"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Wednesday, February 29, 2012

Awak sudi jadi isteri kedua saya?



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.



"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.



"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.



"Tak. Maksud saya –"



"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.



"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.



Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.



Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.



Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.



"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.



Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.



Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.




Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.



Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.



Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.



"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.



"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.



"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.



"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.



Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.



Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.



"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.



"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.



"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.



“Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.



"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.



"Itu isteri pertama abang,"Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.



"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.



"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.



"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.



Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


........................................................


"Perjuangan," jawab Fikri.


selain ingin difahami, jadilah yang memahami



Seorang doktor masuk ke hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas dipanggil untuk pembedahan segera. Dia menjawab panggilan secepat mungkin, ditukar pakaiannya dan pergi terus ke wad pembedahan.
Beliau mendapati bapa kepada anak lelaki yang akan di bedah ada di dalam dewan menunggu doktor tersebut. Apabila melihat dia, si ayah menjerit:


"Mengapa anda mengambil masa yang lama untuk datang? Adakah anda tahu bahawa kehidupan anak saya dalam bahaya? adakah anda tidak mempunyai rasa tanggungjawab? "

Doktor tersenyum dan berkata:
"Saya minta maaf, saya tidak berada di hospital dan saya telah datang secepat yang boleh selepas menerima panggilan itu ... ... Dan sekarang, saya ingin anda bertenang supaya saya dapat melakukan kerja saya"

"Bertenang?! Bagaimana jika anak anda berada di dalam bilik ini sekarang, anda akan bertenang? Jika anak anda sendiri mati sekarang apa yang anda akan lakukan? "Kata bapa tersebut dalam keadaan marah

Doktor tersenyum lagi dan berkata: "Saya akan cuba sehabis baik " ajal dan maut adalah di tangan Allah ". Doktor tidak dapat memanjangkan nyawa. Pergi dan berdoa untuk anak anda, kami akan melakukan yang terbaik dengan rahmat Tuhan "

"Memberikan nasihat apabila kita tidak khuatir begitu mudah" merungut bapa.

Pembedahan mengambil masa beberapa jam...dan selepas doktor itu keluar gembira, "Alhamdulillah! Anak anda diselamatkan! "

Dan tanpa menunggu jawapan bapa tersebut dia terus keluar dengan tergesa-gesa. "Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila tanya jururawat!"



"Mengapa dia yang sombong takbur? Dia tidak boleh menunggu beberapa minit supaya saya bertanya tentang keadaan anak saya " komen bapa kepada jururawat setelah melihat doktor itu pergi meninggalkannya termanggu-manggu .

Jururawat itu menjawab, sambil air mata berlinangan di mukanya: "Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya, dia berada di tanah perkuburan apabila kami memanggilnya untuk pembedahan anak anda. Dan kini dia telah berjaya menyelamatkan hidup anak anda, dia sanggup tinggalkan tanggungjawab dia untuk menyelesaikan pengebumian anaknya. "

Kawan, jangan mudah menilai orang kerana anda tidak tahu bagaimana kehidupan mereka dan tentang apa yang sedang berlaku atau apa yang mereka sedang lalui .

Kata-kata ada peranan




Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya,

“Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “
Lelaki itu berkata, Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”

Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?

Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.

Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?  "Kata-kata ada peranan".. :D

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”


-surah Al-Mu’minun ayat 78




Kawan biarlah sekadar Kawan

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka berdua hanya berkawan. Tapi dalam diam masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. Suatu hari, si perempuan bertanya kepada si lelaki tersebut.

"Bolehkah kawan bercinta dengan kawan?"

Si lelaki terdiam seribu bahasa. Dia tidak dapat menjawab apa-apa. Takut jawapan yang diberikan bercanggah dengan apa yang diinginkan oleh si perempuan. Si perempuan hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hatinya dia sangat kecewa kerana jawapan yang dia nanti-nantikan tidak diberi.

Persahabatan mereka berterusan seperti biasa. Mereka berlagak seperti kawan biasa, sedangkan di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan sayang.Tetapi lelaki itu terlebih awal berfikir dan membuat keputusan untuk menyayangi perempuan tersebut sebagai kawan baik,manakala si perempuan sedang ragu-ragu untuk mengungkapkan kata-kata keramat yang bakal mengubah hidup mereka berdua.Si perempuan sentiasa mencari jalan untuk menjadi kekasih lelaki itu.Setiap hari perempuan tersebut akan bertanya keadaan lelaki tersebut melalui orang lain dan mencari waktu terbaik untuk meluahkan perasaanya.


Entah berapa lama, perasaan perempuan itu semakin berputik dan berkembang bak bunga yang mekar di tamandan masih tetap menyimpan perasaan tersebut jauh di lubuk hati. Tidak lama kemudian, si perempuan akhirnya memulakan langkah pertama. Biasa la, perempuan kan matang terlebih dahulu berbanding lelaki..kan?xD~

Dengan perasaan yang malu-malu, si perempuan bertanya kepada si lelaki. Dikumpul segala keberaniannya untuk bertanyakan satu soalan yang paling hebat dalam hidupnya selama ini.

"Awak sayang saya? Siapa saya bagi awak?"

Si lelaki terperanjat dengan soalan itu. Kepalanya berserabut memikirkan jawapan terbaik yang perlu diberikan. Sekiranya dia menjawab 'perempuan yang saya suka', dia takut yang itu mungkin jawapan yang bakal memusnahkan persahabatan mereka.Lelaki itu juga khuatir mereka akan bermusuhan jika hubungan kekasih antara mereka tidak menjadi.

Akhirnya dia menjawab dengan berkata 'awak adalah kawan saya' demi untuk terus menjaga persahabatan yang telah lama terjalin agar tidak terputus kerana dia takut perempuan tu nanti tak anggap dia sebagai lelaki yang disukainya dan dia juga malu untuk mengakui perasaan hati sendiri. At least bila stay dalam lingkungan persahabatan, hubungan mereka tetap akan terjalin.


Tapi lain yang diharap lain pula yang menjadi. Si perempuan kecewa dengan jawapan yang diberi oleh si lelaki. Dia menganggap yang si lelaki memang langsung tak ada perasaan terhadapnya. Dia akhirnya hilang harapan terhadap lelaki yang disukainya itu. Baginya, status kawan tidak mungkin akan berubah sampai bila-bila lagi.

Hubungan mereka berdua pun menjadi semakin kurang mesra kerana si perempuan masih berkecil hati dengan si lelaki. Si lelaki pula perasan yang si perempuan semakin menjauhkan diri daripadanya. Mereka masih berkawan, tetapi hubungan persahabatan itu nampaknya semakin dingin seiring masa berjalan. Masih adakah harapan untuk mereka bersama?

Jika mereka ada jodoh dan ditakdirkan bersama,maka mereka mempunyai harapan itu.Itulah keputusan yang dimaksud oleh lelaki tersebut selama ini.Tapi setiap perempuan perlulah hati-hati kerana tidak semua lelaki sedemikian.

Menjalinkan hubungan dengan manusia.Hubungan yang paling selesa itu adalah berkawan.Sebab kita akan lebih berani untuk tunjukkan sifat kita yang sebenar.Kita berkawan sajalah,itu cukup membuktikan kita saling menyayangi.Untuk jauh dari fitnah.Untuk menjauhi kemaksiatan.Agar usaha-usaha ini akan mampu menjadi tiket untuk kita bersama-sama ke syurga.Moga bahagia kita di sana. :)


Once you are friends, you will be friends forever. Not more , not less.

dan ingatlah ''Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga)."- Surah an-Nur:26

Siapa paling Kejam?

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu umpama Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula umpama Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.


Andai terjadi ..



Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini.."Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai…"

Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain pula jadi seperti kita?

Mungkin suatu hari..
Amerika menyatakan Malaysia sarang pengganas..Alasannya masyarakat Malaysia sedang mengalami perang saudara kerana kejahatan pemimpin atau sebaliknya. Katanya lagi pejuang Hizbullah,Al-Qaeda,Militan Filipina atau Jemaah Islamiah terlibat di Malaysia

…Lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

Amerika menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya Singa**** di selatan, T***land di Utara dan Philip***** di Timur menyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.Sama alasan Amerika menceroboh LIBYA!

Walaupun Malaysia kata Malaysia negara bebas pengganas,tapi tentera Kuffar tetap menyerang Malaysia juga sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia mengalami perang saudara.Media yang dikawal Yahudi memberitahu penduduk dunia,Malaysia dalam keadaan kritikal dan perlukan bantuan.PBB pula bertindak menghantar tentera NATO.
Malaysia tetap mempertahankan Malaysia, tidak ada pengganas dan segala kesulitan sedang diperbaiki sebaik-baiknya melalui pelbagai rundingan sesama masyarakat.Tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq dan Lubnan.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar Amerika dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pemimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

Saat Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. Amerika dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang Melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Palestin yang tak berdosa!!!
Amerika dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Debaran semakin memuncak dalam jiwa rakyat.Ada yang menangis ketakutan.Ada yang kelaparan.Ada yang menjadi setengah gila mencari keluarga yang hilang.Telefon tidak berguna lagi untuk berhubung.Facebook tidak berguna lagi untuk meluahkan perasaan.
Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….


Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana Singa****… diserang dengan jet-jet pejuang yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.Asap putih menyusur di celah dedaun pokok nan rimbun itu. Kepulan yang naik menjulang langit, menutupi sebahagian hadapan rumah Kiri kanan tingkap terbuka lebar, memuntahkan haba panas yang mencengkam rasa. Pedih mata, tak terkata hingga nafas tercungap-cungap dada

Anda di berada di Terengganu….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Pantai Timur seperti Jepun mendarat dahulu…Tentera Bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…Keributan dan kekalutan dasyat pagi itu, disaksikan fajar.
Tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya.Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawa berjalan-jalan setiap hujung minggu diacukan muncung senapang…

"DAMMMMMM"…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu..Serpihan otaknya melekat pada dinding.

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…Seorang anak anda berumur 5 tahun diambil oleh salah seorang tentera anutan Syiah lalu dimasukkan kedalam oven pembakar kerana anak anda bernama Aisyah ataupun Umar.Mereka memaksa anda melihat bagaimana anak anda dibakar hidup-hidup dan mati perlahan-lahan.Sebagaimana mereka melakukannya di Baghdad.

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH…Selama ini anda hanya sibuk mengumpul kekayaan..Membesarkan rumah dan memiliki kereta mewah..Tapi semuanya tidak berguna lagi.
Sekarang ujian peperangan berlaku didepan mata anda. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang Melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri.Ya!Kanak-kanak yang sentiasa bermain bersama anak anda,orang-orang tua yang sentiasa anda tegur apabila di kedai kopi.

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang Melayu Islam yang masih selamat… mengeledah setiap ruang kononnya memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah…Padahal mereka melakukan penghapusan kaum Melayu Islam..



Anda bertanya kepada diri "Mengapa mereka lakukan walaupun kita menafikan tiada pengganas di Malaysia?"..

Selama ini anda hidup dalam kedamaian anda tidak pernah mengambil tahu sejarah Kemelayuan.Anda tidak tahu Melayu sangat ditakuti Yahudi.Orientalis dan Sejarawan mereka percaya keturunan Siti Qaturah yang melahirkan bangsa Melayu akan menyembelih bangsa mereka di akhir zaman seperti yang dinyatakan dalam kitab-kitab kuno Yahudi.

Anda tidak tahu tanah Melayu luasnya ke timur mencecah tanah Okinawa Jepun,baratnya menyentuh peta India,selatannya hingga ke Jawa dan utara menjejak Champa!Anda tidak sedar Imprealisma membahagi-bahagikan memecahkan tanah ini seperti sel yang mengalami diffusion.Sehingga saki-baki kerajaan Melayu hanya terdapat di selatan Siam,Melaka,kepulauan Sumatera dan Jawa sahaja.Tidak cukup dengan itu,mereka menghantar pula British dan Belanda memisahkan rumpun Melayu di Nusantara.Malangnya anda percaya Tanah Melayu itu bermula dari Perlis hingga ke Johor.Anda sebenarnya BUTA kerana membutakan diri! Anda kata Sejarah langsung tidak berguna...

............................................

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda terjumpa dengan Tentera bersekutu nanti….
Apa yang anda harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…

Bantuan Allah dan bantuan tentera untuk membela agama Allah..
Anda mengharapkan tentera dari negara lain memberi bantuan ketenteraan kepada Malaysia. Anda mengharapkan saudara seagama datang melindungi daripada tentera Kuffar … Anda mengharapkan bantuan tentera fi sabilillah daripada negara jiran!

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…
ANDA terdengar ucapan daripada pemimpin negara Islam yang lain menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "(Pengerusi OIC yang baru)

"Tujuan peperangan ini adalah untuk melindungi masyarakat daripada pengganas"
(Negara-negara Komanwel)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"
(Presiden NAM)

"Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni"
( Presiden Indonesia- Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia "
( Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )
APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN DARIPADA MEREKA??
Saya pasti masih ada pembaca berkata "Perkara ini tidak akan berlaku" dan masih bergembira dalam dunia masing-masing..


Sama seperti sangkaan saudara kita sebelum ini.Tapi?
renung-renungkan….

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni talam hidangan mereka".
Salah seorang sahabat bertanya "Apakah kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan "wahan" ke dalam hati kamu.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"
Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta dunia dan takut mati".
(H.R. Abu Daud)


Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...