"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Wednesday, September 19, 2012

Apabila orang tidak suka kita...


Bukan semua orang suka kita tatkala kita lakukan pelbagai perkara baik dalam kehidupan.Bukan juga semua orang tidak suka kita jika kita lakukan kesalahan paling besar dalam kehidupan.Perkara ini dikongsi oleh semua orang.Malah Rasulullah s.a.w sendiri tidak disukai musyrikin Mekah pada suatu masa dahulu. Tetapi Rasulullah s.a.w ada ramai umat yang sayangkan baginda.

Ketahuilah bahawa perkara ini juga adalah ujian dari Allah. 
Orang suka kita ketika melakukan salah.. Itu adalah ujian kepada diri kita untuk melawan rasa bangga atas kesalahan yang telah dilakukan.Manakala ada orang yang sentiasa melakukan kebaikan pula menghadapi masalah berdepan dengan orang yang dengki terhadapnya.Nampak? Ini ujian ..

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah.
Jadi, mengapa kita perlu mencemuh situasi jika tidak disukai orang lain? 

Adakala kita pernah terdetik bahawa diri kita telahpun buat macam-macam usaha untuk menangi hati orang lain.Malangnya tiada respon yang positif.Hingga sampai satu tahap dunia ini dirasakan tidak adil dan ketidakadilann itu terjadi pada diri kita.Setiap pertandingan atau interview yang kita masuk, kita sering disingkir walaupun kita punyai bakat.Dalam masa yang sama kita melihat orang yang tidak berbakat dari kita pula yang terpilih.Mestilah rasa hampa, bukan?



Tapi tidak bermakna semua orang tidak suka kita.Cubalah yakinkan diri bahawa bilangan mereka menyayangi jauh lebih ramai berbanding mereka membenci, itu sudahpun cukup menjadikan kita menarik nafas lega.Jangan pula kita lupa, setiap perbuatan baik yang dilakukan itu sebenarnya disukai oleh Allah.Ketika kita berpuas hati dengan setiap perkara baik yang dilakukan,walaupun tiada yang memuji tapi masih lagi berlapang dada.Percayalah, itulah perbuatan ikhlas yang pernah kita lakukan.

Kadang-kadang kita dapat tahu ada orang lain tidak suka kita.Malah kita tahu dia pernah mengumpat dari belakang. Atas bisikan Syaitan yang mahu manusia itu berpecah, kemarahan pasti membuak dalam diri.Maka, cubalah sabar dan katakan pada diri,"Allah ciptakan mereka kerana kasih kepadaku.Kerana ini adalah ujian untukku" .. Pasti kemarahan tersebut akan terganti dengan ketenangan.Insyaallah ...

Kerana semua orang ada pandangan yang berbeza.Perangai yang tidak sama. Walaupun dalam 10 orang yang kita kenal mungkin separuh daripadanya tidak suka kita.Tidak mengapalah, bentukkan senyuman pada bibir dan terus mara.Asalkan kita sedar siapa diri kita dan Allah suka kita..

Biarlah orang kata , " Aku tak suka kau."

Maka jawab sajalah,
 "Bukan semua orang suka dengan saya macam itu juga dengan awak.Tapi saya tetap akan sukakan awak.Kerana awak adalah ciptaan tuhan...
Allah suka sebegitu."




2 comments:

  1. keep writing my sahabat.. Biarkan pena Musafir Hairan itu menjadi saksi di hari akhirat bahwa dikau salah seorang pejuang agama. Suka manusia itu hanya turutan nafsu, cari lah redha Allah, kalau kita nak penuhi nafsu manusia kita xmampu sedangkan nafsu kita sendiri tidak habis2 dengan pelbagai permintaan, Yang penting terus Istiqomah. Ramai yang akan meneruskan pejuangan mu itu wahai sahabt. Keep it Up =')

    ReplyDelete
  2. aku redha jika semua tak suka aku..sebab situasi tu aku lalui sekarang..aku tahu dan sedar aku ada kelemahan diri...tapi aku rasa tak apalah allah ada dissisiku..biar saja allah yang menilainya..

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...