"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, May 18, 2012

Dia boleh berubah.




Ada seorang perempuan.Dia tak pakai tudung.Rambut dia perang.Baju dia sendat.Seluar dia ketat.Mesti kita kata, "Teruknya perempuan ni, tak cukup didikan agama ke apa?Mak bapak tak ajar?".


Ada seorang lelaki.Dia kawan dengan perempuan.Dia pun lembut.Pakai baju perempuan.Dress up seksi bagai.Bedak setampal gincu tebal.Kita pun kata, "Anak haram, sia-sia je mak bapak besarkan korang".


Kalau kita terus hina dia kan.Sebar dalam Facebook.Bagitahu semua orang apa dia telah lakukan.Nak ke dia balik ke pangkal jalan kalau kita buat macam tu? Hati-hati, jangan cuba menjadikan orang lain membenci agama kerana kelakuan kita sendiri.Kelak pasti kita dipertanggungjawabkan.


Dia boleh berubah.Bagaimana? Dengan usaha kita menasihati dengan berhikmah.Terkadang gunakan ketegasan tanpa kehendak nafsu.Tarbiyyah dengan kasih sayang.Insyaallah dia akan pulang ke pangkal jalan.Mungkin akan jadi lebih baik dari kita.


Tak perlu sentiasa dengan herdikan.Siapa kita sebenarnya nak paksa-paksa? Tidak bukan pemberi hidayah.Tapi juga seorang hamba seperti dia.Kita pun boleh berubah.Terkadang seorang yang selalu ke surau pun, jangan sangka dia tidak mampu menjadi seorang kaki disko.Manusia mampu berubah dan akan berubah.Jangan pula terkejut kalau seorang kaki botol mampu berubah menjadi seorang guru agama.


Teringat satu video Allahyarman Bob Kuman.Beliau telah menceritakan kisah-kisah silam semasa beliau masih hanyut dalam dunia sendiri.Beliau pernah mengaku tidak solat.Tapi beliau menceritakan bagaimana Allah bawa beliau untuk pulang ke pangkal jalan.Akhirnya beliau bertaubat dan bersama perjuangan Islam.Tidak lama kemudian beliau dijemput Ilahi.Subhanallah.Selain itu,beliau juga sempat merakam video meminta maaf daripada orang yang mengenalinya.Kisah beliau adalah kisah terbaik untuk dijadikan teladan.Semoga roh beliau dicucuri rahmat.


Kuasa Allah.Tiada siapa yang mampu menghalangNya.Dia yang memberi hidayah dan Dia juga berhak membolak-balikkan hati hambaNya.


Dia seksi,dia akan berhijab.Kita berhijab,kita boleh jadi seksi.
Dia tak solat,dia akan solat.Kita suka solat, kita mampu tinggal solat.
Dia jahat,dia boleh jadi baik.Kita baik,kita mampu jadi jahat.
Dia boleh berubah.Kita boleh berubah.




Kita tak perlu merasa mulia daripada orang lain.Melihat orang lain dalam keadaan tidaklah baik seperti kita.Tidak wajar dengan cara melempar penghinaan.Kalau sebanyak mana pun amalan yang telah dikumpulkan, tetap saja penghujung hidup kita nanti adalah yang paling penting dan dikira Allah.Jangan sekadar bimbangkan bagaimana hidup kita bermula,bimbangkan bagaimana hidup kita berakhir.Ingat, dia mampu berubah.Kita juga mampu berubah.Berdoalah agar Allah tetapkan kita berada dijalan yang benar serta istiqamah.Insyaallah.


Ya Allah,ahkirkanlah hidup kami dengan keadaan husnul khatimah.Dan hindarkanlah kami dari mati dalam kesesatan.


1 comment:

  1. cara seorang pendakwah menangani isu ni sangat penting. Kadang2x kita lihat sebalik penampilan mereka. Cuba menyelinap masuk kedalam lubuk hati mereka. Apa sebenarnya yang kurang dalam diri kita. Jika kasih syang maka tunjuklah kasih sayang dalam islam. Jika kurang kehambaan tunjuklah ketauhidan dalam islam. Lama2x akan berubah juga sendiri.

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...