"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Monday, July 30, 2012

Gadisku ..



Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
ke
pada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah…hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku…sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..


Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu “tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita.” Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta….bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
“Sesungguhnya cinta itu buta.” Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik
itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi…


Friday, July 27, 2012

Bukan Cinta Biasa



Tiupan angin senja amat mendamaikan perasaan. Aku berasa tenang dan bahagia dengan ciptaan Allah. Aku mendakap erat sebuah buku yang bertajuk "Di Mana Nilai Cintamu". Buku itu baru aku beli pada dua minggu yang lepas.

"Nur Iman."

Satu suara menyapaku dari belakang. Aku amat mengenali suara itu. Suara milik seorang gadis yang aku kenali semasa di tingkatan satu lagi. Lantas aku membuka mataku. Alia tersengih memandangku dan terus melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Assalamualaikum, kau nak apa ni? Tersengih-sengih je dari tadi," tanyaku dengan wajah yang masam.
"Waalaikumussalam, Iman. Erm, aku tak nak apa-apa lah. Aku sekadar nak berborak dengan kau je. Kau baca buku apa tu?" tanya Alia sambil memandang ke wajahku. Anak matanya merenung tajam buku yang aku dakap ke dadaku itu.

"Aku baca buku yang berjudul "Di Mana Nilai Cintamu". Sesuai dengan tajuknya, buku ini mengisahkan tentang di mana nilai cinta kita."

"Amboi, sahabat yang aku sanjung selama ini dah jadi pencinta jejaka!" kata Alia memerliku sambil ketawa terbahak-bahak. Aku hanya tersenyum mendengar gurauan Alia. Alia sentiasa membuat aku tersenyum dan ketawa dengan gurauannya.

"Erm, buku yang aku baca ni bukan mengisahkan tentang cinta kita kepada hamba Allah. Tetapi tentang nilai cinta kita kepada Allah. Pernahkah kita terfikir? Sepanjang kita hidup di dunia ini, pernahkah sekali kita melafazkan kata-kata cinta kepada Allah atau kata-kata cinta itu hanya kita lafazkan kepada insan yang kita cintai? Cinta manusia itu hanya bersifat sementara, tetapi cinta Allah adalah cinta yang abadi. Jadi, di mana nilai cinta kita kepada Allah? Adakah nilainya sama dengan cinta kita kepada manusia atau nilainya lebih tinggi lagi daripada itu?"

"Wah, hebatlah kau! Aku tabik dengan kau."
"Alia, aku tidaklah sehebat mana. Aku pun manusia biasa juga, ada kelemahan dan ada kekurangan. Tetapi, kita kenalah berusaha memperbaiki diri dan mengatasi kelemahan yang ada pada diri kita. Manusia ni sama je di mata Allah, tak ada bezanya."
A
lia terpaku mendengar jawapanku. Dia merenung seketika wajahku dan mengalihkan pandangannya ke arah ombak yang memukul pantai. Aku terdiam menanti bicara Alia yang seterusnya. Aku sedar, bukan hanya soalan itu yang ingin Alia tanyakan padaku. Setahu aku, Alia lebih suka terperap di dalam bilik pada waktu senja macam ini.

"Iman, apa itu Islam?"

Soalan Alia membuatkan anak mataku melirik ke arahnya. Alia tenang di sebelahku. Aku menarik nafas dan menghembuskannya dengan perlahan.

"Islam itu adalah mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan."

"Adakah aku hanya Islam pada nama? Aku tidak pernah menunaikan solat. Aku jarang berpuasa. Ibu bapa aku sendiri tak pernah ajar aku tentang pentingnya bersolat. Bahkan mereka sendiri tak pernah bersolat dan jarang berpuasa."

Aku membiarkan soalan Alia itu seketika. Aku memikirkan kata-kata yang baik untuk disampaikan pada dia. Aku teringat dengan sesuatu, 'Pendakwah yang berhemah adalah pendakwah yang menyampaikan dakwahnya dengan lemah-lembut dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan orang yang mendengarnya.'

"Solat merupakan rukun Islam yang kedua dan merupakan tiang agama. Setiap orang Muslim diwajibkan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Solat boleh mencegah diri kita daripada melakukan perbuatan keji dan kemungkaran. Solat itu juga merupakan ibadah yang lebih besar keutamaannya daripada ibadah-ibadah yang lain kerana ketika kita sedang bersolat, kita akan berhadapan dengan Allah SWT dan kita akan merasa betapa kerdilnya diri kita ketika itu.

"Pada saat itu kita akan sedar dalam kehidupan kita, ada penciptaNya dan kita mestilah mengingati pencipta kita dalam susah mahu pun senang. Dalam sehari, Allah cuma minta lima kali sehari untuk kita mendekatkan diri kepadaNya kerana Dia sayangkan kita. Kalau kita sayangkan Allah, tentu kita tak sabar nak menunaikan solat setiap kali masuk waktu solat. Tetapi ramai yang merasakan ia adalah satu beban bagi mereka. Allahu alam."

Aku menelan air liur seketika. Alia hanya menjadi pendengar setia. Dia tidak mencelah sebarang kata-kataku.

"Alia, tujuan Allah menyuruh kita berpuasa adalah untuk mendidik jiwa kita menjadi hambaNya yang bertakwa. Seorang hamba yang bertakwa ialah yang taat kepada Allah dalam segala arahan dan perintahNya. Mungkin sepanjang bulan lain kita lalai dengan hal duniawi. Oleh sebab itu, pada bulan Ramadan, Allah nak kita ingat balik tujuan kita hidup di dunia ini - iaitu untuk mengabdi kepadaNya dan sebagai khalifah di muka bumi. Allah ingatkan kita sebab Dia sayang kita.

"Tentang ibu bapa Alia itu, Alia tak boleh salahkan mereka. Seburuk mana pun mereka, mereka tetap ibu bapa kita. Kita kena memperbaiki diri kita dulu baru kita boleh memperbaiki diri orang lain. Hadiah yang amat bernilai buat ibu bapa adalah sepotong doa daripada anak yang soleh."

Aku membiarkan Alia merenungi kata-kata aku sebentar tadi. Aku tak perlu mengulas dengan lebih lanjut lagi. Aku percaya Alia boleh memahami kata-kataku. Aku melontarkan pandanganku jauh ke dasar laut. Aku mengukir senyuman yang lebar sehingga menampakkan barisan gigiku yang tersusun rapi.

"Aku terlalu jahil dalam mengenal ilmu Allah. Aku lalai dalam menunaikan tanggungjawab aku sebagai hambaNya. Aku tak pernah tunjukkan kepada Allah yang aku sayangkan Dia juga," suara Alia menusuk tangkai hatiku. Perubahan dari segi suaranya membuatkan lidahku terkelu seketika.




"Kau tak jahil, Lia. Cuma kau belum mendapat hidayah daripada Allah. Percayalah, Lia. Allah akan ingat kepada hambaNya sekiranya hambaNya ingat kepadaNya. Allah itu Maha Megetahui, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Mintalah ampun kepada Allah sebelum terlambat," jelasku panjang lebar sambil menyentuh bahu Alia. Alia terus memelukku dengan erat. Aku membalas pelukan Alia.

"Terima kasih, Iman. Kau dah menyedarkan aku."

"Jangan berterima kasih kat aku, tetapi terima kasih kepada Allah kerana dia telah membukakan pintu hati kau. Aku hanya menyampaikan yang sepatutnya kat kau. Aku sendiri masih belajar tentang ilmu Allah. Ilmu Allah terlalu luas, takkan habis diterokai walaupun seumur hidup."
Aku meleraikan pelukan Alia.

"Jom, kita balik asrama. Waktu maghrib dah nak masuk, kita solat berjemaah. Solat berjemaah adalah lebih afdal daripada solat bersendirian."

Aku berjalan beriringan bersama Alia. Satu kedamaian jelas terasa di hatiku. Kedamaian kerana sahabatku, Alia sedang menemui nilai cintanya. Nilai cinta kepada Allah, pencipta kita yang sangat menyayangi kita. "Ya Allah! Kau permudahkanlah perjalanan sahabatku ini agar dia sentiasa berada dalam landasanMu dan menjaga nilai cintanya kepadaMu. Kau tunjukkanlah dia ke jalan yang benar iaitu jalan-jalan orang yang lurus. Amin Ya Rabbal Alamin."

Aku mengenggam erat buku "Di Mana Nilai Cintamu". Buku itu amat bermakna bagiku dalam mencari hidayah Allah. Insya-Allah.

 Credit: iluvislam


Wednesday, July 25, 2012

Mari Berbaik Sangka.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut

Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat

Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.

-------


Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.

Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah sesama kita.




 Jika kamu belum tahu sesuatu perkara, jangan terus membuat kesimpulan.
Mengkaji adalah lebih baik sebelum membutatuli menuduh itu dan ini.


Tuesday, July 24, 2012

Engkau datang dengan gembira,Engkau pulang dengan hiba.


Ketika Syaaban bersiap untuk menutup tirainya.Ramadhan sedang dinantikan umat Islam.Kata Syaaban, "Lihatlah wahai Ramadhan, umat Islam sedang menantimu.Mereka begitu gembira sekali dan mereka melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan mu".Ramadhan sungguh teruja kerana dirinya dinanti-nantikan.Mengucapkan selamat tinggal kepada Syaaban sambil membawa masuk beberapa bagasinya. Terdapat beberapa bagasi yang saiznya berlainan.Dari yang paling besar hingga yang terkecil.Dalam bagasi tersebut, terdapat hadiah yang perlu diberikan kepada umat Islam.

Pada 1 Ramadhan, Ramadhan membuka bagasi yang paling kecil.dan mengagihkan isi-isi dari bagasinya itu kepada umat Islam.Ternyata benar kata Syaaban, umat Islam amat menyukai Ramadhan.Mereka berpusuan ke masjid untuk mengambil isi-isi bagasi yang diagihkan oleh Ramadhan itu.Hari seterusnya, Ramadhan membuka bagasinya yang lebih besar sedikit.Hari tersebut seperti hari yang lalu, umat Islam berebut-rebut untuk mengambilnya.Selama seminggu perkara ini berterusan.

Setelah seminggu berlalu, Ramadhan kelihatan rungsing.Seperti ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada Ramadhan.Bagasi yang perlu dibuka waktu ini jauh lebih besar dari bagasi yang dibuka pada minggu yang lalu.Ramadhan bertanyakan dirinya sendiri, "mengapa umat Islam semakin hari semakin tidak mahu apa yang ingin aku agihkan?Padahal aku akan memberi sesuatu yang luar biasa nanti.Lailatul Qadr,hadiah ini amat besar sekali.Yang belum pernah diberikan oleh bulan-bulan yang lain".

Sampai masa yang sepatutnya, Ramadhan mengagihkan hadiah berbentuk Lailatul Qadr itu kepada segelintir sahaja umat Islam.Kerana hanya segelintir ini sahaja yang benar-benar mahukan hadiah itu.

Hari berganti hari.Hari-hari terakhir ini amat menyedihkan Ramadhan.Umat Islam asyik bercakap mengenai Syawal sahaja.Ramadhan agak cemburu sambil mengagihkan hadiah dari bagasinya itu kepada beberapa umat Islam yang benar-benar menyukainya sahaja.

Ketika Syawal mengetuk pintu, Ramadhan terus memberitahu, "Syawal! umat Islam sedang menanti kamu.Pergilah dapatkan mereka.Moga kamu bahagia bersama mereka".Ramadhan pun berlalu pergi dengan hiba.Tanpa diingati lagi oleh umat Islam, kecuali beberapa orang sahaja menangisi pemergiannya.

Begitulah kita hari ini.Permulaan menyambut Ramadhan begitu meriah sekali.Memang banyak perubahan positif yang telah dan akan kita lihat pada bulan Ramadhan. Surau dan masjid dipenuhi dengan jamaah untuk solat lima waktu dan tarawih. Orang yang jarang ke surau akan ke surau.Bahkan al-Qur'an yang berhabuk di atas almari mula disentuh.Serta ramai yang bermurah hati bersedekah mahupun menderma.Alhamdulillah.


Tetapi mengapa kita hanya mempunyai semangat itu hanya pada permulaan Ramadhan sahaja? Sedangkan Rasulullah s.a.w telah berpesan, "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan. Awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka".

Tanyalah pada diri adakah benar kita berniat untuk bersungguh-sungguh menyambut Ramadhan kali ini? Cuba bayangkan kalau keadaan ini berterusan, adakah tidak indahnya Islam dipandang? 

Justeru, marilah kita melakukan perubahan pada Ramadhan kali ini dengan melakukan ibadah dengan istiqamah.Moga 1 Syawal nanti kita akn menyambut hari kemenangan sebagai sebenar-benar seorang pemenang.


''Ramadhan. Awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka"






Thursday, July 19, 2012

Apa itu Cantik?




Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.


Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.


Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anda berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.




Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana si cantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?


Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal diAkhirat.


Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.


Barangkali penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. Wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.


Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar.Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt.


Bukan hina tidak baik pada rupa.Bukan berdosa tercipta cantik.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.Kata Hamka, Kecantikan abadi terletak pada ketinggian ilmu dan keelokan akhlak bukan paras rupa dan pakaiannya.




Bagiku, biar tidak baik pada rupa asalkan baik jiwa dan perilaku.
Maka kamu adalah orang cantik..







Wednesday, July 18, 2012

Kalau Cinta Aku. Zahirkan ..

Tika hati sedang suka.Memang mudah bilang cinta.Salahkah? Memanglah tidak.

Tapi ...
Ada syarat-syaratnya. Kerana perasaan ini fitrah.Moga janganlah menjadi fitnah.

Adakah betul-betul kamu harapkan cinta aku? :) 


Kalau benar.Aku juga akan cinta kamu.Tapi aku tidak mahu main-main.Aku tidak mahu ia setakat suka-suka.Sebab itu bukan cinta namanya.







Kalau benarlah cinta kamu itu. Zahirkan...

Jangan sekadar kata-kata.Ketika aku melakukan kesalahan.Cuba tegur kesalahan aku..Jika aku sedang berjaya jangan terlalu memuji aku.Bimbang aku akan riak.


Sedang aku hanyut dalam kemaksiatan cubalah ubati aku.Jangan pula kamu bawa aku ke lembah kemaksiatan.Kalau kamu lakukan juga.Aku pasti tidak keruan.Kerana aku juga ada kelemahan.Kamu tahukan.Aku hidup bersama perjuangan.Perjuangan aku terhadap agama juga pasti terganggu.Dan aku mesti akan ragu-ragu pada cinta kamu nanti.Oleh itu, jangan bawa aku kepada dosa.bolehkan? :D


Selain itu, kamu juga harus perjuangkan hidup kamu dahulu.Setelah itu, barulah berjuang bersama aku.Kau harus belajar, supaya kelak ilmu itu akan digunakan untuk mentarbiyyah jiwa-jiwa yang akan lahir dari kamu nanti.


Kamu pernah kata suka aku.Ya,aku juga suka kamu.
Tapi, sebelum akad kita ada jarak.Pergaulan kita terbatas.Kita tidak boleh bebas bersama.Kerana itu menjauhkan kita dari sebenarnya cinta.


Kamu kena tahu, cinta bukan pada couple saja. Cinta juga bukan pada 'I love you'. Cinta tak terletak pada 'I miss you' dan cinta bukan pada 'can I kiss you?'.Kerana itu semua mainan nafsu semata-mata. Bicara cinta suci itu akan terucap saat ijabkabul dilafazkan. Ketika itulah tujuan cinta dicapai bersama.



Walau apa pun.Kamu juga mesti waspada.Jangan terlalu cinta aku.Kerana aku mungkin bukan milikmu nanti.Mungkin kamu juga bukan milik aku.Namun, kita ada harapan.Selagi doa tidak terputus.


shhh..
Jangan bimbang.Solehah untuk yang soleh.Kita usaha menjadi hamba yang taat :) 
Berdoalah.Kelak dengan izinNya.Kita mungkin akan bebas bersama.

Kalau cinta aku. Zahirkan ..
Don't love me forever..
but love me till Jannah ..


Seteguh Pokok

Hari ini aku rasa sangat rajin.Entah semangat mana mula buat aku rajin tiba-tiba.Waktu ketiadaan guru dalam kelas adalah masa terbaik untuk aku study dan siapkan nota.Kelas agak bising tapi itu bukan alasan bagiku untuk tidak memanfaatkan masa ini.Aku mula angkat kaki ke perpustakaan pra-u yang tidak jauh dari kelas.Tapi pustaka juga tidak terlalu senyap.Fuh, gangguan betul.Tapi tak apalah, kita boleh buat perkara lain.




Aku merenung ke luar tingkat menikmati suasana perkarangan sekolah.Sambil menikmati sekeping coklat cloud 9.Yang menarik perhatianku kala itu adalah sebatang pokok yang sedang bertarung dengan angin yang bertiup samberono.Sang angin tidak puas mencabarnya.Berulang-ulang.Namun,pokok tetap masih teguh berdiri walau angin sekuat itu.

Dari situ aku dapat ilham alangkah bagus kalau manusia seteguh pokok.Dihentam dan dicabar sekuat mana sekalipun.Tapi ia masih lagi teguh berdiri.Apa yang hebat sangat kamu wahai pokok? Kamu cuma hidup dengan air, cahaya matahari dan cuma ada akar sahaja yang membuatmu kekal di situ.

Keteguhan.Memang perlu ada pada diri manusia.Lebih-lebih lagi untuk kita sebagai umat di akhir zaman.Aku berani katakan bahawa manusia yang ada sifat keteguhan mesti sifatnya sama seperti pokok tadi.Walau apa pun cabaran dan serangan yang diberi oleh musuh samada zahir mahupun pemikiran,dia masih lagi teguh dan tidak berubah pendiriaannya.Dan aku mula berfikir jika aku mahu menjadi seteguh pokok, adalah sama sahaja untuk menghasilkan sebatang pokok itu.

Benarkah?

Air 

Pokok perlukan air untuk membantu pertumbuhan.Tanpa air pokok akan kering.Tidak bermaya dan mungkin juga akan mati.Aku rasa air itu boleh dianalogikan sebagai ilmu.Ya, manusia perlukan ilmu untuk hidup.Tanpa ilmu manusia sukar untuk menentukan arah tujuan.Mana mungkin akan jadi teguh.Cuba perhatikan dunia, kebebalan manusia adalah berpunca dari ketiadaan ilmu.Disuruh belajar malas.Kerana itulah selepas diindoktrinasi hiburan sedikit sahaja diri dan akal sudah mati.Belajarlah kawan, kenapa malas? Sampai tahap hari ini orang sebut Fekah pun tak tahu."Apa benda Fekah itu? Nama kuih kah?". Itulah akibat tanpa ilmu.Macam mana kamu mahu hidup kalau Fekah pun kamu tidak tahu.Macam mana nak beramal? Kawan,mana-mana pun boleh belajar.Bila-bila masa pun boleh belajar.Bukan setakat di universiti bukan setakat di sekolah sahaja.Bagi manusia ilmu itu ibarat air yang sentiasa diperlukan untuk membantu kehidupan.Kamu memang tidak pandai dan aku juga tidak pandai.Maka marilah kita sama-sama mencari ilmu untuk jadi pandai.


Cahaya Matahari.




Pokok memerlukan cahaya matahari.Tujuannya untuk membantu fotosintesis.Semakin persekitarannya terdedah dengan cahaya semakin berkesan proses fotosintesis.Cahaya matahari adalah untuk pokok, manakala manusia yang diperlukan dari persekitarannya adalah nilai murni.

Semakin manusia itu terdedah dengan persekitaran yang baik semakin diri manusia itu akan terpupuk sebagai manusia yang mulia.Bagaimana caranya untuk mendapatkan persekitaran yang ada nilai murni? Carilah bijakpandai dan ikut akhlak mereka.Berdampinglah bersama ulama dan nilai-nilai zuhud mereka.Usahlah berdalih, ikut artis tak mengapa pula.Hinggakan kita berani ikut apa cara yang mereka pakai, budaya dan cara hidup mereka.Untuk apa semua itu? Mereka tidak akan membuatmu teguh.Mengambil mereka sebagai idola sama  saja sama seperti kamu membawa diri ke dalam kotak yang berlapis-lapis.Maka jauhlah dari sinar cahaya, jauhlah kamu dari nilai-nilai murni.

Akar


Pokok mempunyai akar untuk menjadikan ia terus kekal berdiri.Dan akar juga berfungsi untuk menjadi saluran utama untuk membawa air ke seluruh pokok.Akar bagi manusia adalah pendirian.Kita mesti fikir untuk apa kita hidup.Bagaimana nak fikir? Ha, di sinilah wujudnya peranan air, iaitu ilmu.Jika kita mendekati ilmu kita akan tahu bahawa Allah pernah berfirman,“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”, surah Adz –Dzariyat ayat 56.Maka akar kita pula memulakan peranan mengambil air ini untuk disalurkan ke dalam diri supaya bertumbuh dengan baik. Semoga kita kuat pendirian dengan adanya ilmu.



Cantas


Adakalanya pokok itu perlu dicantas pada bahagian-bahagian yang rosak atau buruk supaya keburukan itu tidak merebak keseluruh pokok.Bermakna kita juga harus mencantas diri kita juga.Bukannya bermaksud potong kaki kita.hehe.Tapi cantaslah keburukan-keburukan sifat yang kita ada.Kadang-kadang kita satu sahaja sifat kita yang buruk akan memberikan kesan kepada seluruh jasad dan pemikiran.

Misalnya sombong.Kenapa pula ya? Kesombongan bukan setakat kita boleh jadi orang yang menunjuk-nunjuk kehebatan diri sahaja bahkan mampu menjauhkan diri kita kepada sifat keterbukaan.Maka kita sukarlah menerima kritikan orang lain seandainya kita melakukan kesalahan.Sama sahaja seperti pokok yang buruk dahannya, mana mungkin akan mampu menyerap cahaya matahari dengan baik.





Marilah jadi seteguh pokok.Dan berusaha menghasilkan diri seteguh pokok.Pokok dari tanah.Kita pun dari tanah.Memang Allah jadikan sesuatu perkara ada hikmahnya supaya kita berfikir.Bukan pokok sahaja,pandanglah apa sahaja yang baik dalam dunia dan anologi sahaja kepada kehidupan.Nescaya kamu akan tahu, Allah sentiasa bersama kamu ketika kamu sedang bermusafir di BumiNya.


Jadilah sebagaimana pokok.Semoga teguhlah kita bersama.Menumbuhkan dedaun hijau dan rimbun agar kelak ramai yang akan berteduh.Jadilah sebagaimana pokok yang akan menghasilkan buah yang banyak supaya kelak mampu dimanfaat orang-orang disekeliling.Untuk menjadi teguh bukan mudah melainkan dengan usaha yang gigih.




sekian.Wallahua'lam.. :D









Wednesday, July 11, 2012

2+2=5



Bila yang berkuasa itu kata 2+2 adalah 5
Kita katakan bukan,
2+2 adalah 4,
Tapi bila yang berkuasa mula memaksa
Untuk kita mengakui 2+2 adalah 5,
Kerana takut kita iyakan saja.


Kecuali antara kita ada pemberani,
Mengatakan 2+2 adalah 4..
Tapi yang berkuasa tetap memaksa ,
Memaksa berkata 2+2 adalah 5 !!


Demi kebenaran,
Si pemberani itu akan tetap berkata benar,
Walaupun diancam,
Bahawa 2+2 tetap menjadi 4.


Demi kebenaran..
Biar mati sahaja ditangan yang berkuasa itu,
Asal tidak diperbodohkan kerana rasa takut,
Mengikut sahaja bahawa 2+2 itu 5.


Wahai orang yang berfikiran,
2+2 adalah 4,
Penguasa mengatakan 2+2 adalah 5,
Kenapa engkau iyakan saja?
Apakah kamu rela diperbodohkan?..
Pergi mampus dengan ketakutan itu..

Wahai orang berfikiran,
Mengapa engkau takut?
Kalau salah engkau betulkan saja,
Walau terselidung sekalipun,
Dalam diam engkau kumpul kekuatan,
Agar tersungkur pembodohan.

Beranilah engkau berkata benar,
Matilah engkau dengan berkata benar,
Biar teguh pada yang Esa, 
Hingga abadi ke sisiNya.


Musafir Hairan
11 July 2012




Try to tell the truth.And stand for your right.
Don't get the bastards make you down..

Friday, July 6, 2012

Cinta Marhaen



Mereka itu,
Berumah mewah,
Kita pula bergelandangan.



Biarkan saja,
Merintih itu sia-sia,
Mari kita bermimpi sahaja.



Mereka itu..
Bermimpi banyak sekali 
tentang dunia.



Biarkan kita.
Bermimpi tentang syurga,
yang tidak kita peroleh di sini..



Kesyukuran itu,
Cukup sahaja menjadikan kita bahagia,
Ia harta dari tuhan..



Kerana itulah,
Aku berani katakan,
Bahawa cinta marhaen itu,
melebihi cinta orang istana.





Sunday, July 1, 2012

Awek dan Idea


Saya lebih suka awek yang terbiasa bercakap mengenai idea, berbanding awek yang suka habiskan masa dengan perkara sia-sia duk naik fixie tak tentu masa, K-pop tak habis-habis dan update fesyen-fesyen.Apa ke benda semua tu.


Saya lebih suka awek-awek yang selalu post mengenai politik atau isu-isu semasa dalam Facebook berbanding awek-awek yang buang tenaga taip status luah perasaan yang tidak wujud.Ini membuktikan masih ada awek-awek yang cukup intelek dan tahu memanfaatkan alternatif dan nikmat teknologi yang dimiliki.Dan cukup terbukti masih ada awek-awek tidak menelan cerita dan penipuan dari media.Tak kiralah haluan mana mereka pilih untuk terlibat samaada pro-demokrasi mahupun Hizbut Tahrir.



Dalam perjuangan membangkitkan kembali daulah Islam,semua orang ada peranan termasuk awek(belia wanita).Maka kerana itulah wujudnya istilah mujahidah.Awek-awek zaman sekarang tak perlu lagi dinilai dari segi berapa banyak subjek yang dia dapat kuasai.Bagi saya, mereka tetap bijak seandainya cuba melepaskan diri dari terbelenggu serangan pemikiran diketika manusia sibuk mengubah tabiat baru.


Saat manusia -manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah berjalan tersesat.Awek pavilion sibuk cari baju ketat.Pilih skirt mini sekerat.Awek dan idea tetap ada pada saat ini.Bebas dari hedonis.Bebas dari penjara diri.Bebas dari picisan retorik cinta palsu. Merekalah mujahidah.


Nak pilih yang mana ea? hehe.. gurau jaa .Kan bagus kalau semua awek macam ni.


Muslimah yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti
 permata yang berharga di celahan kaca.
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Yakinlah bahawa golongan kamu juga ada peranan membangkitkan kedaulatan ummah.Buatlah apa yang kamu mampu, itu lebih baik daripada menangis depan TV.


Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...