"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Sunday, September 30, 2012

Surat September ..


Ingatkah aku.. 
tentang surat bulan September,
kata surat itu,
kau harus berubah,
nanti kejayaan di depan mu.

Surat berkata lagi,
ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
kau harus membaca dengan cinta,
lalu aku berjalan,
melewati Teluk Lipat,
di teluk ini,
aku membaca surat dengan cinta.

Ku lihat seorang tua di situ,
memerhati gelagatku,
topinya lusuh,
bajunya kotor,
menghiasi tubuhnya kala itu
adalah senyuman,
lalu aku membalas kejujuran itu.

Surat apa kau baca itu orang muda?
tanya dia,
surat cinta balasku.
Dari siapa?
Soalnya lagi,
dari Setember jawabku.

Dia tersenyum lagi,
aku juga tersenyum,
lalu jari telunjuknya ke depan,
menunjukkan sesuatu,
di hujung jauh ke lautan,
ada seekor helang terbang di sana,
asyik aku melihat helang,
seperti ia berkata padaku,
indahnya kebebasan itu,

Mataku beralih ke orang tua,
tiba-tiba dia tiada lagi,
ke mana pergi aku tidak tahu,
mungkin terlalu aku asyik,
tidak sedar dia berlalu pergi..

Ku teliti lagi surat September,
seakan mengucap selamat tinggal,
tapi ada pesanan,
buat aku tunggu harapan.

indahnya dunia yang dilihat,
indah lagi Syurga...




Wednesday, September 26, 2012

Bangkit Jika Tidak Mahu Dihina.

  "Masih ada yang terus berani dan biadap terhadap Islam. Sebarkan sahabat-sahabat semua.".. 

Bagaimana boleh orang lain tak biadap dengan Islam? Sedang masih ada umat Islam itu biadap pada agama sendiri.

Bila ada orang menghina, kita terus marah..Lepas 2-3 hari, marah pun hilang.Selepas itu kembali normal dan hidup macam biasa..Tahun depan ada orang hina kita lagi, kita pun marah lagi.Tiada gerakan menentang secara tersusun dan sistematik.Kita masih berpusing-pusing di tempat yang sama.Masih itu-itu juga.Esok lusa kita mati,anak-anak kita menyambung lagi kerja itu berkali-kali sehingga mereka juga mati.



Sampai bila??

Saya sering berdepan dengan retorika saban musim peperiksaan.Lebih-lebih lagi motovasi dari pengetua sekolah saya.Walaupun pengetua tidak tahu apa itu 'perlumbaan tikus', tapi beliau tetap serukan kesungguhan dan mengharapkan kebangkitan.Semangat beliau jelas pada wajah ketika berucap.Saya lebih tertarik bila beliau sebut, ''Kita masih ketinggalan di belakang dalam banyak perkara".

Memang benar kata beliau.Kita mengaku kita maju.Sosio dan cara hidup kita sentiasa up-to-date.Sentiasa hidup berfesyen dan mengikut viral-viral yang menjadikan dunia kelihatan warna-warni.Tapi indah pada pandangan siapa sebenarnya? 

Saya tertarik gaya Yahudi menyampaikan dakyah buruk mereka.Minda manusia boleh diedit dengan mudah,tanpa perlu melalui proses makmal atau dera paksa.Manusia tidak suka paksaan melainkan dengan cara lembut.Sebab itulah Yahudi sentiasa menang dalam medan perang pemikiran.Kerana mereka sentiasa masuk dalam apa yang manusia suka.

Saya pernah tonton sebuah filem dokumentari "Justin Bieber: Never Say Never".Saya melihat bagaimana wanita tergila-gilakan budak lelaki tersebut.Ada kanak-kanak berusia lingkungan 10-12 tahun menangis syahdu apabila Bieber di atas pentas.Ada remaja perempuan seperti kerasukan merempuh benteng manusia untuk mendapatkan Bieber.Seakan-akan mereka berada dalam satu majlis ritual dan sayu melihat 'tuhan' di pentas.

Inilah menjadikan saya sedih mengenangkan nasib mereka yang berkebolehan dalam sesuatu perkara.Mereka berkemampuan menyampaikan sesuatu yang kreatif kepada khalayak ramai.Tapi kreativiti itu tidak digunakan untuk perjuangan Islam.Sayangnya rahmat Allah bagi dibazirkan oleh kita sedemikian.


Saya melihat Vlogger, mereka guna untuk melawak sahaja.Saya melihat orang berbakat menyanyi, tapi menyampaikan kata-kata palsu sahaja.Lagi sedih melihat karyawan-karyawan melawak bodoh di atas pentas dan mencipta cerita-cerita hantu untuk kaya.Makin saya faham maksud pengetua berkenaan kita masih di belakang.

Gunalah kebolehan kita saudara-saudari.Gunalah untuk perjuangan Islam.Masuklah dalam apa saja perkara yang manusia suka.Betapa buruk perkara yang manusia suka, Islamkan perkara tersebut.

Seandainya kafir itu menyerang kita dengan filem dengan menunjukkan keburukan tentang Islam.Cubalah menyerang balik menggunakan filem juga dengan memberi pencerahan berkenaan Islam.Berfikirlah bersungguh-sungguh, bayangkan seperti musuh di depan.Percayalah,Allah pasti membantu. Saya tabik filem Kurbaan,sebuah filem Bollywood yang bertindak sebagai senjata untuk menyerang musuh Islam yang sentiasa melabel Islam sebagai Terrorist.Nak tahu isinya lagi, tontonlah sendiri.Gayanya sesuai dengan nama Islam itu sendiri iaitu kesejahteraan.Bukan dengan cara penghinaan seperti cara mereka punya.

Jika dia menghina islam , lalu orang islam menghina dia kembali.Jadi , apa bezanya orang islam dengan dia?  Ingatlah ketika Nabi Muhammad saw dihalau serta dibaling batu sehingga berdarah ketika berdakwah di Thaif, Baginda tidak membalas tetapi mendoakan agar Allah swt memberi petunjuk dan hidayah kepada penduduk di sana. Inilah qudwatun hasanah atau contoh terbaik daripada Rasulullah saw sendiri.
..

Kita marah bila dihina.Tapi kita tidak berusaha untuk elak orang terus hina kita.Jika tidak mahu terus dihina, mara ke depan dalam banyak perkara.Itu lebih baik..Kalau terus bermalas-malasan dan cuma tahu tunjuk marah sahaja..

Tunggulah dihina sekali lagi.Teruskan marah itu, share lah tentang orang yang hina kita.Biar seluruh dunia marah. Percayalah, ada orang yang akan tertawakan kita.Dek kebodohan tindakan tersebut.Kerana dari awal lagi mereka memang merancang untuk ketawa tentang kebodohan kita.Semakin banyak mereka melihat kebodohan itu, makin mereka rasa kita lemah dan merasa mereka lebih  kuat.Ketika itulah masa terbaik untuk mereka melancarkan serangan besar-besaran supaya kita kekal menjadi yang terhina.


Bangunlah.Perubahan itu tidak akan berlaku dengan menantikan sumpahan.Buatlah apa sahaja yang kita mampu.Saya nak bagitahu tentang tindakan saya.Tapi bukan berniat mahu riak melainkan mengajak pembaca mengikuti apa yang saya lakukan.Menulis bukanlah bidang saya, tapi saya cuba menulis.Alhamdulillah blog ini dimanfaatkan ramai orang.Saya juga cuba berpuisi walau saya bukanlah peminat bahasa, yang akhirnya saya dijemput untuk menulis dalam zine RepublikSeni.Sekarang saya mula berjinak dengan teater walaupun saya tidak suka lakonan.Ditakdirkan pada suatu hari ada rakan saya minta tolong untuk tuliskan skrip untuk mereka.Ketika itulah saya dapat idea atas rahmat Ilahi untuk sampaikan mesej dakwah melalui teater tersebut.Malah, saya amat senang hati apabila melihat rakan perempuan kelas saya mengenakan pakaian labuh, menutup aurat dengan sempurna ketika latihan teater diadakan.

Buatlah apa perkara sekalipun dengan kesungguhan.Berjaya atau tidak bukan kerja kita.Kerana itu kurniaan Allah belaka.Tapi apa yang penting kita buat ataupun tidak.Apa bakat dan kebolehan yang kamu ada, guna.Apa cara yang kamu percaya, pakai.Tapi sebelum itu, fikir dahulu sebelum buat.Moga tindakan itu menjadi saksi di akhirat kelak.Jangan melihat siapa saya yang berkata tapi lihatlah apa yang diperkatakan.Anggaplah ini seruan kebangkitan. Sekian






Monday, September 24, 2012

Kerana Sepotong Ayat



"Aku tak pernah tinggal solat lima waktu walaupun aku tahu aku tidak menutup aurat dengan sempurna. Setiap amalan kita hanya Allah sahaja yang dapat menilai; bukan engkau, bukan ustaz," tutur kawan saya sewaktu menikmati makan tengahari bersamanya.

Pantas saya mengangkat muka. Nasi di tangan tidak jadi disuap ke mulut. Saya jangkakan ada sesuatu yang menarik yang hendak dikongsikan. Lantas saya bertanya, "Apa yang membuatkan engkau berkata begitu?"

"Bukan apa. Aku cuma merasakan tidak adil untuk seseorang itu menghukum orang lain hanya kerana dia menutup aurat dengan sempurna sedangkan orang yang dihukumi pula tidak. Kau tidak merasakan begitu?" dia bertanya pada saya pula.

"Jadi pada pendapat kau, adil tu macam mana pula?" Saya meluncurkan pertanyaan. Sebetulnya saya sendiri pun tidak pasti apa jawapan yang patut saya berikan jika saya ditanya begitu.

"Maksud aku, dia cuba menghukum orang yang macam aku tetapi dia menutup mata pada orang yang melakukan maksiat hanya kerana mereka menutup aurat dengan sempurna. Faham?"

Saya mengangguk-anggukkan kepala. Mengikut perkiraan saya, mungkin apa yang dimaksudkan ialah gejala maksiat yang berleluasa dalam kalangan orang yang menutup aurat.

Kawan di hadapan saya ini seorang perempuan biasa. Tidak lahir dalam keluarga yang beragama, ayahnya bukan siak masjid, ibunya juga bukanlah ustazah apatah lagi kedua ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Tapi pemikirannya agak luas dan tidak terperosok ke dalam lembah kejumudan. Itu yang saya suka pada dirinya. Hari ini dia memulakan topik aurat dan saya begitu teruja untuk berdiskusi bersamanya.

Tanpa semena-mena saya nampak matanya mula berkaca. Ada air mata di pelupuk matanya.

"Kau tahu, selama ini aku tak henti-henti berdoa supaya Allah bukakan pintu hati aku untuk taat kepadaNya. Aku nak tutup aurat dengan sempurna. Aku tak mahu membebankan dosa ayahku di akhirat kelak gara-gara sikapku. Aku perlukan bimbingan tetapi aku hanya mendapat cemuhan," katanya sayu.
Saya menundukkan kepala. Terasa sayu mendengar luahan hatinya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana harus aku memujuknya. Lama aku terdiam. Sebelum sempat aku berkata-kata, dia terlebih dahulu bersuara

"Tak mengapa kalau kau tidak mampu berkata apa-apa. Aku cuma mahukan orang mendengar luahan hatiku."

 Saya hanya mampu mengetap bibir.

Hari ini, selepas lima tahun berlalu, saya masih lagi teringat peristiwa tersebut. Begitulah saya. Apabila berdepan situasi yang menyentuh hati, ia menjadi amat sukar untuk dilupakan. Saya masih ingat lagi sebelum saya berangkat ke Glasgow lima tahun lepas, dia memeluk saya erat-erat. Dia menangis. Katanya, dia akan kehilangan seorang sahabat yang benar-benar mengerti keadaannya. Saya katakan padanya mungkin kita terpisah di bumi nyata tetapi tidak di bumi maya. Sebelum masuk ke balai berlepas, saya berbisik di telinganya, "Jangan lupa install Skype."

Dia tergelak dan mengangguk-anggukkan kepala.

Di hadapan saya kini terbaring seorang perempuan yang pernah menjadi kawan baik saya. Wayar-wayar berselirat di lengannya. Saya masih ingat sewaktu saya di tahun pertama, dia selalu mengirim e-mel kepada saya. Jika ada masa terluang, kami pasti berbual di Skype. Masuk tahun berikutnya, banyak tugasan harus disiapkan dan saya tidak mempunyai masa untuk berbual dengannya. Saya mengesat air mata yang tumpah di pipi. Saya duduk di sebelahnya dan menggenggam erat jemarinya.

"Saya datang," perlahan saya membisikkan di telinganya. Saya yakin dia pasti dapat mendengarnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia tersenyum memandang saya. Itulah keistimewaan dirinya, sentiasa tersenyum meskipun dalam keadaan sakit begitu.

"Aku dah tutup aurat dengan sempurna," katanya perlahan. Ternyata dia masih ingat butir perbualan kami lima tahun dahulu. Saya tersenyum.

"Alhamdulillah," ucap saya ringkas.

"Rehatlah," saya menyambung.

Dia menggeleng-geleng.

"Ayat Allah begitu sempurna dan syahdu," secara tiba-tiba dia bersuara.
Dahiku berkerut tidak memahami apa yang hendak disampaikan. Dia menyambung lagi, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."

Air mata saya bergenang mendengar ayat tersebut. Ayat tersebut merupakan ayat ke 16 dalam surah Al-Hadid. Ayat itu jugalah yang membuatkan seorang ulama bernama Malik Bin Dinar bertaubat dan menyesali segala perbuatannya.

"Kau tahu, ayat ini muncul dalam mimpiku beberapa tahun lepas. Waktu itu malam terakhir Ramadhan, aku berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah berkenan untuk membuka hatiku. Betapa berkuasanya Allah, hanya sepotong ayat mampu menyedarkan aku," katanya sambil mengesat air mata.

"Sememangnya Dia lah yang paling berkuasa ke atas semua makhlukNya," ringkas saya menjawab.
"Dahulu aku dicemuh kerana aku tidak menutup aurat dengan sempurna, tetapi lihatlah. Allah mengubah aku dengan sekelip mata dan hanya dengan sepotong ayat. Dan kadang-kadang aku terfikir, bagaimana ada manusia tergamak untuk mencemuh dan menghukum orang lain hanya kerana mereka berbuat dosa?

Bukankah setiap manusia itu pendosa? Semakin aku berubah, semakin aku bersimpati kepada mereka yang seperti aku suatu ketika dahulu. Mereka selayaknya didampingi bukannya dicemuh."
Saya menelan air liur. Terasa pahit. Mungkin kerana kebenaran itu pahit? Mungkin?

"Walau sejahat dan sezalim mana pun kita, yang memberi hidayah hanyalah Allah, bukannya orang lain. Dan saya bersyukur kerana Allah memilih saya."

Dia menghembus nafas lega. Daripada riak wajahnya, dia seakan-akan puas kerana dapat meluahkan segala yang terbuku di hati kepada saya, sahabat baiknya.

Sahabat saya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir tiga hari kemudian. Berada di sisinya ketika itu ialah suami, dua orang anaknya yang masih kecil serta saya sendiri. Anak-anaknya saya lihat bertudung litup, mungkin mengikut jejak ibunya. Segala puji bagi Allah.



credit - Artikel iluvislam.com


Friday, September 21, 2012

Jika rela kongsi Cinta

Seorang lelaki sedang berjalan-jalan di sebuah taman bersama isterinya yang free hair sejak sebelum kawin lagi. Tiba-tiba, lelaki itu bersuara.


"Sayang, bila nak pakai tudung? Pakai la dari sekarang, berlatih awal-awal." pinta si lelaki dengan lembutnya. Dia menanti jawapan isterinya.

Si isteri melihat suami tersayang dia sekejap lalu menjawab. "Sayang memang teringin nak pakai pun. Tapi sebelum tu, sayang nak tanya. Kenapa sayang perlu tutup aurat? Kalau boleh sayang nakkan jawapan yang lain daripada yang lain, bukan jawapan tipikal semata-mata."

Si lelaki terdiam sekejap. Setelah puas berfikir, dia pun mula berkata. "Sebab abang tak mau kongsi kecantikan sayang dengan lelaki lain. Abang nak hanya diri abang je yang boleh tengok aurat sayang sekarang ni.

Si isteri kemudian memandang ke arah suaminya lagi sekali lalu bertanya. "Kenapa pulak lelaki lain tak boleh tengok? Apa salahnya diorang tengok?"

"Takde masalah pun lelaki lain nak tengok, asalkan sayang pun takde masalah nak kongsi cinta abang dengan perempuan lain kalau abang nak kawin lagi." Jelas si lelaki sambil menjawab pertanyaan isterinya dengan selamba. 



 Sayang, tutuplah aurat.. :D




Wednesday, September 19, 2012

Apabila orang tidak suka kita...


Bukan semua orang suka kita tatkala kita lakukan pelbagai perkara baik dalam kehidupan.Bukan juga semua orang tidak suka kita jika kita lakukan kesalahan paling besar dalam kehidupan.Perkara ini dikongsi oleh semua orang.Malah Rasulullah s.a.w sendiri tidak disukai musyrikin Mekah pada suatu masa dahulu. Tetapi Rasulullah s.a.w ada ramai umat yang sayangkan baginda.

Ketahuilah bahawa perkara ini juga adalah ujian dari Allah. 
Orang suka kita ketika melakukan salah.. Itu adalah ujian kepada diri kita untuk melawan rasa bangga atas kesalahan yang telah dilakukan.Manakala ada orang yang sentiasa melakukan kebaikan pula menghadapi masalah berdepan dengan orang yang dengki terhadapnya.Nampak? Ini ujian ..

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah.
Jadi, mengapa kita perlu mencemuh situasi jika tidak disukai orang lain? 

Adakala kita pernah terdetik bahawa diri kita telahpun buat macam-macam usaha untuk menangi hati orang lain.Malangnya tiada respon yang positif.Hingga sampai satu tahap dunia ini dirasakan tidak adil dan ketidakadilann itu terjadi pada diri kita.Setiap pertandingan atau interview yang kita masuk, kita sering disingkir walaupun kita punyai bakat.Dalam masa yang sama kita melihat orang yang tidak berbakat dari kita pula yang terpilih.Mestilah rasa hampa, bukan?



Tapi tidak bermakna semua orang tidak suka kita.Cubalah yakinkan diri bahawa bilangan mereka menyayangi jauh lebih ramai berbanding mereka membenci, itu sudahpun cukup menjadikan kita menarik nafas lega.Jangan pula kita lupa, setiap perbuatan baik yang dilakukan itu sebenarnya disukai oleh Allah.Ketika kita berpuas hati dengan setiap perkara baik yang dilakukan,walaupun tiada yang memuji tapi masih lagi berlapang dada.Percayalah, itulah perbuatan ikhlas yang pernah kita lakukan.

Kadang-kadang kita dapat tahu ada orang lain tidak suka kita.Malah kita tahu dia pernah mengumpat dari belakang. Atas bisikan Syaitan yang mahu manusia itu berpecah, kemarahan pasti membuak dalam diri.Maka, cubalah sabar dan katakan pada diri,"Allah ciptakan mereka kerana kasih kepadaku.Kerana ini adalah ujian untukku" .. Pasti kemarahan tersebut akan terganti dengan ketenangan.Insyaallah ...

Kerana semua orang ada pandangan yang berbeza.Perangai yang tidak sama. Walaupun dalam 10 orang yang kita kenal mungkin separuh daripadanya tidak suka kita.Tidak mengapalah, bentukkan senyuman pada bibir dan terus mara.Asalkan kita sedar siapa diri kita dan Allah suka kita..

Biarlah orang kata , " Aku tak suka kau."

Maka jawab sajalah,
 "Bukan semua orang suka dengan saya macam itu juga dengan awak.Tapi saya tetap akan sukakan awak.Kerana awak adalah ciptaan tuhan...
Allah suka sebegitu."




Saturday, September 15, 2012

Sampai Bila??

Foto di bawah bukan kantin penjara,bukan pusat serenti atau kem pelarian.. Tapi ini kantin sekolah yang dikunjungi ramai pelajar berkemampuan untuk makan.

Kantin perempuan

Setiap kali lepas rehat.Pinggan mangkuk atas meja kantin mesti berterabur.Tak kira laki perempuan sama.. Tp sampai bila? 
Ini bukan sekolah lain.Sekolah saya juga.Nama sekolah kita pun premier.Ramai pula anak orang kaya.Bila jumpa kat bandar pakaian rugged and serba fancy.Masing-masing ada pasangan,nampak macam matang lah. Tapi makan terabur? Tak malu ke?
Makanan dah pun tersedia, dalam pinggan mangkuk pelastik lagi.Bukannya dalam tempurung. Bekas untuk isi pinggan kotor dan tong sisa makanan pun mak cik kantin tolong sediakan.Bukan mak cik tu suruh kita bungkus buat balik pun.

Hai kawan, kenapa makan macam ni? Kita bukan cacat kan?


Mungkin ada yang akan kata, "Alaa, ni kerja mak cik kantin. Kalau semua ni tak ada.Nanti mak cik tu tak ada kerja lah."

Baiklah, kalaulah ibu kamu yang jadi mak cik kantin tersebut.Apa perasaan kamu?
Kalaulah kamu ditakdirkan suatu hari nanti kerja sebagai mak cik kantin.Kemudian Allah balas perbuatan kamu.Apa kamu rasa?

"Haa. Aku tak akan jadi mak cik kantin."

Ok, dunia mungkin kamu boleh lari.Tapi di akhirat jangan harap lah.Takkan sebab dosa kotorkan kantin kita nak relakan kena celup dalam neraka? Sebagai umat Islam, kita percaya setiap perkara kita buat dikira oleh Allah.Bermakna makan pun dapat pahala.Belum campur lagi baca basmalah dan doa.Tapi, janganlah lepas je buat pahala, kita buat terabur pinggan mangkuk atas meja.Saja-saja je dapat dosa.Apa salahnya alang-alang nak pergi basuh tangan ringankan tulang ambik pinggan kita pakai itu masukkan dalam bekas yang disediakan? 

Mungkin juga kamu ada niat nak boikot kantin sebab harga makanan mahal.Tetapi kamu mesti ingat, rezeki yang masuk ke perut kamu itu datangnya dari Allah.Kalau kamu tak mahu berterima kasih pada mak cik kantin, sekurang-kurangnya bersyukurlah pada Allah.



Tengoklah nasib mereka-mereka yang tidak mampu makan selesa seperti kita.Kita selesa ada meja,kerusi dan kipas lagi.Tapi mereka cuma makan dekat kaki lima.Makanan pun belum pasti enak.Jadi, nikmat mana lagi kita mahu dustakan? Marilah sedar, kita hamba tuhan.Nikmatnya kita dapat masuk sekolah premier atas alasan kepintaran yang Allah bagi.Jika kita terus bongkak dengan apa yang kita miliki, sama lah kita dengan Syaitan.


Maaf jika gambar kantin di atas keterlaluan.Maaf sekali lagi kerana saya ingin kata, tidak terpancar akhlak kamu sebagai seorang muslimah jika keadaan kantin perempuan terus begitu.Tapi itulah hakikat yang perlu kita sedar.Kalau kantin lelaki bayangkanlah sendiri macam mana.


Sekadar teguran ..
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." :)


"Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku" ~ Al-Baqarah  ayat 152


Friday, September 14, 2012

Tuhan ni wujud ke?


Pada suatu petang,
seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya
yang agak panjang dan tidak terurus.

Seperti biasa,
si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra
dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.
Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya,…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
 
 

Thursday, September 13, 2012

Satira Buat Diri

Tinta terus bergerak.Tegar mencari kesempurnaan, tinta ini sanggup berdarah.

Tulisanku adalah diriku, tapi diriku mustahil adalah tulisanku.Jari-jariku bekerja dengan otakku, tapi tidak dengan jiwaku.


Tidak jauh aku dari orang-orang hidup dalam potensi dosa.Kerana aku pun sama juga.Pesanan-pesanan ku beri agar mereka tidak melampau batas.Tapi kadangkala itu aku tidak segan melampaui batas.

Adakah orang akan menerimaku jika aku bukan seperti tulisanku?


Tulisanku cuma hasil mindaku.
Ingin aku memasukkan diriku ke dalam tulisanku. Serta menanam tulisan-tulisan itu dalam tubuhku. Agar menyerap dalam relung-relung jiwaku.Moga kelak aku menjadi seperti tulisan-tulisan itu.

Tulisanku terhasil kerana jari bekerja.Minda ini mungkin terlalu membaca untukku berani menulis.Tulisanku memberi tahu tentang aku ke dunia.Sementara aku tak pernah berbuat yang sama kepada tulisanku.Tapi, suatu hari nanti tulisan ini sendiri akan mengajarku.





Sebenarnya inilah pesan dari Tuhan.Untuk aku belajar dari tulisan-tulisanku yang sempurna kata mereka itu.Supaya aku sempurna, dan kita sama-sama sempurna .. Tanpa kurnia rahmatNya, aku mungkin tidak menulis seperti itu .. inilah bukti, Allah itu Maha Penyayang ..


Monday, September 10, 2012

Apabila Gangnam style jadi isu ..

Demam Gangnam sudah lama dekat Malaysia.Tapi pena Musafir Hairan baru saja mahu menulis tentang perkara ini setelah mendapat tahu ada rakan-rakan di Facebook menyebarkan mesej seperti di bawah.

 Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam.Hati-hati kerana boleh membawa murtad.

Saya hairan.Betul ke itu maksud Gangnam style begitu? haih~ Jadi saya terpaksalah kaji sendiri serba sedikit dan terbuka hati untuk menulis tentang perkara ini.




Gangnam

Secara faktanya, Gangnam ada sebuah nama tempat di Seoul.Gangnam bermaksud Sungai Selatan, Gang ialah sungai dan Nam bermaksud selatan.Sebuah tempat berkumpulnya golongan elit yang hidup dalam kemewahan.Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.
Gayanya memanglah tidak senonoh yang menunjukkan budaya hedonisme, percampuran lelaki dan perempuan serta tidak menunjukkan nilai-nilai akhlak yang baik.Malah video klip PSY juga banyak menonjolkan gerakan yang tampak lucah dan tidak bermoral.





Jadi, dengan alasan inilah umat Islam itu harus menjauhi budaya tersebut.Tetapi itu bukan alasan bagi umat Islam itu sendiri menyebarkan berita palsu mengenai Gangnam itu bermaksud ''Saya ingin menjadi Yahudi''.Perkara begini juga tidak senonoh.Jika mereka yang bukan Islam mendapat tahu bahawa umat Islam mula mencipta rumors seperti ini, agak-agaklah kan.. Apa yang mereka fikir? Mestilah mereka ingat umat Islam sekarang adalah berfikiran sempit,malas mengkaji dan membutatuli menuduh itu dan ini.

Jangan pula kita melawan Gangnam style atas alasan kurang minat.Mungkin akan menjadi isu baru ataupun terjadi perbalahan kepada yang minat. Tapi,biarlah dengan alasan yang kukuh atas prinsip menentang hedonisme misalnya,pergaulan bebas dan keruntuhan akhlak.Lantas, menggunakan dalil-dalil yang sepatutnya. 


Hedonisme

Kamus Dewan mendefinisikan hedonisme sebagaipegangan atau pandangan hidup yang mementingkan kesenangan hidup’. Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’.



Gangnam style itu adalah hedonis. Apabila kita melawan Gangnam dipromosikan, bukan bermaksud kita setakat menentang Gangnam sahaja.. Apa-apa bentuk hedonisme yang lain juga kita lawan.Tak kiralah unsur hedonisme itu dalam Hollywood,Bollywood,K-pop mahupun industri hiburan dalan negara kita sendiri.Mahu berhibur, buat sajalah tapi ada batas-batasnya.Anda tergila-gilakan artis-artis yang tidak tahu pun anda wujud,sedangkan anda melupakan Dia yang membuat anda wujud.Antara artis dengan Pencipta kita, bila datang kedua nama ni, mana yang mmbuatkan kita lebih excited? Muhasabah.



Rumors.

Berkaitan penyebaran statement palsu di atas, saya ingin tegaskan bahawa kita tidak boleh menyebarkan sesuatu perkara yang kita belum pasti kerana hakikatnya akan menjadikan masyarakat umum itu sibuk berfatwa sendiri.

Sebelum isu statement palsu mengenai Gangnam style, telah banyak rumors lain saya jumpa.Contohnya kes yang melibatkan siri kartun Upin dan Ipin itu adalah agenda Yahudi juga,

"Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."

Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon."


Sejauh mana kebenaran ini? Saya sendiri pun tidak tahu. Tahukah kenapa rumors ini dicipta? Tidak lain tidak bukan mestilah kerana dengki dan tidak senang duduk atas kejayaan orang lain ataupun ingin mencari populariti setelah berjaya mencipta satu penyataan yang kontroversi. Teringat saya satu quotes, "Rumors are carried by haters, spread by fools, and accepted by idiots."


Maka, kaji dan telitilah sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum menyebarkan.Malah dalam al-Qur'an sendiri ada sebut.

Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.  -  surah al-Hujurat ayat 6-8

Wallahua'lam.. :D

Saturday, September 8, 2012

Tragedi

Mujahidin Syria diserang ketika sedang membersihkan jalan di wilayah Halab. Sedang mereka membersihkan jalan yang kotor akibat serangan dan juga darah masyarakat yang mengalir, para mujahidin mendapat maklumat bahawa kereta kebal rejim sedang menghampiri mereka.

Tanpa sempat berbuat apa-apa, kereta kebal tersebut telah menembak mereka dan ketiga-tiga mujahidin gugur syahid dan seorang yang terselamat.


                           


Dari kiri ke kanan : Isa Ayyash (bapa berusia 30 tahun dan mempunyai tiga kanak-kanak), Ahmed (adik kepada Isa berumur 17), Sheikh Mahmoud (berusia 42 tahun, bapa kepada seorang bayi, sering bergurau menghiburkan hati sahabat-sahabat mujahidin semasa pembersihan jalan).




Panggilan diterima daripada mujahidin lain bahawa terdapat kereta kebal sedang menuju dekat ke arah mereka. Sambil itu para mujahidin tersebut segera bangkit mencapai senjata mereka.



Dalam beberapa saat, kereta kebal tersebut telah melepaskan tembakan yang tepat mengenai mereka.


Debu dan asap melingkari dalam lingkungan 30 meter ke belakang. Namun kamera dan seorang lagi mujahidin terselamat. 



Seorang mujahidin ini terselamat, manakala sahabat-sahabatnya yang lain gugur syahid.

Semoga Allah mengurniakan mereka syurga. Insya-Allah.




Mujahidin ini mengalami kecederaan yang ringan dan berjaya diselamatkan.



Friday, September 7, 2012

Tutuplah

Pukul 5 petang.

Faezah : "Allah..sejuknya mata tengok dia sekarang. Bertutup semua.."

Najwa: "A'ah lah. Aku pun rasa macam tu. Sejak bila dia macam tu?"

Faezah : "Aku tengok pagi tadi dia pakai penuh macam tu. Siyes, sejuk mata."

Najwa: "Aku pun suka sangat. Yang fesyen dia dulu tu aku kurang berkenan sangat. Pakai tudung, tapi nampak leher. Pakai shawl tapi lilit leher je. Pakai baju tapi nampak lengan. Pakai seluar, tapi tirus sendat. Macam sekarang ni, orait sangatlah.."

Faezah : "Ish, yang lepas tu lepaslah. Yang penting dia sekarang ni. Kita tak bukak dah buku lama. Tiada faedah juga."

Najwa: "Betul gak tu. Opss..my mistake. Sorry."

Faezah : "Fesyen ni femes gak kat facebook. Sama la dengan fesyen dia sekarang."

Najwa: "Fesyen yang mana ek?"

Faezah : "Fesyen troll tutorial bertudung tu. Last-last jadi tudung kapan."

Najwa: "Huhu..yang tu. Ok². Aku nak tolong sediakan roti cicah bubur kacang panas dekat tetamu yg nak datang malam nanti."

Faezah : "Ok-ok. Bagus ko ni, calon menantu yang baik. Hehe..Ok aku sambung baca Ya-Sin dengan mak dia kat luar. "

Najwa: "Wakilkan untuk aku sekali ya. Arwah baik orangnya... :D




Moralnya

Tutuplah aurat kamu, sebelum orang lain menutup aurat kamu.Tapi jangan pula mengumpat atau mengaibkan jenazah.. hehe


Thursday, September 6, 2012

Mencari

Kelas baru habis.Suasana sekolah memang bising, dan lagi merumitkan kepala apabila ada rakan sendiri bercanda haram dan berdua-duaan.Ah, biarlah! 

Sebelum pulang, aku akan lepak di hujung, tingkat paling atas blok bangunan.Di sini damai, tenang dan senyap.Kadang-kadang bunyi kenderaan dan suara rakan perempuan yang lepak di bawah.

Aku duduk di kerusi seperti orang malas.Memandang ke langit.Cuaca redup hari ini.Pada ketika itulah aku mula berfikir.Befikir adalah hobi yang baik.Lagi baik dengan zikir.Hujung blok atas bilik kaunseling SMKTIZ ini adalah port terbaik bagi aku untuk berfikir.Ini sekolah, maka wajar jadi tempat berfikir.

Menemani aku saat ini cuma buku tentang ideologi yang aku pinjam dari perpustakaan sekolah.Sudah dua minggu aku terlewat tempoh meminjam. Aku akan bayar denda, kerana isinya bagus aku rela membeli ilmunya. Buku membawa aku berjalan. Berjalan di atas, jauh dan luas.Merentas tujuh lautan untuk mencari makna hidup aku sendiri.

Tetapi sekarang ia seolah-olah, aku hanya seperti orang asing kepada diri sendiri.Dan semua perkara yang kadang-kadang aku lakukan, ia bukan aku tetapi orang lain. Jiwa kacau, tapi tenang. Ada sesuatu tidak kena. Tentang aku sendiri dan juga rakan-rakan telah berada di menara gading.

Aku menutup mata dan berfikir tentang rumah.Memikirkan bahawa aku sedang berjalan di rumah saat ini.Mencari diri di rumah.Apakah kehidupan aku di rumah sama seperti apa yang aku mahukan di luar? Aku terfikir lagi, mengapa aku di sekolah? Seperti aku direkasaya oleh orang-orang yang menjauhkan aku dari makna hidup yang sebenar.

Mereka memaksa aku membina kota.Seperti kota-kota yang telah tersergam itu.Kata mereka inilah kemajuan manusia.Aku cuma perlu menjual kepenatan untuk kaya.Tapi mengapa ada yang tertindas? Lalu aku teringat tentang ajakan seorang sahabat untuk menyertai perjuangan di Khorasan.Seolah-olah mereka berkata, "Inilah makna hidup!"..

Tapi aku tetap gusar.Seperti tahun-tahun yang berlalu sia-sia.Membuat aku ingin menangis dan ingin menyentuh langit.Mahu aku pulang ke waktu kecilku!

Tersentak! Aku tertidur rupanya.

Perut berkeroncong.Aku lekas bangun untuk pulang.Aku berjalan menuruni anak tangga.Suasana hening kerana pelajar-pelajar lain sudah pulang.Cuma tinggal segelintir sahaja.Pecanda haram juga tiada lagi.Ada sekumpulan gadis kecil yang aku kenal melambai-lambai.Aku senyum sahaja sambil mendekati motorsikal.Langsung bermonolog, "aku harus cari lagi, inilah ujian tuhan" ...




Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk didalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Allah tiadalah Engkau menciptakan bumi ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa api neraka - surah al-Imran ayat 191

Monday, September 3, 2012

ACAB


Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
buat selama-lamanya
Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari...
Bangun..dari tidur
Bangun...orang timur 

- ACAB, lirik lagu Bangun









Inilah band ACAB.Femes bagi remaja kat Malaysia lewat tahun 90-an dulu.Masa kecik, selalu selongkar bilik bujang bapak saudara.Dan di bilik beliau lah saya mula mengenal band ini.

Kumpulan A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung tahun 1994. Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2003, ia kemudiannya di tukar kepada The A.C.A.B.Kumpulan A.C.A.B. diasaskan oleh dua orang remaja yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Megat a.k.a Magskin dan juga Eddie.Percayalah, mereka bukan sembarangan pemuzik melainkan otak mereka dipenuhi idea malah mempunyai kesedaran tinggi dalam pasca moden ini.

Dulu masa zaman-zaman rebel, saya pun salah seorang fan kepada muzik-muzik underground.Selalu pergi jamming.Sampai hedonis dibuatnya tanpa faham dan tidak tahu apa-apa langsung tentang kapitalisme.Ingatkan cuma muzik keras untuk dilayan sahaja.Pemuzik underground tidak begitu.Mereka ada prinsip dan pendirian tersendiri.Matlamatnya tegar menentang penindasan para kapitalis dan mencari kebebasan.


Lagu-lagu ACAB tampak membela keadilan sosial.Lagu mereka ialah puisi yang dinyanyikan.
Memanglah tidak terlalu puitis,tapi muziknya jujur berbanding muzik-muzik lain yang cuma retorik saja menggebu-gebu.Kalau pemuzik itu cuma setakat buat lagu cinta menyedapkan tekak remaja gersang.Kemudian dia mati, apa yang dia tinggalkan? Cuma muzik-muzik kosong yang melahirkan ramai lagi jiwa gersang.Tapi, artis-artis revolusioner mereka tinggalkan semangat dan teka-teki dalam lagu mereka.Kalau tak percaya cubalah dengar dan hayati lirik ACAB sendiri seperti lagu Skindhead for Life,Fight for Your Right,Bangun dan banyak lagi lagu berbentuk idea.Anda akan dapati mereka adalah berjiwa relolusioner dan mencapai tahap kematangan dalam memanfaatkan muzik.


Bukan mahu kondem sebab tidak minat dengan artis sekarang, muzik-muzik hari ini seperti tiada nilai.Manusia mudah jadi artis tanpa bakat dan pemikiran.Malahan kebanyakan nasyid-nasyid di Malaysia pun sibuk main kata-kata palsu dan khayalan semata-mata.Saya berani katalah, bagi mereka yang berjiwa muzik, lagu-lagu ACAB lah yang layak didengar dan patut dihayati.Bukan sekadaa dapat menghilangkan rasa bosan dan memenuhi keinginan genre, tapi bait-bait liriknya mempunyai makna tersirat dan tidak palsu.





Saya tertarik dengan kisah vokalis band ini, Megat atau dikenali sebagai Magskin yang merupakan pengasas ACAB.Kalau dulu masyarakat kenal beliau sebagai budak berimej dan attitude working  class seakan bermasalah.Tapi lihatlah sekarang, beliau kelihatan berjaya membawa diri. Mungkin, beliau membesar dalam suasana kacau atau apa-apa saja.Kerana berkat usaha beliau berjuang untuk keadilan dengan cara tersendiri, Allah membalas kebaikan terhadap beliau.


 brader Megat dalam Mastika


Muzik Underground.Walaupun mereka tidaklah Islamik malahan rebel, tapi sekurang-kurangnya mereka ada usaha mencari makna hidup.Melahirkan kejujuran dalam seni dan bakat.Itu adalah lebih baik dari kita yahg lahir saja Islam cuma senyum saja pada rat race.Jangan disangka budak-budak punker cuma tahu riot-riot dan menghabiskan masa sahaja.Punker yang bijak, bukan sembarangan bijak.Tapi mereka lebih sedar tentang hakikat perjalanan dunia moden sekarang dan sedar mereka telahpun terpasung dalam pelbagai sistem.Bezanya, mungkin mereka belum mengenal Islam dengan lebih dekat.Sebenarnya, yang dicari mereka adalah makna Islam itu sendiri.

To ACAB, wa tabik cara lu.Moga akan lahir ramai pemikir yang berani melontar apa yang mereka fikir dengan apa cara yang mereka mampu.


 Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
- Surah Al-Qasas 56



 Katakan pada hati mu.Kau bebas menentang musuh mu.Dikebebasan yang baru kan di bawa mu.Kuatkanlah pegangan mu. Kita pastikan bersatu.Dikebebasan yang baru! Kita kan bertemu!

-lirik lagu Skinhead Selamanya
-----------------

this is my favourite song. 

Bangun! 

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...