"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, June 29, 2012

Marilah Peduli



Usah lancang boikot produk makanan jenama dari Amerika.Kalau kita sendiri belanja anak kita tengok filem Hollywood.Bukan setakat membiaya Yahudi,bahkan filem-filem tersebut menghedoniskan diri kita dan keluarga sendiri. Apa kaitan Yahudi dengan Hollywood? Cubalah kaji.Cubalah peduli .. Apa guna tahu mengeja.Kan?


Sedang Palestin ditekan Rejim Zionis setiap hari.Hari ini dikejutkan pula fenomena dasyat di Syria, tempat di mana ramai anak-anak muslimin dibantai habis-habisan oleh Rejim Basyar.Belum bercakap lagi huru-hara tak berkesudahan di Libya.Dan yang paling latest adalah kes penghapusan kaum muslimin Rohingya di Myammar.Segala yang terjadi ini sebenarnya adalah permulaan kepada perang akhir zaman yang akan berlaku tidak lama lagi.Bahkan di negara kita sendiri pun ada golongan yang dideskriminasi dan ditindas atas faktor politik.Apakah kita peduli? 


Ada yang mempersoalkan, bagaimana nak peduli sedangkan mereka jauh. Memang,diakui mereka amatlah jauh.Tapi adakah kita hanya patut berdiam diri dan teruskan menikmati keamanan dengan pengisian keseronokan yang berlebihan? Terus membolot kekayaan?






Cuba ambil teladan daripada kisah ini. Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s, semasa Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu.


"Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, Sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."


Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak".

Subhanallah ..
Itu cuma seekor burung kecil.Padahal kita manusia yang dikurniakan akal lagi mempunyai pelbagai kelebihan berbanding makhluk lain.Tambahan pula dengan zaman sekarang yang mempunyai alternatif-alternatif yang boleh dimanfaatkan untuk membantu saudara-saudara dalam kesusahan.Lalu, alasan apa lagi yang kita nak bagi?


Hampir semua orang ada Facebook.Ada Blog,Tweeter dan lain-lain.Malah sekarang dah ramai berjinak-jinak dengan Vlog.Tapi, kenapa semua ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin? Semua ni pun boleh jadi senjata kalau kita tahu guna.Misalnya Faceebok,kita boleh share info-info terkini mengenai dunia Islam.Update berita-berita terbaru mengenai negara-negara Islam yang bergolak.Sekurang-kurangnya kita dapat membuka mata orang ramai dan mungkin kita mampu menyuntik semangat jihad dalam diri orang lain.


Tapi kerana nafsu dan sifat kepentingan diri yang menggila, alternatif ini kita cuma pakai untuk menarik perhatian orang untuk mendapat pujian. Apa yang kita dapat sangat dengan pujian tu? 


Ada orang hanya mampu bercakap dan berhujah.Ada pula yang hanya mampu menulis.Masuk politik demokrasi.Beraktivis revolusi.Join mujahidin.Berkarya dan berseni.Belajar ilmu ekonomi. Buatlah apa yang kamu mampu untuk membela agama mu.Itu lebih baik daripada kita tak ambil peduli langsung.Dan usahlah memperlekehkan atau sesatkan peranan orang lain.Kerana masyarakat itu tidak terbina dengan hanya satu peranan manusia.Buatlah apa-apa saja untuk menentang penindasan dan kezaliman.Jadilah orang yang sentiasa peduli sesama muslim.Sesungguhnya setiap umat Islam itu adalah bersaudara.


"Saya tekad untuk peduli.Kerana saya yakin diri saya hidup di akhir zaman.Saya ada Facebook.Dan Facebook saya akan sentiasa menjadi senjata.
Saya akan sentiasa peduli.Ini cukup menjadi bukti usaha dan cinta saya sesama muslim.Marilah kita sama-sama untuk peduli"



No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...