"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Tuesday, August 7, 2012

Ku harapkan Ramadhan kali ini penuh makna.




"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, 
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..."

Lirik lagu 'Harapan Ramadhan' nyanyian Man Bai ft Raihan membuat aku tersedar malam ini.Ramadhan pun dah nak menutup tirainya.Tapi aku belum rasa puas Ramadhan kali ni.Rasa sekejap sangat.

Ya, Allah. Apa kerana aku mungkin banyak melakukan dosa? Aku mungkin banyak berfacebook berbnading membelek musyhaf.Dan mungkin lebih banyak sembang dari berzikir.

Bait-bait lagu ini ku amati lagi, "Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah."

Memang, aku sangat lemah.Ramadhan kali ini banyak perkara yang melampaui batas telah aku lakukan..Bulan ini sepatutnya aku manfaatkan sebaik mungkin.Kerana aku tidak tahu apakah Ramadhan yang seterusnya akan bersama aku.

Melodi diteruskan, dan aku turut menyanyi.
"Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan.Ku merayu pada Tuhan diterima amalan".

Ya, Allah...Moga amalan-amalanku Ramadhan ini diterima.Sedang aku sendiri masih ragu-ragu.Adakah aku ikhlas beribadat.

Lalu lirik terakhir aku habis kan,"Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua" ..


Bimbinglah aku.Bimbinglah orang sekelilingku.Bimbinglah kami.Moga menjadi Ramadhan paling bermakna buat kami.




Huharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.


1 comment:

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...