"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Saturday, June 30, 2012

Generasi terkurung, perlu keluar ..




Setujukah kalau kita dilabelkan sebagai generasi yang terkurung di bawah tempurung? Sudahlah di bawah tempurung ditekup pula dengan baldi.Setujukah jika orang menetapkan kita sebagai empunya mentaliti kelas ketiga walaupun infrastruktur kita mencapai kelas pertama?


Saya pelik kenapa manusia perlu sekolah dan cari A banyak-banyak kemudian ambik result untuk tentukan haluan seterusnya.Manusia diberi pilih untuk mengambil diploma,matrik atau terus sambung di tingkatan enam.Kalau tak puas hati, sambung pula degree.Lepas graduate, cari kerja kalau tak dapat padan muka.Yang mengalah awal pula dah tanam anggur belakang rumah.Dan ramai orang kata semua ini untuk menjaga ekonomi negara.Berbakti kepada negara besar pahalanya.Pahala bila tinggalkan ilmu akhirat untuk menjaga negara.

Walaupun saya sendiri buta ekonomi.Tapi saya dapat rasa ekonomi sekarang masih tak ke mana-mana.Inflasi lagi dan inflasi lagi.Harga barang semakin naik dan pengangguran sana-sini.Hutang negara pun semakin meningkat.Dan ada golongan masih lagi tidak mampu makan tiga kali sehari.Berbanding pula dengan orang yang terlebih makan hinggakan bertan-tan nasi dibazirkan dalam sehari.Ni cikgu geografi saya yang kata dulu.

Nak sambung belajar, manusia diberi pinjaman.Kalau nak belajar mesti berhutang.Sape nak tanggung yuran-yuran semua tu kan.Bila dapat kerja nanti, bayarlah balik.Bekerja pagi.Pulang malam.Rehat untuk mulakan perkara yang sama hari esok.Semata-mata untuk bayar hutang.Yelaa, nak hidup senang mesti berhutang.Berhutanglah sampai mati.Cukuplah indoktrinasi dan hasutan bahawa belajar akan dapat hidup senang.Apa makna kesenangan bila kita asyik fokus belajar semata-mata untuk mencari keperluan dunia dan meninggalkan terus ilmu agama.


Bila anak-anak muda sudah hilang jati diri, mereka menyalahkan pengaruh budaya kuning. Bila anak-anak muda runtuh moralnya mereka menyalahkan kurang didikan agama dari ibu bapa.Tak ada maknanya semua ni, kalau Islam mula ditolak tepi sedikit demi sedikit.Tak perlu salahkan pengetua,guru atau tukang kebun sekolah jika anak muda rosak.Salahkan mereka yang memperlekehkan sistem ilmu agama.Dan sebab itulah hari ini kita mampu tengok perempuan-perempuan atau muslimah berpendidikan tapi berani menayangkan aurat tanpa segan silu.Kalau betullah bapak-bapak menteri memang membela sahsiah generasi muda.Wajibkan wanita yakni muslimah memakai tudung serta menutup aurat dengan sempurna di Universiti.Insyaallah tidak berlaku aktiviti memberi kondom secara percuma untuk prevent gejala buang anak.


Ramai umat manusia terkurung walaupun mengaku diri banyak ilmu tapi masih terperangkap dalam serangan pemikiran.Tak kiralah yang berijazah atau berdoktor falsafah, jika tidak mahu berfikir dan mencari hakikatnya lebih teruk daripada orang memang tiada ilmu.Saya fokuskan kepada umat Islam yakni golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Kenapa kita bazirkan masa kita untuk belajar sekadar menjaga sistem yang sedia ada dan menjaga utopia orang lain? Kenapa kita tak wujudkan utopia sendiri untuk menaikkan kembali kegemilangan Islam?

Generasi sekarang terkurung lama hingga lupakan jati diri.Sekarang apalah sangat jati diri.Manusia zaman sekarang perlu berjuang menaikkan nama negara masing-masing untuk dilabel maju.Berpakaian cara barat barulah dikatakan moden. Barulah dikatakan up to date. You warnakan rambut I elok-elok.Bila dah blonde nanti ramailah lelaki nak ngorat I.Nah, bukti generasi yang selesa dikurung.Si lelaki pulak sampai tahap gaduh dalam Fecebook semata-mata awek rambut blonde.Malu, dah besar panjang tapi minda macam budak tadika.

Kecewa melihat bangsa kita terlalu mengagungkan barat sampai bercakap pun mesti bahasa Inggeris.Memanglah bagus bahasa Inggeris sebab menjadi bahasa dunia tapi setelah hegemoni barat berjaya menundukkan empayar Uthmaniah dulu.Tapi rasanya tak perlulah bahasa kita dianaktirikan.Sampai tahap nak baca terjemahan al-Qur'an pun bagi alasan bahasa Melayu dalam tu terbelit-belit.Kenapa nak memperlekehkan bahasa kita? Itukan identiti kita.Macam kalau pergi Thailand, papan tanda semua tulisan Siam. Pergi Jerman, semua tulisan Jerman. Barulah ada identiti.




Ayuhlah generasi yang terkurung, ayuh keluar dari pemikiran bawah tempurung. Insyaallah kita akan dapat menghayati hidup sebenar sebagai manusia dan melihat betapa luasnya langit. Modal atau aset paling berharga bagi sesebuah tamadun ialah generasi mudanya. Andai dikaji secara teliti, sesuatu gerakan revolusi samaada Revolusi Islam Di Iran bermula dengan gerakan pelajar. Usah dilupa, HAMAS juga lahir daripada gerakan pelajar. Jatuhnya Rejim Jeneral Soeharto juga akibat daripada kebangkitan Mahasiswa Indonesia.

Biarkan sistem pendidikan negara macam ni,yang dijaga oleh orang yang takut kepada generasi intelek dan semakin berilmu.Mana taknya rakyat pandai akan menjatuhkan kerajaan jika kerajaan itu sememangnya salah.

Jangan kita merelakan sistem ini membentuk diri kita.Biar kita suatu hari nanti berevolusi membentuk sistem dan membina utopia yang baru dengan bermodalkan wahyu.Pilihlah mana-mana haluan dengan niat bukan sekadar 'carma' atau cari makan semata-mata tapi belajar supaya pandai dan menjadi insan yang berakhlak.Buat apa belajar tinggi-tinggi tapi jadi hamba hutang kan? Ingatlah, selama ni pun Allah yang jadikan nasi dalam periuk itu masak. Usahlah, kerana sekeping sijil kita boleh berlaku syirik. Ayuh kita fikir untuk keluar dari tempurung lantas lawan bila tiba masanya.Dari sistem negara yang telah diperbaiki,dengan izin Allah akan mampu membina kembali empayar Khilafah yang baru.


We are the new generation  ...  We are not stupid .. 

Choose the right one ..



Friday, June 29, 2012

Marilah Peduli



Usah lancang boikot produk makanan jenama dari Amerika.Kalau kita sendiri belanja anak kita tengok filem Hollywood.Bukan setakat membiaya Yahudi,bahkan filem-filem tersebut menghedoniskan diri kita dan keluarga sendiri. Apa kaitan Yahudi dengan Hollywood? Cubalah kaji.Cubalah peduli .. Apa guna tahu mengeja.Kan?


Sedang Palestin ditekan Rejim Zionis setiap hari.Hari ini dikejutkan pula fenomena dasyat di Syria, tempat di mana ramai anak-anak muslimin dibantai habis-habisan oleh Rejim Basyar.Belum bercakap lagi huru-hara tak berkesudahan di Libya.Dan yang paling latest adalah kes penghapusan kaum muslimin Rohingya di Myammar.Segala yang terjadi ini sebenarnya adalah permulaan kepada perang akhir zaman yang akan berlaku tidak lama lagi.Bahkan di negara kita sendiri pun ada golongan yang dideskriminasi dan ditindas atas faktor politik.Apakah kita peduli? 


Ada yang mempersoalkan, bagaimana nak peduli sedangkan mereka jauh. Memang,diakui mereka amatlah jauh.Tapi adakah kita hanya patut berdiam diri dan teruskan menikmati keamanan dengan pengisian keseronokan yang berlebihan? Terus membolot kekayaan?






Cuba ambil teladan daripada kisah ini. Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s, semasa Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu.


"Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, Sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."


Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak".

Subhanallah ..
Itu cuma seekor burung kecil.Padahal kita manusia yang dikurniakan akal lagi mempunyai pelbagai kelebihan berbanding makhluk lain.Tambahan pula dengan zaman sekarang yang mempunyai alternatif-alternatif yang boleh dimanfaatkan untuk membantu saudara-saudara dalam kesusahan.Lalu, alasan apa lagi yang kita nak bagi?


Hampir semua orang ada Facebook.Ada Blog,Tweeter dan lain-lain.Malah sekarang dah ramai berjinak-jinak dengan Vlog.Tapi, kenapa semua ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin? Semua ni pun boleh jadi senjata kalau kita tahu guna.Misalnya Faceebok,kita boleh share info-info terkini mengenai dunia Islam.Update berita-berita terbaru mengenai negara-negara Islam yang bergolak.Sekurang-kurangnya kita dapat membuka mata orang ramai dan mungkin kita mampu menyuntik semangat jihad dalam diri orang lain.


Tapi kerana nafsu dan sifat kepentingan diri yang menggila, alternatif ini kita cuma pakai untuk menarik perhatian orang untuk mendapat pujian. Apa yang kita dapat sangat dengan pujian tu? 


Ada orang hanya mampu bercakap dan berhujah.Ada pula yang hanya mampu menulis.Masuk politik demokrasi.Beraktivis revolusi.Join mujahidin.Berkarya dan berseni.Belajar ilmu ekonomi. Buatlah apa yang kamu mampu untuk membela agama mu.Itu lebih baik daripada kita tak ambil peduli langsung.Dan usahlah memperlekehkan atau sesatkan peranan orang lain.Kerana masyarakat itu tidak terbina dengan hanya satu peranan manusia.Buatlah apa-apa saja untuk menentang penindasan dan kezaliman.Jadilah orang yang sentiasa peduli sesama muslim.Sesungguhnya setiap umat Islam itu adalah bersaudara.


"Saya tekad untuk peduli.Kerana saya yakin diri saya hidup di akhir zaman.Saya ada Facebook.Dan Facebook saya akan sentiasa menjadi senjata.
Saya akan sentiasa peduli.Ini cukup menjadi bukti usaha dan cinta saya sesama muslim.Marilah kita sama-sama untuk peduli"



Sunday, June 17, 2012

Tuhan atau Hantu?

Al~kisah...
Pada suatu malam,ada sepasang kekasih sedang berjalan-jalan dalam satu taman.Dekat taman tu tak ramai orang melainkan ada beberapa pasangan lain seperti mereka.Mereka berpegangan tangan sambil borak-borak.Tiba-tiba entah dari mana ada suara seakan-akan mengilai tidak jauh dari tempat mereka lepak.Mereka terkejut lantas si awek memeluk kemas teman lelakinya.


"Abang, bunyi apa tu?"
"Tak tahu, jangan-jangan pontianak kut"
"Apa lah abang ni, sayang takut tau"
"Abang pun takut jugak ni"


Hilaian mula bertambah kuat.Mereka mula terpandang sebatang pokok yang mula bergoyang dengan kencang sekali.Tak diduga si pakwe melarikan diri meninggalkan awek nya dan si awek follow dari belakang dengan larian tak stabil dek kerana kasut yang dipakainya terputus tali.Kesian..Padahal Pak Guard yang jaga taman tu usik diorang .. hehe


Nak difokuskan di sini adalah sepasang kekasih yang keluar pada waktu malam dekat taman untuk tujuan berasmaradana.Tapi takut dengan bunyi-bunyian aneh. Sebenarnya mereka itulah yang aneh.Berdua-duaan dalam gelap sambil bersentuhan.Itukan larangan Allah, kenapa tak takut?Tapi bila terdengar bunyi yang aneh je mula rasa takut dengan spontan sebut "pontianak".Masa sedang bermesra tu langsung tak fikir bahawa syaitan pun sedang join sekali.

Kenapa ya?

Saya mula berpendapat,ia angkara media khususnya drama dan televisyen.Media ni bukan setakat menghedoniskan masyarakat tapi juga memperbodohkan dan membuat kita jadi bodoh.Contohnya tayangan mistik yang sentiasa dipertontonkan kepada kita sejak kecil lagi.Dimomokkan dengan hantu,pocong,toyol,polong and de gang menjadikan kita takut kepada perkara yang tidak patut takut.Kadang-kadang tu sampai masuk mimpi.Nampak benda putih sikit hantu.Nampak rambut je hantu.Mana tau rambut tu rambut palsu milik mana-mana pak cik yang terbang kat atas tu kan. ekeke :D Apalaaa~


Saya juga mula hairan, kenapa 'seniman' kat negara kita ni sanggup memperbodohkan bangsanya sendiri.Buatlah cerita lain yang boleh mencetuskan rasa takut manusia kepada Allah.Itukan lebih baik.Dan saya juga mula rasa sedih apabila 'seniman' mempergunakan ayat-ayat dan nama Allah semata-mata untuk menjayakan drama dan filem mereka mengandaikan ayat suci tersebut hanya setakat mampu menghambat hantu sahaja.Bangkitlah para seniman, kita pandaikan bangsa kita.


Mari kita melakukan penjenamaan semula minda kita.Kenapa kita perlu 'beriman' dengan drama dan filem? Sampai nak ke tandas pun takut.Tapi buat dosa tak takut,contoh macam cerita dengan atas tu.Ini berpunca dari kita sendiri.Kerana kita sendiri set minda kita untuk takut kepada perkara-perkara macam ni.Kalau tidak,mudah sajalah kerja musuh kita untuk menipu dan memperbodohkan kita.Memanglah kita perlu beriman kepada benda ghaib.Tapi kita perlu ingat, yang harus paling kita takuti adalah Allah. :D





Banyak perkara yang dapat jatuhkan diri kita.Tapi perkara yang terdekat adalah diri kita sendiri.Takutlah kepada yang patut ditakuti. Sekian..





Saturday, June 16, 2012

Kedekut

Lina sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah. Memang sudah menjadi tabiat Lina suka membaca buku ketika menunggu bas tiba. Lina memakan biskut dan membaca buku. Tiba2 dia terperasan ada tangan lelaki yang duduk disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang diletakkan disebelahnya itu. Setiap kali Lina mengambil biskut itu, lelaki itu pun akan turut mengambil sama. Dalam hati Lina menyumpah-nyumpah lelaki itu, "Tak malu punya jantan, dah la tak mintak izin, makan banyak pulak tu ... pencuri!" rungut Lina di dalam hati.

Lelaki yang berkulit sawo matang itu kelihatan tenang sahaja. Sambil mengunyah sekali-sekala lelaki itu menjeling ke arah wajah Lina. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Lina menunggu apakah reaksi lelaki itu seterusnya.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatahkan dua lalu diberikan separuh kepada Lina. Walaupun Lina merasa marah dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Dengan kasar Lina merampas biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam macam cuka. Dalam hati dia berkata, "Berani betul jantan ni. Memang muka tak tahu malu. Pencuri besar..!"


Kedua-duanya terus duduk diam membisu sehingga bas tiba. Sambil menarik nafas panjang seolah olah baru lepas dari satu seksaan Lina terus bergerak menaiki bas meninggalkan lelaki itu sendirian.

Sampai ditempat duduk, Lina membuka beg tangannya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalam beg aku, biskut siapa yang aku makan tadi?" tanya Lina sendiri. Tak syak lagi memang biskut yang dimakan oleh Lina adalah kepunyaan lelaki tadi.

Alangkah malunya Lina bila dia mengingat kembali segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir walaupun Lina telah menunjukkan reaksi marah dan tidak senang padanya.

Bas yang dinaiki Lina berjalan terus. Lina menyesali sifat kedekutnya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar!

hehe..
Moralnya, janganlah kita ni jadi kedekut.Tak baik, Allah tak suka.
Jadilah pemilik tangan yang sentiasa memberi, ia tindakan yang mulia .. :)



“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)



Wednesday, June 13, 2012

Kerana remaja Ku lepaskan dia


 
Aku masih remaja,
Terkacau emosi dibuai kasih perkara biasa bukan?

Aku masih remaja,
Ku rindu dia gila-gila itu fitrah bukan?

Aku masih remaja,
Keinginan terhalang lalu menangis itu biasa bukan?

Aku masih remaja,
Ku bikin lagu memujuk dia kembali luar biasa bukan?

Aku masih remaja,
Dia lari ku kejar lagi tak malu bukan?

Aku masih remaja,
Buat apa aku bazirkan masa bodohnya aku bukan?

Aku masih remaja,
Lagi banyak kerja itu tanggungjawab bukan?

Aku masih remaja,
Mencari haluan mengenal kehidupan sepatutnya bukan?

Aku masih remaja,
 Menjadi harapan menjadi impian bukan?

Aku masih remaja,
Dunia perlukan aku bangsa menanti aku bukan?

Boleh ku cerita lagi?
 Remaja menjadikan cintaku padanya sukar hilang..


Tapi atas nama remaja,
Kerana kesedaran yang matang itu ku lepaskan dia..





Tuesday, June 12, 2012

Kita bukan Sparta.


Sparta itu autokratis,
Lahirkan bayi untuk negara kota,
Anak berani diajar berlawan,
Menghayun pedang memutar tombak,
Gagah berperisai bertopeng besi bengis.

Sparta itu autokratis,
Dikuasai bebas laskar pemberani,
Terjulang nama di zaman Yunani,
Menundukkan kepala Kaisar Parsi,
Dengan tangan Leonidas Raja Spartan itu.
Hebat sekali bangsamu,

Tapi tragis menjadi Spartan,
Dilahirkan hanya masuk berperang,
Anak tidak berguna dibelakangi,
Dijual ke tanah Romawi,
Diperhamba sebagai Helot.
Apa ku peduli kerana dia bukan bangsaku.

Berdiri nyata ku di Tanah Jawi,
Untuk peduli dengan bangsaku,
Memerhati bakal cendekia dijulangi,
Disayangi dia tidak diminta,
Dibayari makan dan tidurnya
Apa dia mungkin harapan Kapitalis? :O


Ku lihat pula kepada anak murba,
Menangis kelaparan di ceruk desa,
Kenapa tidak makan saudaraku?
Aku tidak punya wang katanya,
Ke mana wang mu saudaraku?
Habis untuk mengisi perut yang lalu,

Dia anak miskin di ceruk desa,
Bapanya tidak upaya dengan upah itu,
Mangsa hierarki juga meriktokrasi,
Penghuni marhaen kelas bawahan,
Kerana dia tidak tegar di kelas atasan,
Maka bagus saja dia diperhamba kerja,

Kasihan nasibmu sekalian saudara,
Kau seperti bangsa Sparta,
Didiskriminasi terjual di tanah sendiri,
Kepandaian diguna kenyangkan perut kapitalis,
Apa penguasa kita sebenarnya Spartan?
Membawa dasar lamanya ke sini?
Tidak! Penguasa kita bukan Spartan!

Marilah kawan mari kita khabarkan,
Di tangan kita tergenggam arah bangsa,
Kita lawan dan lawan rekayasa yang zalim,
Ku memilih susuri jalan ini dengan nukilan tinta,
Kerana ku yakin kau dan aku bukan Spartan,
Apa pula peranan mu saudara?




Friday, June 8, 2012

Kita berpisah untuk bertemu.



Amat duka rasa memikirkan perpisahan.Sepi terasa menerjang kekosongan.Memang benar, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Tapi ku masih lagi belum puas bersamamu.Adakah engkau juga rasakan begitu?


Perpisahan itu memang menyakitkan.Kerana engkau sudah sebati dalam hidupku kawan.Kita kenal dengan rasa dan bertumbuh dengan harapan.Maka payah untukku relakan.


Namun, diriku terpujuk dengan malam.Untuk merelakan pemergianmu.Lalu aku mengambil jalan untuk terus mara dalam kehidupan.Kerana umur manusia amatlah singkat.Untuk apa masa ku bazirkan dengan memikirkan kenangan bukan? Dan engkau juga harus berfikir sedemikian.


Malam telah berbisik.Bahawa perpisahan ini adalah langkah untuk pertemuan.Kita berpisah untuk bertemu.Engkau dengan hidup kau, aku dengan hidupku.Kita masing-masing ada jalan perjuangan.Biarlah berpisah, kelak ditakdirkan kita pasti bertemu kembali.


Kawan.Kita berpisah untuk bertemu.Benarkah? Aku yakin bercampur pasti.Kerana kita punya Tuhan yang sama.Asalkan engkau tidak berubah.Maka engkau tidak akan melupai aku.Atau engkau semakin ke arah kebaikan.Maka engkau akan semakin mengingati aku.Kelak pasti Tuhan pertemukan kita.


Tapi, adakah sempat ? Bagaimana jika aku dijemput Ilahi terlebih dahulu? Ataupun engkau? Malam telah menasihatiku.Kita berpisah untuk bertemu.Berpisah kita di dunia.Bertemu kembali kita di syurga.Bolehkah?  ..Dengan izinNya.Kita sama-sama beramal.Kita sama-sama berdoa.Moga kita bertemu kembali kawanku. Kau tunggu aku ya! :)


ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan.Seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran


Promise
I come back when it's over

No need 
to say good bye.. >_^


Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...