"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, March 16, 2012

Bercerita Tentang Kekejaman







Pagi Jumaat 9 April 1948, di perkampungan Deir Yassin yang mempunyai 750 penduduk, berlaku tragedi membabitkan pembunuhan seramai 254 rakyat Palestin termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak oleh pengganas Yahudi.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita hamil dibelah perutnya dan dikeluarkan janin serta bayi hidup-hidup dari rahim ibunya.


Sementara 52 kanak-kanak disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan: “Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh.
Tentera itu mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang sudah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu.”

Daripada 144 rumah di perkampungan Deir Yassin, 10 buah diletupkan. Perkuburan Deir Yassin disodok dan seperti beratus perkampungan Palestin lain, Deir Yassin dihapuskan dari peta muka bumi ini.


Menjelang September, pendatang Yahudi Ortodoks dari Poland, Romania, dan Slovakia ditempatkan di situ, walaupun menerima bantahan daripada Martin Buber, Cecil Roth dan ketua Yahudi lain yang mahu kawasan pembunuhan beramai-ramai itu dikekalkan tandus.

Pusat perkampungan itu dinamakan Givat Shaul Bet. Apabila Baitulmaqdis berkembang, tanah Deir Yassin menjadi sebahagian dari bandar Baitulmaqdis dan sekarang ini dikenali sebagai kawasan di antara Givat Shaul penempatan Har Nof di lereng sebelah barat gunung.

Disebabkan itu, 9 April sentiasa dikenang dan penceritaan peristiwa berlaku terus diulang bukan kerana bilangan dibunuh atau kekejaman dilakukan tetapi itulah permulaan kepada penghapusan penduduk 400 perkampungan, bandar Arab dan pengusiran 700,000 penduduk Palestin sebagai ruang pendatang Yahudi di seluruh dunia.

Kisah mereka yang selamat daripada peristiwa ini, membuktikan betapa zionis tidak layak menduduki bumi suci Palestine.Mengenang malapetaka menimpa warga Deir Yassin.

"Seorang lelaki yahudi memembak di leher kakak ku yang mengandung 9 bulan..kemudian perut nya di belah dengan pisau sembelihan", berkata MS Haleem Eid.

Naaneh Khalil berusia 16 semasa kejadian berkata "Mereka mengambil sebilah pedang dan memotong dari kepala hingga ke kaki.Kemudian melakukan perkara yang sama dalam perjalanan ke rumah sepupu ku Fathi…

Fahimi Zeidan seorg kanak-kanak cilik berumur 12 tahun ketika itu mnyatakan pngalamannya, "Saya bersmbunyi di sebalik pintu ketika pasukan datang.Saudara perempuan saya menjerit ketakutan ditembak mati,lalu mereka memanggil saudara lelaki saya Mahmoud,dia ditembak di depan mata saya.Ketika itu juga ibu menangis sekuat-kuatnya,sambil menggendong adik yang masih kecil.Ibu memeluk Mahmoud lalu ibu ditembak mati juga" ..

Safiyeh Attiyah.mangsa kerakusan Zionis,"
saya menjerit tetapi wanita lain turut di rogol…sebahagian lelaki itu menjadi cemas menarik anting-anting dengan pantas sehingga merobek telinga kami.."


Lantas,apa yang dilakukan umat Islam disekeliling Palestin ketika itu? Demi menjaga kepentingan diri,sanggup berkhianat kepada saudara sendiri.

Benar lidah Al-Amin itu..
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"

Nabi Muhammad s.a.w menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud


No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...