"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Wednesday, February 29, 2012

Selagi Qur'an masih tidak menjadi yang utama.



William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan Perdana Menteri Britain ketika zaman pemerintahan Queen Victoria .Beliau berkata " Selagi mereka umat Islam berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Mereka datang kepada dunia,mereka hasilkan.. :)
Mereka memberi pengenalan ilmu yang menyebabkan ramai percaya..
Ilmu bukan datang dari kebijaksanaan agama tapi kebijaksanaan Barat..
Ramai berlumba-lumba mencari ilmu itu semata-mata mengejar impian dunia..

Setelah sekular bermaharajalela.
Bahasa Arab diharamkan Bahasa Inggeris diutamakan.
Maka muncul orang yang mengagungkannya.
Mahukah ucap tahniah Yahudi dan Nasrani
Kerana menjauhkan pemahaman Islam terhadap kitabnya.
Walaupun Qur'an disediakan terjemahannya.
Kita langsung sukar memberi perhatian.
Kerana kita yakin falsafah Barat sebaik-baik panduan.

Sehingga kita tidak sedar..
Kita lebih kerap menyentuh kalkulator berbanding Al-Qur'an..
Lebih banyak mempraktikkan formula berbanding tajwid..
Menolak keajaiban yang diceritakan Al-Qur'an dan menerima teknologi..

Maka terjadilah kepada kita..
Apabila ditanya "Jika kamu berjaya,kemana kamu ingin pergi?"
Lalu kita menjawab "London,Seoul,Disney Land,New York,Paris,Hollywood"
Langsung kita lupa kepada kesucian Al-Quds,kita tidak kenal hikmah di Yaman,keperitan saudara di Baghdad dan hanya bercita-cita ke Mekah dan Madinah apabila tua..

Apabila bersua "Wah,cantik pakaian kamu!nampak hebat"
Lalu menjawab "biasalah,ni kan fesyen,kita di zaman moden"
Pakaian membungkus diri dipandang serong..
lantas pereka-pereka pakaian Barat dijulang tinggi..:D
Dan wanita-wanita leka menarik perhatian nafsu lelaki..
Dan wanita-wanita menjadi mangsa nafsu rakus lelaki..

Walaupun Al-Qur'an itu masih dibaca..
Tapi ramai pembacanya meninggalkan setelah sekali tamat.
Maka Al-Qur'an hanya dijadikan sekadar bacaan.
Majalah-majalah dan akhbar menjadi panduan.
Al-Qur'an disimpan di atas almari.
Majalah-majalah tersusun dengan rapi di dalamnya.

Selagi Qur'an masih tidak menjadi yang utama,Selama itulah kita tidak akan bangkit..:)

Sabda Rasulullah s.a.w ...
..Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku...

No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...