"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Saturday, June 2, 2012

Saya Suka Hujan ..




"♫~ Tanya sama pokok apa sebab goyang.Nanti jawab pokok angin yang goncang~Tanya sama angin apa sebab goncang.Nanti jawab angin tanyalah awan~ Awan nanti kata aku kandung air, tiba tempat sejuk aku pun cair~ Tengok dalam air nampak bayang-bayang.Campak satu batu bayang pun hilang~ ." :D

Whaa, teringat kenangan masa darjah 1.Cikgu mesti ajak nyanyi lagu ni bila hari hujan.Kenangan tetap kenangan.Tapi hari ini, hujan masih ada.Alhamdulillah.

Hujan itu rahmat.Walaupun kadang-kadang orang tak suka atas alasan tertentu.Dan ada orang yang bencikan hujan.Ya, mungkin ada kalangan manusia yang akan melalui situasi sebagai penunggang motorsikal atau sedang berjalan kaki ketika hujan turun.




"Alaa, tadi aku duduk dalam umah tak nak hujan. Bila aku nak jalan-jalan je dia nak hujan pulak."

Tapi tak patut kita mencemuh langit.Hujan itu Allah yang jadikan yang berperanan untuk menjaga isi-isi Bumi.

Saya bagi contoh.

Cuba fikirkan.Kita makan nasi setiap hari.Kalau bukan kerana Allah jadikan hujan untuk menyuburkan tanaman padi,dan kita hanya harapkan petani siram semua padi dalam sawah tu.Barangkali kita dan sekalian orang-orang kampung kita tak dapat makan nasi semudah hari ini.Mana mungkin sawah padi itu berhektar luasnya untuk dikerjakan untuk menampung bekalan setiap hari.

Cuba fikirkan buah kelapa.Macam mana tiba-tiba ada air kat dalam buah tu? :D~ Ketahuilah, proses kewujudan air dalam buah kelapa itu pun dari air hujan.Mana ada orang siram pokok kelapa. 

Sebab itu hujan dikatakan anugerah.Ia anugerah yang tidak ternilai hinggakan kita tak boleh untuk membayarnya.Walau kadang-kadang ia menjadi banjir yang menyusahkan.Tapi ketahuilah itu ujian kepada kesabaran.Sebagai hamba,sepatutnya kita syukur saja dan mula bersahabat dengan ketentuanNya.Jangan jadi tetamu yang apabila tuan rumah sediakan air.Langsung dimaki tuan rumah tersebut.Huh,tak malu .



Saya suka hujan.
Masa kecik memang sangat-sangat suka main hujan.Walaupun mak saya marah.Lari-lari tengah padang kemudian lompat-lompat dalam lopak air.Semestinya masa inilah masa yang terbaik untuk main kapal kertas. :D 

Saya suka hujan.
Masa hujanlah masa terbaik untuk bersama bantal kesayangan.Buka tingkap dan biarkan kekasih hujan bernama angin itu berpupuk lembut masuk dalam bilik. :D

Saya suka hujan.
Masa terbaik untuk saya sebagai seorang nelayan untuk rehat dan bersama keluarga.Tak perlu ke laut untuk menangkap ikan.

Saya suka hujan.
Masa terbaik untuk tanaman saya mendapat manfaat daripada hujan.Tak lah susah sangat kerja saya menjaga kebun setiap hari.

Saya suka hujan.
Masa terbaik untuk saya mencari ilham.Sebagai sasterawan, saya akan ke pantai untuk bersahabat dengan alam.

Saya suka hujan.
Masa terbaik untuk saya menunggu pelangi.Sibuk bekerja,kadang-kadang buat saya rindukan ketenangan disebalik keindahan ciptaan Allah itu.

Saya suka hujan.
Saat saya keseorang bersedih.Langit akan menjadi teman.Tapi suatu malam tiada satu pun bintang.Oh hari nak hujan barangkali.Barulah saya sedar saya tidak keseorangan.Langit pun tahu bersedih. :)

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari daripada kita dengan hujan yang lebat.
Kita tertanya-tanya, apa salah kita sehingga disembunyikan daripada suria yang cantik itu. 

Setelah kesedihan, hujan berhenti,
Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah kepada kita. 
Alhamdulillah.Jadilah orang yang sukakan hujan..




 “Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)



1 comment:

  1. Salam alaik.

    Hujan itu satu rahmat.

    Dan saya suka hujan. (=

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...