"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, August 3, 2012

Sakit adalah ujian ..

Ketika sakit barulah kita tahu akan nikmat sihat.Betul ke?

Ya,nikmat kesihatan dan kelapangan adalah dua perkara yang seringkali dilupakan.Ketika kita sihat kita jarang sekali untuk menyatakan kesyukuran kepada yang memberi nikmat.Tapi bila kita sakit, kita baru tahu betapa nikmatnya waktu sihat. Malangnya ada juga antara kita mencemuh kesakitan yang dialami.

"Sekarang aku batuk dan selesma.Menyusahkan betul.Habis semua kerja tergendala."

Kenapa kita mesti mengeluh masa sakit? Bukankah penyakit itu pun datangnya dari Allah? Adakala kita terluka kerana tertikam duri, kita terus sedar dan marah.Padahal luka itu hanya merosakkan sedikit sahaja sel kulit.Dalam masa yang sama kita lupa, sel-sel lain yang masih sihat pada seluruh tubuh.Langsung kita tidak sedar bahawa masih banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan.

Itu baru je tertusuk duri. Cuba bayangkan orang lain yang ada penyakit kronik.Hidup mereka mungkin lebih teruk kalau nak dibandingkan dengan kehidupan kita.Memakai organ-organ palsu. Bergantung hidup kepada ubat.Kadang-kadang tu selalu kena operate. Tapi kebanyakan mereka tidak mengeluh malah menerima dengan redha sahaja ketentuan Allah. Yakinlah bahawa ganjaran pasti ada.

Sakit itu ujian.Ujian untuk membawa kita kepada erti kesabaran,kesyukuran dan keinsafan.Ketika sakit, keadaan pasti tidak selesa.Maka kesabaran diperlukan disitu.Ketika sakit, kita mula teringatkan masa sihat.Maka erti kesyukuran lahir disitu.Dan ketika sakit, kita mengetahui bahawa kita adalah hamba yang lemah.Maka keinsafan akan lahir disitu.

Ingatlah,  ”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Tapi.. :)
Adapun penyakit rohani yang membawa kepada maksiat dan dosa seperti syak wasangka, hasad dengki, tamak haloba, cemburu dan selainnya, ianya tidak akan membawa apa-apa kelebihan dan ganjaran melainkan kerugian dan dosa jua.


Sakit mengajar aku erti kesabaran.Sakit mengajar aku tentang kesyukuran.Dan sakit membawa aku kepada keinsafan.

Terima kasih Tuhan.
Setiap yang berlaku terhadap diriku, pasti ada hikmah.



1 comment:

  1. Saya cadangkan apa kata kalau saudara Naim tulis juga dalam bahasa Inggeris. :)salam da'wah

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...