"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Sunday, November 28, 2010

Tentang Wanita Sempurna Yang Diidamkan..

Wanita merupakan insan yang penuh dengan kelembutan,bila mana seseorang yang benar-benar wanita itu akan membuat aku memilih untuk memujanya.Wanita juga insan yang memerlukan bimbingan dari seorang lelaki.Konteks lelaki yang dimaksudkan ialah seorang ayah,seorang suami,seorang anak dan seorang pemimpin.
Secara peribadinya,aku menggagumi wanita.namun,kekaguman aku terhadap wanita ini hanyalah insan yang tertentu saja.Wanita yang mempunyai segala ciri-ciri yang aku idamkan.Chewaah!!!

Wanita yang mempunyai rasa malu
Sesngguhnya aku mencari malu yang ada pada wanita,bukanlah kerana kecantikannya.Jika kecantikan diukur dengan level Malu,nescaya pastinya perasaan malu itu yang lebih penting.Secara nuraninya,jika dunia berpaksiakn kecantikan semata-mata.Percayalah hai adam,kita tidak akan pernah puas dengan kecantikan wanita.Malu yang ada pada wanita itu yang dicari,tetapi harus diingat.Tak salah perigi mencari timba.gunakan orang tengah..
Wanita yang mempunyai ketegasan terhadap dirinya.
Ketegasan itu teramat penting.Namun ketegasan itu tidak bermakna bahawa wanita itu mestilah seorang yang ‘ganas’.Pada aku ketegasan itu sebagai benteng yang akan melindungi wanita itu dari mana-mana lelaki yang berniat jahat.Apa yang aku risaukan adalah apabila seseorang wanita sudah benar-benar jatuh cinta,maka apa pun sanggup dikorbankan untuk membuktikan ‘cinta sejati’ itu.Bukan bermaksud aku menuding jari pada wanita,cuma sikap wanita itu sendiri.semoga akan lahir wanita yang tegas menolak cinta lelaki durjana,mendamba cinta lelaki sejati.
wanita yang menghormati ibu bapanya
Mestilah yang hormatkan ibu bapanya.Kalau tak hormat ibu bapa,bagaimana ya dia mahu hormat suaminya?Jadilah,pilihlah insan wanita yang taat pada ibu bapanya.Ada impak yang tersendiri juga ya.Apabila si ibu mempunyai sifat hormatkan ibu dan bapa,maka secara tak langsung anak kepada sang ibu juga akan menghormati ibu dan bapanya juga.Bonus percuma tu!!

Wanita yang benar cintakan agamanya
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.Jadi,yang mana pilihan hati.

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...