kami tahu,
mahupun kami tidak tahu.


 “(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.”
Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.
 Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 187).

Wednesday, December 5, 2012

Tunangku Revolusioner.

 
"Ilmu telah membantu manusia mengetahui rahsia-rahsia alam, dengan menggunakan fikiran yang kritis, manusia telah memanfaatkan ilmu untuk menghasilkan teknologi. Penghasilan teknologi pula digunakan untuk mengurangkan beban kerja dan keringat manusia. Meningkatkan kualiti dan kuantiti produk serta membentengi manusia daripada bencana. Namun, manusia moden nampaknya bekerja lebih banyak daripada nenek moyang mereka di masa lalu yang masih non-teknologi", Ateefa rancak berpidato. Hadirin yang menyaksikan terpegun mengamati hujah-hujah dari gadis berfizikal kecil molek itu.

"Kenapa hadirin sekalian? Kerana sikap borjuis memacu konsumsi dan produksi di luar keperluan industrialnya. Seandainya teknologi digunakan demi kemanusiaan dan evolusinya, teknologi dapat dipandang sebagai pembantu seluruh manusia.." tambah Ateefa lagi.Ucapan yang cukup bersemangat dalam wacana itu berjaya mempengaruhi audien termasuk tunangnya, Alif.
Alif cukup faham akan tunangnya itu, terlalu bersemangat dalam memperjuangkan keadilan sosial. Seringkali Ateefa turun berdemonstrasi dan melakukan kerja-kerja amal. Mungkin kerana Ateefa diasuh dengan baik ketika menghuni di rumah anak yatim. Di rumah anak yatim itulah mereka bertemu kerana ibu Alif merupakan seorang guru di situ.
"Tahniah Ateefa." ucap Alif kepada tunangnya.
Alif sentiasa berbangga akan tunangnya yang banyak pengetahuan ekonomi dan politik.Berbeza dengan dirinya yang cuma seorang guru taranum dan mengambil upah menjadi tukang sapu di rumah anak yatim, tidak mampu memegang dalam mana-mana profession penting kerana berkelulusan tahfiz sahaja. Hal inilah yang menjadikan Alif begitu menghormati tunangnya itu.Begitu juga dengan Ateefa, dia menghormati bakal suaminya yang banyak memberi tunjuk ajar tentang agama.
Alif tidak sedar bahawa Ateefa sedang memperjuangkan nasibnya juga. Bagi Ateefa, manusia zaman moden seharusnya menikmati ketamadunan dan fokus kepada suruhan Allah, bukan terpaksa menjadi mangsa materialisme.

***

"Adik-adik semua, bila besar nanti nak jadi apa?" tanya Ateefa kepada sekumpulan kanak-kanak dalam satu lawatannya ke sebuah perkampungan bersama rakan-rakan aktivis.

"Saya nak jadi doktor! Nak tolong orang sakit."

"Saya nak jadi polis! Nak tangkap orang jahat."

"Saya nak jadi bomba! Saya nak selamatkan orang.." 


Ateefa tersenyum melayan kanak-kanak tersebut. Jawapan yang berikan oleh kanak-kanak itu sudah biasa didengarinya. Tetapi lain pula jawapannya apabila soalan tersebut diajukan kepada remaja. Ateefa cukup faham akan pemikiran masyarakat pada hari ini. Hampir semua mempunyai kecenderungan materialistik atau kebendaan. Ateefa tidak hairan, kerana dia sendiri pernah melaluinya.


Ateefa tersenyum melayan kanak-kanak tersebut.Jawapan yang berikan oleh kanak-kanak itu sudah biasa didengarinya. Tetapi lain pula niat pada jawapannya apabila soalan tersebut diajukan kepada remaja. Ateefa cukup faham akan pemikiran masyarakat pada hari ini. Hampir semua mempunyai kecenderungan materialistik atau kebendaan.Ateefa tidak hairan, kerana dia pernah melaluinya.

Pada satu petang di rumah anak yatim, Ateefa sedang tekun menulis di bawah  pohon yang rimbun, berhampiran dengan padang tempat anak-anak yatim bermain. Di situlah tempat kesukaan Ateefa sedari kecil lagi. Teduh dan tenang dengan keriangan suara kanak-kanak yang sedang bermain. 

"Kenapa hanya sesetengah manusia sahaja mampu untuk dekat dengan ilmu?", Ateefa bermonolog ketika tangannya itu sedang mencatat sesuatu. Ketika itulah ada seseorang mendekatinya. 

"Assalamualaikum kak Ateefa" sapa Rosma, bakal adik iparnya yang baru sahaja menjejak ke dunia remaja.
 
"Waa'laikumussalam. Eh, Rosma .. " Ateefa menjawab sapaan Rosma.

"Akak sibuk ke? Tulis apa tu?"  

 "Taklah sibuk sangat.Akak tengah siapkan buku. Duduklah"  

Rosma duduk di sebelah bakal kakak iparnya itu, sambil meneliti tangan Ateefa melakar huruf demi huruf. Kadang-kadang Rosma cemburu dengan Ateefa kerana kerajinannya. Bagi Rosma, mungkin itulah sebabnya Ateefa mampu belajar dengan lebih tinggi dan dihormati. Rosma rasa rendah diri kerana dia selalu gagal dalam akademik. 
 
"Rosma, kenapa Rosma nampak pucat? Rosma tak sihat?" tanya Ateefa. 
Rosma mengilingkan kepalanya.Dari anak mata Rosma, Ateefa seakan dapat mengagak sesuatu yang disembunyikan bakal iparnya itu.

"Kalau Rosma ada masalah, jangan sembunyi. Mana tahu akak boleh bantu." tambah Ateefa lagi. 

Tiba-tiba. 
"Kenapa Rosma selalu gagal peperiksaan? Cikgu selalu marah Rosma, kawan-kawan pun ejek Rosma.Adakah Rosma ni pemalas?" Dalam keadaan sugul akhirnya Rosma bersuara.Ateefa sedikit terkejut akan soalan yang tidak disangkakan itu.
 
"Rosma.. Rosma tak malas, sayang. Rosma bantu ibu jaga adik-adik kat sini. Rosma suka tolong Abang Alif. Rosma pun bukan seorang yang gagal. Cukup akhlak yang baik dan budi pekerti dalam diri Rosma, itupun kejayaan.", jawab Ateefa dengan berhikmah. 
 
"Tapi kenapa mereka letak Rosma dalam kelas corot? Budak-budak kelas depan pun tak nak kawan dengan Rosma. Cikgu pun macam malas nak layan kelas kami. Budak-budak kelas depan selalu je ada kem. Kenapa kami tak boleh ikut serta?" Rosma masih tidak berpuas hati. Mencebik bibinya yang mungil itu.
  


Ateefa cukup faham pergolakan yang melanda hati Rosma. Tetapi hatinya lebih sedih mengenangkan nasib anak-anak muda yang dideskriminasi sedemikian. Ateefa terdiam sejenak. Berfikir mencari ilham untuk mengubati perasaan bakal iparnya itu. Akhirnya Ateefa mendapat buah fikiran.

"Cita-cita Rosma apa ya?" 
"Tak tahu lagi. Tengok result SPM dulu"
"Kenapa kena tengok result SPM dulu?" Ateefa cuba memancing fikiran Rosma.
"Yelaa, kalau result Rosma tak baik. Rosma mana boleh suka-suka nak pilih jurusan. 
Biasanya orang cerdik je boleh jadi apa yang dia mahu.''
“Kalau result baik?”
“Em, Rosma bolehlah jadi doktor, jurutera dan apa-apa lagi pekerjaan yang bergaji tinggi.” 
"Kalau result tak baik?"
"Entah, jadi suri rumahlah. Jaga baby."
 Ateefa ketawa kecil, mencubit manja pipi Rosma.  


“Rosma mesti buat keputusan apa nak jadi nanti, dengan kelebihan yang dimiliki. Sebelum ada orang lain yang tentukan apa yang Rosma akan jadi. Kalau orang lain yang tentukan, nanti susahlah Rosma nak jadi diri sendiri.”
 
Rosma diam seribu bahasa. Mungkin dia tidak faham.
"Rosma tahu tak, siapa orang cerdik pada pandangan Rasulullah s.aw?" tanya Ateefa.
 
"Tak" 
 
"Orang yang cerdik itu adalah orang yang sentiasa mengingati kematian. Setiap perkara yang dilakukan semasa dirinya hidup semestinya dijadikan bekalannya setelah kematian. Bahkan dalam mencari ilmu. Kegagalan seseorang itu adalah dia tidak mahu mengingati kematian walaupun dia seorang pelajar kelas hadapan dan disayangi ramai orang."  
 
"Maksud Akak?" 
"Kalau Rosma tak pandai dalam akademik, selalu gagal peperiksaan. Bukanlah bermakna Rosma gagal dalam kehidupan. Kejayaan bagi Akak apabila kita tahu sesuatu yang kita tak pernah tahu sebelum ini. Lebih-lebih lagi pengetahuan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Turut dijadikan bekalan untuk kehidupan selepas kematian. Bukanlah lulus cemerlang dalam peperiksaan dan dapat kerja sahaja. Bukan untuk dapatkan perkerjaan yang bergaji tinggi tetapi redha Allah."
 
Rosma mengangguk, tanda dia memahami.
“Tapi Rosma sendiri tak tahu apa kelebihan Rosma” ujar Rosma.Walau bagaimanapun, Ateefa tahu akan kelebihan bakal iparnya itu.
“Rosma pandai mengaji, hafal Al-Qur’an dan tajwid. Bukan?”
“Ya, semua Abang Alif yang ajar”
“Itulah kelebihan Rosma. Orang lain mungkin tak ada abang yang pandai mengajar macam Rosma punya. Suatu hari nanti, Rosma boleh jadi macam Abang Alif juga. Rosma boleh buka kelas Qur’an dan jadi ustazah.Nanti ada rezeki buat Rosma. Jangan pula Rosma kata kalau tak dapat sijil dalam bidang yang hebat tak dapat makan. Itu dah jadi syirik.”
 
“Syirik? Kenapa?”
“Allah itu yang memberi rezeki. Bukan jawapan peperiksaan atau sijil yang menetapkan rezeki buat kita” tambah Ateefa lagi.
  
Setelah mendengar penjelasan Ateefa itu, bibit-bibit kecewa beransur hilang dari dalam diri Rosma. Dia mula tersenyum dan tidak dilihat sugul lagi. Mula bersemangat dan tidak rasa terlalu rendah diri lagi.
 
“Allah jadikan kita semua dengan kelebihan masing-masing.Jadi, kita mestilah bersyukur akan anugerah tersebut. Ada orang mahu jadi doktor, guru, jurutera dan sebagainya. Semuanya sewajibnya diniatkan kerana Allah dan manfaat seluruh saudara.” Tambah Ateefa lagi bagi meyakinkan Rosma.

Setelah peristiwa itu, Ateefa semakin kuat melakukan kerja-kerja aktivisme. Dia tidak bersetuju pendidikan itu diniagakan. Bagi Ateefa, ilmu itu harus bergerak dan dimiliki oleh semua orang samaada seseorang itu lemah berfikir atau tidak. Samaada terdiri daripada anak orang kaya ataupun tidak.

 Dia berniat untuk membuka pusat tusyen percuma untuk semua pelajar seandainya mampu. Walaupun dia sendiri tahu, untuk mewujudkan program itu memerlukan kos yang tinggi.Kerana kekangan tersebut, Ateefa hanya mampu bertindak menulis sebuah buku yang terdapat cadangan dan solusi yang dia fikirkan sahaja.


Pada suatu ketika Gaza bergolak lagi. Tatkala ini gempar seluruh negara akan kebiadapan Zionis melakukan genosis terhadap negara yang lemah. Maka terjadilah demonstrasi besar-besaran di seluruh negara.Ateefa turut ikut serta dalam demonstrasi tersebut.

“Selamatkan negara ini! Berikan pendidikan yang baik kepada seluruh bangsa Malaysia untuk selamatkan Palestin.” Ateefa melafazkan kata-kata ini ketika demonstrasi berlangsung. Terdapat beberapa orang yang mendengar ucapan itu serta-merta berpaling kepada Ateefa dengan wajah yang kehairanan.

Tidak lama kemudian, seorang rakan Ateefa mendekatinya.

“Kenapa awak laungkan tentang pendidikan masa demo tadi? Kenapa tak canangkan tentera?’’ Tanya Athirah, rakan aktivisnya.

“Kerajaan tak akan hantar tentera.” Jawab Ateefa secara ringkas.

“Habis tu, kenapa pendidikan?” tanya Athirah lagi.

“Saya percaya Zionis akan terkejut apabila umat Islam tidak turun berdemo setiap kali mereka membedil Gaza. Malah,mereka akan terkejut apabila kita sibuk membina sistem pendidikan yang mendekatkan diri dengan Allah. Ketika itu intelektual umat Islam semuanya mempunyai semangat juang dan jihad yang kuat. Bukanlah mempunyai sikap materialistik dan kecewa kerana tidak dapat A atau merit yang tinggi dalam peperiksaan.”

“Tapi bukankah pencapaian merit dan A itu sebagai penanda aras untuk memilih pelajar yang bijak bagi melahirkan intelektual juga?”

“Intelektual haruslah seseorang yang sedar status kemanusiaannya sendiri, dan kesedaran itu meletakkan beban tanggungjawab ke atasnya. Dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran diri, golongan intelektual ini akan membangkitkan reaksi ilmiah, sosial dan revolusi dari masyarakat. Bukan pula mementingkan diri sendiri. Masyarakat yang baik itulah yang membentuk negara yang baik. Dengan izinNya kita akan ke Palestin.”jawab Ateefa sambil tersenyum. Menikmati bayangan yang memaparkan kemenangan.

Namun, bayangan itu sekadar bayangan. Dia sedih melihatkan anak muda sekarang hanya bercita-cita untuk hidup senang-lenang sahaja. Terlalu jarang yang mahu menjadi pencetus kebangkitan. Terbuai dengan keseronokan dunia dan cuma pandai dalam perihal cinta sahaja. Kecintaan dunia berlebihan itulah yang menjadikan masalah kepada sosial masyarakat. Lalu terbentuk kepompong cinta diri dan individualisme. Apabila ada yang berfalsafahkan individualisme itu, maka akan berlakulah tindas-menindas. Bagi Ateefa sepatutnya semua orang mampu hidup dalam keselesaan dan menikmati teknologi pada zaman moden. Bukan orang yang mampu menjadi graduan sahaja. Malah semua orang sepatutnya memilikinya. Semua ini mampu terjadi setelah masyarakat berfalsafahkan hidup bermasyarakat.

“Mengapakah teknologi tidak mampu menjadi pembantu semua orang? Mengapa sumber alam tidak dapat diagihkan secara baik kepada seluruh masyarakat? Malah berlaku pembaziran.Mengapa pula pelajar pondok dan tahfiz seperti dilepas pandang berbanding pelajar-pelajar sains? Adakah kerana pembawa agama tidak memberi keuntungan material?” Ateefa bermonolog lagi di bawah pohon rimbun, berfikir mencari solusi untuk ditulis dalam bukunya.


Ateefa tahu segala masalah itu kerana kecenderungan ekonomi kapitalisme. Menjadikan golongan borjuis atau pemodal membolot sumber alam bagi kepentingan diri. Pekerja yang diambil mestilah yang terdiri dari bijak pandai dalam sesuatu bidang yang memberi keuntungan kepadanya sahaja.Mereka tidak memerlukan akhlak dan pengetahuan rohani untuk kelancaran produktiviti. Lantaran itulah materialisme tumbuh dengan subur. Pendidikan seakan menjadi komoditi kepada orang tamak. Mereka tidak mahu manusia menjadi kritis yang boleh mencabar hegemoni mereka. Mereka cuma mahu orang yang lulus peperiksaan untuk menyiapkan kertas-kertas kerja dan mereka yang gagal akademik patut sahaja di lapangan kilang.

Waima, melawan sistem itu bukan mudah,memakan masa yang lama sebagaimana sistem itu sendiri wujud. Namun Ateefa mengakui hakikat bahawa dia mungkin tidak mampu melihat kemenangan Islam di akhir zaman.


“Aku bukanlah pemula perjuangan ini, bukanlah penamat perjuangan ini. Tetapi akulah penyambung, maka aku tidak akan hentikan perjalanan ini.Tulisan ini akan hidup sementara aku mati.” getus hati gadis yang bersemangat kental ini dengan lapang. Bukunya ditutup. Mengharapkan tulisannya itu akan memberi manfaat kepada seseorang atau ramai orang suatu hari nanti.


Dia berniat untuk ke Palestin dalam misi memberi bantuan kemanusiaan. Hal inilah yang menyebabkan Ateefa belum mahu lagi berumahtangga.

“Ateefa nak pergi Palestin sebelum kita kahwin. Itulah impian Ateefa dari dulu lagi.” ujar Ateefa kepada Alif.

“Ateefa pun boleh pergi lepas kita kahwin, bukan?”

“Ya, tapi Ateefa seakan melepaskan tanggungjawab pada Abang pula nanti. Siapa nak jaga makan minum Abang. Pakaian Abang .. Lagipun Ateefa pergi lama.” Ateefa bertegas walaupun sopan.

Alif akur. Lagi pula niat tunangnya itu mulia. Cuma dia bimbangkan keselamatan tunangnya kerana Palestin baru sahaja bergolak.

“Keadaan di sana masih dalam tidak aman lagi Ateefa. Abang cuma bimbangkan Ateefa.” Akhirnya isi hantinya itu terluah juga.

“Kalau ditakdirkann ajal, maut juga. Boleh sahaja Allah mengambil nyawa kita dengan digigit semut sahaja.Jangan bimbang Abang Alif, kita akan kahwin setelah Ateefa pulang.Solehah untuk yang soleh.” Ateefa seakan bermadah.Alif Cuma diam kerana kata-kata Ateefa ada benarnya. Dia tidak mampu menghalang kerana Ateefa belum lagi menjadi isterinya. Sebagai lelaki budiman, Alif menghormati kebebasan dan kemahuan orang yang dikenalinya itu.


Ateefa berangkat ke Palestin setelah bukunya yang berjudul 'Mari Syahid atau Menang' itu siap dan dipasarkan. Perjuangannya masih hidup di tanah air sekalipun dia telah terbang melintasi sempadan negara lain setelah bukunya itu menjadi kontroversi dalam masyarakat tempatan. Buku itu telah dibaca oleh Alif sendiri dan sedikit sebanyak merubah pemikirannya. Semangat revolusi sedemikian sukar dimiliki pada jiwa umat Islam sekarang. Tambahan pula dimiliki seorang gadis kecil seperti Ateefa. Alif sangat bangga.


Dua bulan berlalu, Ateefa masih sibuk berjuang di Palestin. Kerinduan menerpa dalam diri Alif saat dia sedang menyapu daun-daun kering di sekitar rumah anak yatim. Tatkala itulah seorang posmen hadir di pintu pagar rumah anak yatim itu dan menghampiri Alif untuk menghantar surat.

Pon! Pon!

“Surat untuk kau Alif” kata posmen yang dikenalinya itu.





Alif membuka sampul surat itu. Senyumannya meleret ketika melihat isinya. Penyapu yang disandang dilepaskan serta-merta tanpa disedarinya.Sampul itu mengandungi poskad dan foto-foto Ateefa yang sedang melakukan kerja amalnya di Palestin. Foto yang memaparkan Ateefa yang kelihatan riang bersama anak-anak Palestin membuatkan hatinya turut riang sama.

"Surat apa itu Alif? Pelik je aku tengok kamu ni" kata posmen bernama Razak, yang juga sahabatnya semenjak kecil lagi, sambil menggaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal.

"Poskad daripada tunang aku, Ateefa. Dari Palestin", jawab Alif.

"Oh, tunang kau kerja apa sekarang?" tanya Razak.

"Ateefa.. tunangku revolusioner", jawab Alif sambil menguntum senyum saat matanya berkaca-kaca.

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...