Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem,beliau membawa dua mimbar dari Halab/Aleppo , Syria.Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di Masjid al-Khalil(Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam, lambang negara Israel.
Ia sememangnya milik Israel kah?
Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin Al-Ayyubi datang, baginda membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam



Gempar baru-baru ini,satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak''Star of David'' yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10.
Sehingga menimbulkan persoalan, adakah ''Star of David'' sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia sekadar suatu kebetulan? Rasanya tidak perlu kita mencetuskan kontroversi dan memboikot perkara tersebut setelah membaca fakta di atas.Reka bentuk atau lambang tidak mempengaruhi hidup kita tapi cara hidup ala-Barat yang diatur Yahudi dalam kehidupan seharian perlu ditentang sebenarnya. Gaya hidup hedonisme dan hidup mencari kekayaan dunia semata sepatutnya digempur.
Pesanan saya,janganlah kita terlalu taksub dengan teori konspirasi Yahudi.Tidak semua dalam dunia ni konspirasi hinggakan roti yang dipotong bentuk segitiga pun dilabelkan sebagai lambang Illuminati Yahudi.. xD .Tak temasuk lagi dengan reka bentuk ketupat,karipap,tauhu sumbat dan semua benda berbentuk seakan-akan segitiga tu.Alahai.. Semoga, Iman dan Ilmu akan menyelamatkan kita semua. Insyaallah ..
p/s: orang yang tidak mahu belajar sirah dan sejarah akan mudah ditipu orang lain,malah membawa diri sendiri untuk ditipu.wallahua'lam
No comments:
Post a Comment