"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Sunday, April 29, 2012

Semua Orang Nak Jadi Pejuang


Semua orang nak jadi pejuang.Semua orang tahu, Islam itu sinonim dengan perjuangan..

Tapi...

Saya hairan ada yang mengaku pendekar, membawa keris kononnya mempertahankan bangsa,agama serta menjaga hubungan sesama manusia tapi mengabaikan hubungan dengan Allah.Bukannya kita tidak tahu,manusia dicipta sebagai khalifah di muka bumi.
..
Sedang saya hairan melihat ada orang mengaku akrab dengan Allah tapi mengabaikan hubungan sesama manusia. Bukannya kita tidak tahu Islam juga sinonim dengan ukhwah dan setiap mukmin itu bersaudara.

Mereka nak jadi pejuang,orang sana nak jadi pejuang,orang sini nak jadi pejuang..dan saya pun nak berjuang untuk agama saya.. Kadang-kadang, matlamat itu betul tapi perlaksanaan yng salah.Maka orang lain memandang matlamat kita salah.Ada juga perlaksanaan yang baik tapi matlamatnya salah.Maka melihat terus kepada matlamatnya baik. Kadang-kadang juga silap mata yang memandang itu, sesuatu yang agak ekstrem langsung melabel tindakan itu salah.Padahal tidak mengkaji dan berfikir terlebih dahulu.

Semasa di bawah kekuasaan Khilafah, Islam hidup dalam satu naungan dan bersatu padu.Tapi kerana pemikiran Sekular Barat mula berjangkit pada kotak pemikiran sesetengah pihak telah menjahanamkan Daulah Khilafah.Ya,pemikiran moden yang melupai akhirat.

Setelah kejatuhan Khilafah Uthamaniah, tanah-tanah naungan Khilafah mula dibahagi-bahagikan atas dasar Negara Bangsa atau Nasionalisme.Negara-negara bangsa mula dimerdekakan dengan syarat memakai sistem dan perlembagaan dicipta Yahudi dan Nasrani.Tapi kerana kita sekadar membaca sejarah dari sasterawan yang menulis sejarah dengan kebohongan, maka kita langsung tidak memikirkan tentang ini.Malah selesa dengan sistem sedia ada tanpa berusaha untuk kembali seperti sediakala.Bahkan gembira bertelagah sesama sendiri.

Dahulu saya orang yang tegar menentang Demokrasi.Saya mula hairan mengapa ulama seperti membiarkan ia terjadi dan kelihatan memperjuangkan Demokrasi.Saya mula merasakan ulama tidak tahu dengan tipu daya atau konspirasi dari Yahudi.Ketika itu guru saya adalah internet dan buku-buku.Ternyata saya silap,sebelum ini saya hanya memandang dunia ini sekadar dengan pandangn hitam putih.Hitam itu salah putih itu benar.Maka saya merasakan saya lah yang paling mulia dan benar.

Hinggalah ada seorang guru Tasauf membacakan satu ayat,"Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama.", surah Fathir ayat 28.

Mengapa Allah menyampaikan ayat ini? Mungkin Allah nak kita berfikir bahawa dalam kalangan manusia, yang paling dekat dengannya adalah ulama. Dari situ saya berfikir, adakah saya perlu lagi memandang rendah ulama yang lebih berilmu? Padahal sebelum ini saya hanyalah remaja yang sombong dengan ilmu dengan setakat pandai mengoogle hadis , copy dan tepek.Saya lupa, yang menjaga hadis-hadis dan ilmunya juga adalah ulama.


Pernah saya menghentam seorang sahabat dengan fakta-fakta sejarah mengenai Demokrasi,tapi dengan lembut beliau berkata,"Kata ulama, Demokrasi sedang dimanfaatkan.Menangkan Islam dalam Demokrasi,bukan bermakna memperjuangkan Demokrasi.Kita juga sedang berjuang untuk kembalikan Khilafah.Tapi takkan kita nak bunuh saudara sendiri.Kita nak hantar tentera berjihad tapi kita tiada kuasa tentera.Bumi ini perlu ditarbiyyah dahulu tanpa memaksa islahkan kejahilan.Bermula daripada diri, keluarga , masyarakat dan seterusnya negara.Dari situ dengan izin Allah akan membawa kepada Khilafah."

Ok, tak apa lah.Saya mula mengkaji mengapa manfaat Demokrasi kelihatan masih lagi cacat.Rupa-rupanya yang merosakkan manfaat tadi adalah diri kita sendiri.Kita tak perlu menghina kejahilan orang lain.Orang itu melakukan keburukan kerana mungkin dia tiada ilmu.Sedangkan kita yang mendamping dengan orang berilmu menghina golongan yang tidak berilmu.Sebenarnya kita lebih hina dengan ujub dan riak.Kerana kita yang melakukan keburukan, maka orang memandang kepimpinan ulama dengan pandangan yang hina.Itu satu pengkhianatan.

Perlukah kita cerita satu dunia tentang keaiban orang lain? Kemudian beribu memberi komentar yang mampu memalukan sesetengah pihak.Agak-agaknya lah kan, nak ke dia kembali ke pangkal jalan kalau kita buat macam tu? Walaupun kita nak sampaikan kepada orang lain tentang sesuatu keburukan yang tak patut diikuti,cukuplah ala kadar sahaja yang mampu memberi hikmah.Nak lawan, lawanlah atas kertas undi.Nak menangkan kebaikan, bawa ilmu dari ulama kepada mereka yang perlu disuntik kebaikan.Maka yang menjadi baik akan memilih kebaikan.Bukan cara perang caci makian.Ulama tak suruh kita perang mulut yang sia-sia dengan orang lain. Tarbiyyah, ia bukan dengan paksaan tapi satu proses.

Jangan kita pura-pura tak tahu,perjuangan Islam bukan bersemangatkan Nasionalisme semata.Semangat Nasionalisme berlebihan seakan-akan menyebabkan Islam itu sendiri terbius.Dulu kita bersama dalam satu naungan, kemudian dipecahkan oleh Barat dengan Nasionalis.Patutkah kita pula memperjuangkan Nasionalis? Saya bukan bertindak rasis tapi inilah kenyataan.Ketika Palestin sedang dibantai Zionis, kita berdiam.Saat Syria dihentam regim Basyar kita berdiam.Sejak Afghanistan diserang Tentera Salib moden NATO kita diam!Sedang pula pejuang-pejuang Islam selatan Thai disembelih kita juga diam.Kerana kita memikirkan negara kita sahaja, kita lupa saudara seagama.Pemikiran ini beku bahkan mampu melambatkan kesatuan Islam.

Dalam ketika Zionis melabuhkan tanahnya mencapai gagasan Israel.Sedang Jazirah Arab sedang diratah pengikut-pengikut Al-Masih Dajjal.Inikah masanya untuk kita bertengkar Kuning dengan Merah?Biru dengan Hijau? Oleh itu, ada baiknya kita sama-sama berjuang dengan matlamat yang sama iaitu kebangkitan Khilafah Islamiyah, walaupun dengan cara yang berlainan.Kita sama-sama menunggu Imam Mahdi.Mungkin anda nak pakai Snipe dan saya nak pakai M-16.Jadi anda tak perlu menghukum saya salah.Anda sayang agama, saya pun sayang agama.Syahadah kita sama kiblat kita sama.Kemenangan Islam itu pasti, tapi segalanya bermula dari kita.



Kerana kita tidak bersependapat, jangan menghina cara aku salah.Jika aku mainkan cara yang sama maka kita akan berpecah. Ada kala kau menegur yang sememangnya aku salah,aku akan muhasabah.Mungkin cara kita berbeza tapi matlamat kita sama.Raikan perbezaan ini.
..
Nak debat, debat sajalah tapi jangan memusuhi aku.Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara
..

Saturday, April 28, 2012

Rintih Hairan Sang Musafir..


Malam ini malam membenci..
Aku tegar anti-Demokrasi ..
Tapi Ulama manfaatkan demokrasi ..
Siapalah aku mahu menentang ..
Ilmu setitis tanpa kemuliaan ..
Jadi aku berjuang bersama Ulama ..

Tapi hairan mata memandang ..
Seperti tiada manfaat kelihatan ..
Apakah angkara pengkhianatan ?..
Nafsu terbentang angkara Syaitan ?..
Memang manfaat sedang dikhianat ..
Orang sana bertindak kejam ..
Orang sini membalas kejam ..
Sampai Ulama hina dipandang ..

28 April 2012
Berfikir sang Musafir Hairan ..
Menulisku tanpa pena ..
Menangisku tanpa air mata ..
Berkata aku tanpa suara ..
Takkan Melayu hilang di dunia ..
Asal syurga ada teruna bertanjak sakan ..
Ada si dara bersama inang-inang ..
Biarlah Tuhan yang menentukan

Akan datang Panji Hitam dari Timur , menyiapkan urusan Al-Mahdi..

Friday, April 27, 2012

Wanita Ibarat Epal


Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebiji epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang?

Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak manusia.”

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.

Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan

ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.

------------------

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah

perhiasan adalah wanita solehah"

~

(Hadis Riwayat Muslim)


Thursday, April 26, 2012

"Mu ade awek dok?" ..

dialog di tulis dalam slang terengganu..hehe

............................................

"Wei, mu ade awek dok?"

"Tak dok kut.Bakpe?"

"Peliknya mu ni. Emm, mu pernoh kapel dok?"

"Dok.Nape yang pelik?"

"Doh kalau mu tak dok awek guane mu nok kawen? Guane mu nok kenal perangai bini mu kekgi kalau dok kapel? Guane nok setia kalau dok kenal.Tengok aku..5-6 kali dah kapel.Macam-macam jenis awek aku kenal.Dok kenang, putus jelaa"

"Sedap ke kapel?"

" Hor laa boss, malam-malam boleh mesej. Aku buat-buat ngajuk dia pujuk. Rasa macam dihargai bro" ..

"Oowh gitu..aku rasa yang pelik sekarang ni bukan aku.Mu tu yang pelik kut"

"Aik, aku pulok.Bakpe aku ?"

"Gini sebenornye.: )
Bila dalam Qur'an ada kata lelaki baik untuk wanita yang baik, wanita keji untuk lelaki yang keji.Ni maksudnya Allah tetap doh jodoh kite.Bukan hidup mati je ditetapkan, tapi jodoh pun telah ditetapkan benornye. Jadi, kita dok tahu sape jodoh kita sekarang . Mu dok tahu sape akan jadi isteri mu, aku pun dok tahu sape akan jadi isteri aku.

Kalau aku kapel sekarang dengan bermesra dengan awek yang aku dok pasti pun akan jadi isteri aku, bermakna aku baru je langgor setia"

"ea? bakpe lok gitu?"

"Yelaa. Allah tetap doh kan jodoh kite dengan siapa-siapa.Tertulis di Luh Mahfuz sekian lama.Tapi sebelum jodoh tu dipertemukan aku happy dengan awek lain. Bermakna, aku baru je khianat setia jodoh aku.Aku berkasih-sayang sebelum aku jumpe jodoh aku yang sebetulnya.Jadi, mana setia ?

"Eleh, padahal mu jeles owp? haha ..kalau mu rasa baik ngat, gi duk masjid 24 jam la bohh.Gi ikut dakwah tabligh ke..hehe"

"Sekarang aku tengoh dakwah mu laa ni.Aku ikut mende Allah kata je.Firman Allah, Janganlah kamu mendekati zina.Mu Islam wajib percaya apa dalam al-Qur'an, kalau dok caya boleh batal iman. Cuba pikir mase kapel. Masa mu peluk-peluk dia. Pegang-pegang tangan sume.Mana iman mu time tu? Mu kata percaya hari kiamat, siap post-post sal kiamat kat Fesbuk"

''Err.Aku mana sentuh-sentuh dia.Habis-habis gi pasor minggu je.Naek moto ngan aku pun,dia letok beg kat tengoh,mana ada dia peluk aku."

"Eceh, mula-mula memang la letok beg. Lepas tu dia buat-buat la tinggal beg. Slow-slow tangan ye naek duk pinggang mu. Mula-mula memang pinggang, mu pulok bawok motor 100km sejam. Masa tu bertempek laa boss..satu bertemu satu ..Pahtu mg main-main brek pulok owp..Sekali mu ajok dia jalan-jalan.Lepas balik tu,ada ke dia text mesej ke mu, LEPAS NI KITA JANGAN KELUAR LAGI..haha.. tidak akan ..mu akan jalan-jalan sekali lagi. Dan mende ni akan step by step to zina."

"Oloh, ye sayang beg dia.Dia bawok eh..
Se ag dia baik,pakai tudung siap lilit-lilit 4 lapis.Dok kan laa dia pikir gitu."

"Mu mana tau.Perempuan pun ada nafsu, kuat lagi dari lelaki. Tamboh pulok dengan hasutan syaitan.Ingat Nabi s.a.w kata , bila berdua ada yang ketiga.Sape lagi kalau bukan syaitan?"

"Pandai-pandai laa aku ngan dia kawal nafsu.Mu mende tau dok pernoh kapel.Mu dok tau guane rasa cinta.Mana ada nafsu-nafsu."

"Pandai la mu cinta.Kalau mu kapel bertahun-tahun pun,tapi jodoh dia bukan dengan mu akhirnya akan putus gok."





"Tapi aku memang sayang dia"

"Kalau sayang dia, baik mu lepas dia.Kalau betul cinta mu sebut tu semestinya nok bahagia sama-sama kan? Tak dok tempat lebih bahagia selain syurga bohh. Nok bahagia sampai syurga bukan gini caranya. Bersentuh-sentuhan n duduk berdua-duan ni dosa.So, neraka la tempatnya. Mu kata sayang dia, dok kan nok suruh dia masuk neraka ? :D .Aku pun macam mu gok dulu.Rindu sorang awek tu sampai bekok muke.Mende ni normal, fitrah.Tapi jangan sampai jadi fitnah"

"Kalau aku lepas dia, pastu dia dapat kat orang lain gane?"

"Tu maknanya dia bukan jodoh mu.Kalau dia jodoh mu, dia akan ditakdirkan kembali. Jodoh tu janji Allah."

"Tapi aku mesti rindu dia lepas ni"

":)
.. Tu la ujian Allah bro.Sebab tu kita ada di dunia ni sementara. Allah nok tes kita sama ada percaya dok dengan ketentuanNya.Supaya kita berjaya di dunia ni maka dapatlah nikmat syurga."

"So, apa aku kene buat lepas ni?"

"Lepaskan dia dengan cara baik, buat solat taubat .. dok pun cepat-cepat jumpe ayoh dia. :) "

"Haha. Ok laa tu. xD"

Lepaskan dia pergi.Jangan sesekali takut melepaskan sesuatu yang bukan milik kita.Sesungguhnya untuk kita itu ada.Kalau bukan hari ini mungkin esok.Tidak esok mungkin lain kali.Walau tidak sempat di Dunia sekali pun,pastinya di Syurga. Minta pada Allah.Allah akan bagi..

ketahuilah..


Wednesday, April 25, 2012

Kenapa Aku Malas Sembahyang?

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, "Bersolatlah kamu dalam keadaan berdiri, jika tidak berkemampuan, duduklah dan jika tidak berkemampuan maka mengiring di atas rusukmu."

(Riwayat al-Bukhari)

Tuesday, April 24, 2012

Syahid di tiang Salib



Suatu saat, Rasulullah s.a.w ingin mengetahui gerak-gerik kaum kafir Quraisy maka beliau mengirim sepuluh pejuangnya untuk melakukan misi tersebut. Di antara sepuluh pejuang yang diutus oleh Rasulullah Saw tersebut adalah Khubaib bin Ady dan Zaid bin Ditstsinah. Mereka dipimpin oleh Ashim bin Tsabit. 


Ketika mereka tiba di suatu tempat yang berada di antara Asfan dan Mekah, suku Hayyan dari kabilah Hudzail sempat melihat mereka, lalu suku Hayyan itu mengintai para pejuang utusan dan berhasil membunuh delapan orang di antara mereka sedang sisanya Khubaib bin Ady dan Zaid bin Ditstsinah berhasil mereka tangkap. Setelah itu, keduanya dijual oleh suku Hayyan kepada kaum kafir Quraisy, lalu mereka menyiksa Zaid hingga tewas sedangkan Khubaib masih dibiarkan hidup dengan 2 pilihan, mati di tiang salib atau kembali pada agamanya semula (kafir).


Pada saat hendak dihukum salib, Khubaib meminta izin kepada mereka untuk melaksanakan solat tetapi mereka tidak mengizinkannya dengan harapan agar Khubaib mahu kembali kepada kekafirannya. Tetapi akhirnya Khubaib tetap melakukan solat meski tidak diizinkan olah kaum kafir Quraisy. Khubaib berkata, ”Demi Allah, seandainya kalian tidak mengancam untuk membunuhku maka nescaya aku akan tambah lagi solatku.”


Kemudian ia pun mendoakan mereka, ”Ya Allah, hitunglah jumlah mereka dan bunuhlah mereka semuanya!” Karena didoakan seperti itu maka kaum kafir Quraisy pun segera menyalibnya, dan Khubaib sempat melantunkan sebuah syair sebelm kematiannya menjemput,


"Aku tidak peduli bila harus dibunuh
karena aku seorang muslim
Karena setelah itu,
tempat tinggalku berada di sisi Allah
Sedang hidup seperti itu sungguh indah
Dan Mungkin juga nanti akan bertemu
dengan para kekasih tercinta."


Setelah itu kaum kafir quraisy mencelah ucapan Khubaib tersebut, ”Apakah kamu ingin Muhammad menggantikan tempatmu? Sedangkan kamu sendiri akan sehat dan senang berada di tengah keluargamu?”


Khubaib menjawab, “Demi Allah, aku sama sekali tidak ingin berada di tengah keluargaku sambil menikmati indahnya dunia sedangkan Rasulullah Saw sedang tersakiti walau tertusuk duri sekalipun.”


Abu Sufyan yang sempat mendengar jawaban yang terlontar itu lalu, “Demi Allah, aku tidak pernah melihat seorangpun yang mencintai orang lain seperti cintanya sahabat Muhammad kepadamya.”



Selesai bercakap-cakap, anak-anak panah kaum kafir Quraisy segera berhamburan melesat ke tubuh Khubaib dan tombak Abu Maisarah dari bani Abdud Daar yang mengakhiri nyawa Khubaib, maka ia pun pergi menuju Tuhannya sebagai pahlawan syahid dengan gagah berani.


Dipetik dari Buku “100 Kisah Teladan Tokoh Besar” karya Muhammad Sa’id Mursi & Qasim Abdullah Ibrahim



Monday, April 23, 2012

Kawan sampai Syurga

Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
1 new message.

Open.
Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.

Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.


Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.

Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.

Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.

Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
~By:Fathlea H



"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak.
Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."
...
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab (4191).


Sunday, April 22, 2012

Budi Segelas Susu



Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.


Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
-Dr Howard Kelly-
—————————————



Thursday, April 19, 2012

Izinkan Saya Berzina!



Sedang Nabi Muhammad saw duduk bersama para sahabat, muncul seorang pemuda berjumpa Nabi lalu berkata: “Izinkanlah saya untuk berzina.”

Mendengar perkataan yang biadab itu, sahabat-sahabat terpinga-pinga dan merasa marah.
Namun Nabi Muhammad bersikap tenang dan melayan dengan baik. Baginda menyuruh pemuda itu hampir kepadanya lalu bertanya “Mahukah engkau berzina dengan ibumu?”

Pemuda itu menjawab “Tidak!”.

Lantas Nabi bersabda “Kalau begitu, orang-orang lain juga tidak suka berbuat jahat kepada ibu-ibu mereka.“

Nabi kemudian mengajukan soalan kedua :

“Sukakah kamu berbuat jahat dengan saudara perempuanmu sendiri?
atau sukakah kamu sekiranya isteri kamu dinodai orang?”

Kesemua soalan itu dijawab oleh pemuda itu dengan “Tidak!”.

Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya yang mulia ke atas pemuda itu sambil berdoa

“Ya Allah, sucikanlah hati pemuda ini. Ampunkanlah dosanya dan peliharakanlah dia dari melakukan zina.”

Sejak peristiwa itu, tiadalah perkara yang paling dibenci oleh pemuda itu selain zina.
Wallahua'lam..

Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu.Tapi adakah relevan dengan cara berzina? :D

Kita bukan haiwan , mudah mengawan sesuka hati.Allah beri manusia akal yang sihat lagi cerdik berbanding binatang.Seandainya keinginan itu membuak, maka Islam amat menyarankan untuk menyelesaikan dengan cara berkahwin.


Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.

Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.

Maka lakukanlah yang halal untuk mu.. :)



Sunday, April 15, 2012

Mujahadah Itu Apa?



Mohammad Iman yang berumur 10 tahun itu khusyuk menghayati setiap baris lirik ‘Ujian Hidup’ oleh Imam Muda di laptop Mak Su nya. Hatinya merasa terkesan dengan lirik yang tertera di skrin video lagu tersebut…

'‘Assalamualaikum'', sapa Nurul Iman dari belakang.

Mohammad Iman yang sedikit terkejut sekadar tersenyum sambil menjawab salam Mak Su nya perlahan.

‘'Waalaikumussalam’'….

Nurul Iman duduk bersebelahan anak buahnya itu. Dia kembali menanda buku latihan pelajarnya. Sementara Mohammad Iman masih lagi khusyuk mendengar lagu Imam Muda tersebut. Berkali dia mengulang semula lagu itu supaya sentiasa bermain di ‘Real Player’. Nurul Iman sekadar tersenyum melihat telatah anak sulung Abang Long nya itu.

‘'Mak Su macam mana kita nak sentiasa berada dalam Mujahadah?'', aju Mohammad Iman tiba-tiba’.

Nurul Iman terkesima dengan soalan yang lahir dari mulut anak buahnya itu. Dia terkedu kerana tidak menyangka soalan itu telah ada dalam sereberum anak semuda Mohammad Iman.

'‘Subahanallah''.. ucap Nurul Iman dalam hatinya sebagai tanda kekagumannya kepada Allah yang memberi ilham dari akal sejengkal itu kepada Mohammad Iman.

‘'Mana Iman belajar perkataan Mujahadah ni? Iman tahu apa maksud Mujahadah'', aju Nurul Iman tanpa terlebih dahulu menjawab soalan anak buahnya itu.

'‘Di Masjid… Ustaz yang beri tazkirah setiap kami selesai solat tu yang selalu bercakap tentang Mujahadah Mak Su. Maksud dia Iman tak tahu.. Tapi Ustaz selalu kata marilah kita bermujahadah'', jawab Mohammad Iman jujur’.

Nurul Iman sekadar tersenyum..

'‘Mujahadah berasal daripada perkataan jihad. Ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan atau kata lain ialah Jalan Menuju Allah. Soal bagaimana untuk kita sentiasa berada dalam Mujahadah bukanlah sesuatu yang mudah.. Iman terpaksa berperang dengan musuh yang sentiasa berada dalam diri Iman sendiri'', terang Nurul Iman lembut’.

‘'Musuh??? Siapa musuh Iman Mak Su?'', aju Mohammad Iman kehairanan’.

'‘Bukan musuh Iman sahaja, tapi musuh semua orang iaitu Syaitan, sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud'':

“Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan Malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan Malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.” - (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban)

'‘Iman rasa Iman mampu tak untuk pergi bermujahadah?'', duga Nurul Iman’.

‘'Insyaallah, Mak Su… Tapi Mak Su boleh bantu Iman kan?'' Jawab Mohammad Iman’.

Nurul Iman sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum.

‘'Bantulah kami Ya Allah agar Istiqamah dijalan-MU'’, doa Nurul Iman dalam hatinya’…


Saturday, April 14, 2012

Ceritaku di Sekolah Pondok


"Man aroda dunya, fa’alaihi bil ‘ilmi, Man aroda akhirah fa’alaihi bil ilmi,Wa man aroda huma fa’alaihi bil ‘ilmi", sepotong ayat yang telah menyentap jiwa diucap lembut oleh seorang guru pondok ini.Kemudian ada suara yang bertanya, 

"Apa maksudnya Ustaz?" ..

Ustaz tersenyum sambil membalas pertanyaan,"Siapa yang menginginkan dunia maka harus dengan ilmu, siapa yg menginginkan akhirat maka dengan ilmu, dan barang siapa yang ingin kedua-duanya maka harus dengan ilmu".Terjemahan yang diberikan Ustaz tadi masih tidak memuaskan hati kami."Baiklah,buka kitab Minhaj Abidin", sambung Ustaz..

Kitab Minhaj Abidin? Hari ini hari pertama aku mengaji kat pondok, sebab itu aku tak tahu apa - apa.Tiba-tiba ada tangan mula menghulurkan sebuah buku yang kulitnya berwarna biru,aku mula membelek isinya yang ditulis dengan tulisan Jawi lama.

"Ini kitab Minhaj Abidin, memperihalkan tasawuf berdasarkan hadis.Kitab ni lama dah,tapi ramai orang tak tau.Kita kena belajar pasal perjalanan hati", kata empunya tangan yang menghulur tadi.Orangnya mudah tersenyum, berjubah putih dan berserban hitam.Ada kain kasar berwarna hijau muda diletakkan pada bahunya.Rakan sebelahnya berpakaian sama, tapi janggutnya lebih lebat.




Keadaan kat sini memang berbeza dengan tempat belajar yang lain.Tenang dan orang-orang kat sini pun semuanya baik.Sangkaan aku sebelum ni,sekolah pondok cuma tempat untuk budak-budak nakal dikurung hingga mereka berubah ,tapi ternyata aku silap.Sini tempat untuk mereka-mereka yang memang ikhlas belajar agama.

Syahdu rasanya tengok orang-orang macam ni.Seumur hidup aku belum pernah lagi jumpa pemuda-pemuda yang berani mengasingkan diri dari kehidupan duniawi. Masa tu baru ada kesedaran yang diri ini masih jahil lagi.Belajar agama Islam semata-mata untuk dapatkan A? Tapi Alhamdulillah, Allah tunjukkan aku kehidupan kat sini walaupaun hanya sebulan, sementara menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan.

Selepas solat Asar, semua pelajar pondok berkumpul dalam satu bentuk bulatan.Ya,semua pelajar kat sini wajib baca Mathurat setiap petang.Bukan Ustaz yang mewajibkan tapi pelajar senior mengawal aktiviti ni. Tak kelihatan wajah paksaan pun pada rupa mereka,malah ada yang berebut untuk mengetuai bacaan.


Foto dirakam dari atas Masjid ..Curi-curi naik tingkat atas..hehe

Tempat ni tak dapat peruntukan dari kerajaan.Cuma dari badan-badan kebajikan dan penduduk kampung.Tapi ada sekali-sekala rezeki tanpa diduga menyapa, Petronas kadang-kadang datang bagi sedikit sumbangan untuk pelajar-pelajar kat sini..Alhamdulillah..Semoga Allah membalas budi mereka.




Pondok-pondok ni macam daif je kan? Berbeza dengan kehidupan canggih Universiti,kolej dan sekolah-sekolah biasa.Kat sini eletrik pun kongsi.Time ni lah aku mula terdetik hairan, kenapalah nikmat harta tidak dibelanjakan untuk orang-orang yang bakal memimpin agama kemudian nanti.

Ya, tempat ni mungkin akan melahirkan Ulama hebat,tempat ni mungkin melahirkan pejuang Islam yang berani dan tempat ni mungkin akan melahirkan Agamawan yang tegar.Kenapa harta-harta negara yang melimpah tidak mampu diberikan untuk membiayai mereka? Sedangkan perkara yang sekadar hanya membina dunia mampu dibelanjakan jutaan ringgit? Tapi dengan tiba-tiba rasa hairan itu hilang..Mungkin ada hikmah sebaliknya..



Simpanan kitab para pecinta Ilmu.

Dekat sini tak ada mak cik kantin yang tolong sediakan makanan.Semua diurus sendiri.Kadang-kadang masak berkumpulan.Kadang-kadang intai warung-warung berdekatan.Kadang-kadang ada jemputan tahlil arwah.Orang-orang kampung hantar makanan pun ada.Pendek kata pelajar tak pernah susah untuk makan walaupaun tak mewah.Murah kan rezeki Allah bagi kat mereka? :D


Walaupaun kehidupan kat pondok tak lah sehebat dunia di luar sana, kegirangan tetap ada pada mereka...Kenapa ya? Sebab mereka tahu nikmat kesyukuran barangkali.Langsung tiada rungutan kedengaran.Selesa mengenakan pakaian mengikut sunnah,tersenyum sambil bermain.Mungkin,apakah hati mereka ini terlalu merindukan Syurga? Cemburu memerhatikan perasaan seperti mereka punya.

Eh, mana pelajar perempuan? haha. Ada sebelah tembok sana. Pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bercampur sama sekali.Inilah sistem terbaik dalam pendidikan sepatutnya.Dapat prevent maksiat Insyaallah.Muslimah wajib jadi ninja kat sini supaya pelajar lelaki tak mudah "Jatuh Cinta" kata Ustaz..

Last day kat sini,sempat bertemu dengan seorang jamaah tabligh yang menumpang.Raut wajahnya putih berseri macam keanak-anakan.Tapi umurnya menjangkau lima tahun lebih tua dari aku kalau tak silap.Semerbak bau minyak kasturi saat berhadapan dengannya.Sempat berkenalan dan bercerita tentang kehidupan masing-masing.Beliau dari Sabah, baru saja pulang berdakwah dari Pakistan.

Aku mula menyatakan ini adalah hari terakhir aku kat pondok.Wajahnya tiba-tiba layu seraya bertanya, "Kenapa dik?".. Aku pun jawab sebab ada urusan lain dan nanti pun nak sambung belajar.So nak cuti kejap.

"Ini pun tempat belajar dik", katanya sambil tersenyum..

"Tapi tak apalah,mana-mana pun boleh belajar.Ingat pesan abang dik, carilah kejayaan jangan sekadar mencari keperluan.Sebab hari ini orang tersalah tafsirkan keperluan sebagai kejayaan dik", ujarnya lagi..

"Keperluan dan kejayaan?" tanyaku sambil mengangkat kening..

"Ya. Apa yang adik lihat hari ini.Kemodenan,ekonomi,pembangunan dan semua yang membawa kepada keselesaan kepada kita datangnya daripada ilmu.Tapi ilmu itulah yang menjadi keperluan", sambil menunjukkan jam tangannya sebagai isyarat bahawa kemudahan di tangannya itu adalah keperluan.

"Kejayaan hanya datang dari agama,belajar ilmu agama untuk mencapai kehidupan di Syurga dan keredhaan Allah.Itulah kejayaan dik.Ingat dik, mana-mana pun adik pergi, carilah orang yang berilmu agama", sambil menepuk bahu ku. Beliau pun bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Sabah.

Sebelum itu beliau sempat menjemput aku makan bersamanya beralaskan talam.Kemana-mana saja pun talam tu akan dibawanya. Tanyaku, "Kenapa?".. Dengan pantas beliau menjawab, "Saya tidak mahu tinggalkan sedikit pun Sunnah Nabi".. Subhanallah, hatiku tersentap melihat orang yang benar-benar sayangkan sunnah Rasulullah s.a.w. Last aku makan dalam talam pun masa kat tadika dulu.Setelah semuanya selesai, kami bersalam-salaman dan berpisah.

Kata-kata beliau tadi membuatkan aku terasa berat untuk tinggalkan sekolah pondok ni.Tapi tak apalah,kalau dipanjangkan umur ..tempat yang membawa seribu ketenangan ini akan aku kunjung lagi. Insyaallah. :)

Siapa yang menginginkan dunia maka harus dengan ilmu, siapa yang menginginkan akhirat maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya maka harus dengan ilmu.


Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...