"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Thursday, March 1, 2012

Surat Bunuh Diri


"Kecewa. Itu lah perasaan yang aku alami sekarang. Banyak sangat puncanya. Aku ingatkan bila berhadapan dengan dugaan hidup yang hebat, aku still akan dapat bertahan dan berdiri dengan teguh. Rupanya tidak. Aku stress sangat. Aku memang dah tak dapat kontrol diri sendiri lagi. Betapa lemahnya kurasakan diri ini.

Agaknya, inilah kali terakhir aku menulis . Hidup aku ini sudah tidak bermakna lagi. Biar la apa korang nak cakap. Ini pilihan aku sendiri. ..


Kepada 'awak', saya minta maaf. Saya langsung tak salahkan awak di atas apa yang telah berlaku ini. Memang ini adalah pilihan saya sendiri dan bukannya disebabkan oleh apa jua tindakan awak.Saya cuma nak awak tahu yang selama ni saya dah banyak bekorban untuk awak.Maaf jika saya tak dapat bahagiakan awak. Dan sekali lagi saya minta maaf, sebab saya memang dah tak dapat control diri saya ni. Semoga awak sentiasa bahagia dengan hidup awak sampai bila-bila. Kenangan dengan awak merupakan kenangan paling berharga pernah saya dapat dalam hidup ini.Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya..

To everyone, maafkan segala salah dan silap aku. Aku bersedia untuk menanggung apa juga akibat yang bakal dihadapi di akhirat nanti. Selamat tinggal"

Macam real je surat ni..xD.. Kecewa putus cinta, terus nak gantung diri. Hilang orang yang tersayang, korang terus rasa macam tak guna hidup dalam dunia ni lagi. Ya, putus asa membuatkan orang buta mata hati. Kenapa ya? Kerana firman dari tuhan langsung tidak mahu diikuti. Kerana kita hanya ikut puisi,lirik lagu,muzik dan filem cinta maka jadilah macam ni.






Hiduplah dengan agama kerana hanya agama hanya dapat menyelesaikan masalah dan memberi ketenangan.Jadikan Al-Qur'an sebagai panduan.Tak payah nak bunuh diri untuk tamatkan beban atau masalah yang dialami.Satu lagi, kenapa kita tak percaya jodoh? Kalau bercinta 9-10 tahun pun tapi ditakdirkan untuk tidak bersama,maka berakhir juga percintaan tu.

Menagislah kerana mencintai Allah pada saat kita bersendiri. Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya.



Hmm..Saya berpesan.

Jika seseorang hadir dalam hidup kita dan menjadi sebahagian daripada kita, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan bersedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kita. Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama, dia akan kembali.


Ingat janji Allah..
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (an-Nur':26)


Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar untuk kita tidak mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang memberi Cinta.

Nak dapat yang terbaik,jadilah yang terbaik ya. :D






No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...