"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Wednesday, March 21, 2012

Kawan..Kamu kecewa dengan SPM?




Situasi menunggu keputusan SPM sedang berlaku.Walaupun dalam keramaian masih lagi terasa sepi.Jantung berdegup kencang,tangan kesejukan dan kaki mula terketar menanda debaran makin memuncak untuk menghadapi kenyataan.Keputusan bakal diumumkan,yang menentukan nasib seorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.Melihat keadaan sekeliling, ada rakan-rakan yang kelihatan tenang,ada yang terlalu gementar.Kelihatan juga guru-guru yang sedang menunggu apa yang bakal berlaku terhadap anak-anak didik mereka.



Akhirnya keputusan mula diumumkan, kedengaran teriakan puas daripada yang berjaya.Ada pula yang kelihatan lesu melihat keputusan yang kurang memuaskan.Yang berpuas hati,tahniah kerana anda terpilih oleh Allah untuk merasa gembira.Yang dirisaukan mereka yang kurang puas hati untuk menghadapai kenyatan.Terdiam memikirkan nasib masa hadapan.Bahkan mula berfikir untuk memberitahu keluarga.



Kawan..
Jangan kalian merasa kecewa dengan apa yang dikurniakan.Mungkin Allah tidak memberi nikmatnya pada hari ini,kerana Allah hendak menguji kesabaran dan kesyukuran hambaNya.Tawakal dan reda dilaksanakan dengan ikhlas, kerana dengan keikhlasan dan takwa ada balasan yang menguntungkan.



Kawan..
Apa kamu fikir kamu insan yang terlalu lemah dan tidak mampu lagi untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain? Ingatlah,lulus atau gagal tidak semestinya menentukan kamu itu bodoh ataupun pandai.Kamu gagal dalam SPM, tapi kamu mungkin hebat dalam perkara lain.Kadang-kadang langsung tidak dimiliki daripada orang lain.Kerana Allah itu Maha Adil,yang Adil membahagi-bahagikan nikmat.Walaupun tidak manis dimata manusia, tapi biarlah manis pada pandangan Allah.Kerana yang menilai kemudian membalasnya adalah Allah.



Kawan..
Orang berkata,"Kalau result OK, jaminlah masa depan"..langsung kita tersentap,memikirkan apa yang bakal berlaku pada diri yang gagal ini.Ingatlah,yang mengurniakan rezeki itu bukanlah sijil, tapi Allah.Janganlah kamu berputus asa kerana sesungguhnya rezeki yang ditetapkan kepadamu adalah mencukupi untukmu sekiranya kamu bersyukur.Walaupun berjaya mendapat yang cemerlang sekalipun pada sijil itu,jika rezekimu telah diberikan ketetapan olehNya dalam jumlah sedemikian.Kamu tidak dapat mengubah dengan apa-apa tangan sekalipun.Hari ini kita gagal,jangan sangka kitalah si miskin hina yang tidak dapat lagi menjalani kehidupan bahagia.Tapi ingatlah Allah Yang Maha Memberi nikmat,harta,kekayaan hati dan kelapangan dada.Maka carilah jalan yang halal dimana-mana pun kamu mampu.Kerana mungkin disitu ada rezeki yang dikurniakan untukmu.


Ingatlah wahai kawan..
Mengapa manusia wujud di dunia ini ? Apa tujuan manusia hidup di dunia ini ?


Allah berfirman,
"Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada- Ku"-(Adz Dzariyat : 56 )


Gagal dalam sesuatu hal,bukanlah beerti berakhirnya hidup ini.Bahkan ia menjadi titik permulaan untuk membina kejayaan yang baru.Janganlah kalian merasa bodoh jika ditakdirkan gagal.Sesungguhnya yang bodoh itu adalah yang tidak mengingati nikmat-nikmat Allah.Dan ingat juga wahai kawan.Hidup ini bukan sekadar berjuang di atas kertas.Sesungguhnya dunia ini hanyalah pentas ujian,untuk kamu diuji keimanan,ketaqwaan,kesabaran,kesyukuran,keikhlasan dan keredhaan.Berjaya kamu dengan ujian ini,maka Syurga itu menantimu. Insyaallah..






Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Hidup tanpa rasa kesyukuran menjadikan kita tidak tenang sentiasa.Maka hiduplah kamu dengan mengingati nikmatNya.Sesungguhnya hati yang mengingati Allah,hatimu akan tenang.




1 comment:

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...