
Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, "bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini". Hatinya tidak akan berkata, "kenapa aku, bukan orang lain?". Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang.
"Amat menakjubkan sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan Mukmin. Jika dia mendapat kebaikan, dia bersyukur, jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya." (Riwayat Muslim)
Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita rehatkan hati...:)
No comments:
Post a Comment