"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Saturday, May 19, 2012

Manusia selalu tidak puas..







Kesibukan kotaraya.Teriakan hon membingitkan suasana.Jalan dipenuhi kenderaan.Orang ramai berpusu-pusuan.Cuaca panas membahang walau hari kelihatan redup.

Seorang lelaki berada dalam keretanya.Tersekat di tengah jalan.Tertekan dengan karenah metropolitan.Melihat jam di tangan menggugatkan lagi ketenangan.Teringatkan janji temu makan malam bersama keluarga tersayang.Tiba-tiba kelihatan seorang penunggang motorsikal mula mencelah-celah hingga ke depan.Lalu hatinya terdetik,

"Alangkah baik aku menjadi penunggang motorsikal itu, pasti cepat sampai ke rumah"..

Penunggang tadi telah berada jauh di hadapan.Mengintai laluan perlahan-lahan.Tangannya terasa panas disuluh lama cahaya mentari.Debu-debuan dan asap kenderaan mula tertelan ke saluran pernafasan.Matanya dirasakan pedih sekali.Lalu dia hatinya mengeluh,

"Alangkah baiknya aku mempunyai kenderaan seperti mereka, pasti aku tidak tersiksa sebegini"

Sedang pemandu kereta menginginkan situasi penunggang motorsikal, sedang pula menunggang motorsikal itu menginginkan tempat pemandu kereta.Padahal mereka berdua tidak selesa dengan apa yang masing-mising miliki.Begitulah juga terjadi kepada situasi yang lainnya.

Manusia selalu tidak puas dengan apa yang mereka miliki.Tapi menginginkan apa yang dimiliki orang lain.Kadang-kadang mampu tercetus rasa cemburu dan iri hati terhadap orang lain.Terkadang juga ada antara kita sanggup pula menyalahkan takdir.

Kenapa perlu begitu?Maka ketahuilah wahai empunya hati, bahawa segala nikmat yang dikurniakan Allah adalah untuk menilai hambaNya bersyukur.Tidak kira bagaimana pun hidup seseorang, kaya mahupun miskin.Segalanya adalah ujian menilai keimanan.Menguji setiap hamba supaya bersyukur.Justeru, kita tidak boleh memberontak.

Inilah hakikat kehidupan kita sebagai hamba.Menerima setiap nikmat tanpa perlu lagi berlaku tamak.Cuba bayangkan jika kita langsung tidak punyai apa-apa.Cuba bandingkan pula kehidupan yang kita miliki sekarang.Masih tidak mencukupi kebahagiaan?


Kita hanya manusia biasa.Yang dilahirkan tanpa apa-apa bahkan tanpa seurat benang.Kemudian Allah Yang Maha Pemurah mengurniakan kita pakaian untuk menutupi diri dari kehangtan siang dan kesejukan malam.Adalah jahat namanya kita jika masih lagi menyalahi pemberianNya.


Bagaimana untuk kita sentiasa puas dengan segala nikmat? Caranya ialah sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuan dariNya.Walau apa sekalipun bentuk nikmat kita perolehi, terima lah dengan seadanya.Bukan mengeluh.Bukan dengki kepada orang lain.Kita punya harta, terima lah harta itu walau berapa sekalipun jumlahnya.Kita ada keluarga, terimalah mereka dengan terbuka walau siapa dan bagaimana sekalipun sifatnya.




Hari ini kita masih bernyawa dan mampu membaca entry ini melalui nikmat pemberianNya.Melihat foto yang memuatkan ciptaanNya diatas dengan tenang.Sambil menghirup udara segar tanpa dikenakan bayaran dan cukai pun kepadaNya.Bagaimana cara untuk kita berterima kasih kepadaNya? Mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya.Kita telah diajar dengan kata-kata yang cukup simple.

Say Alhamdulillah .. :)


"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.
Surah Ibrahim ayat 7

No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...