"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, May 11, 2012

Terima Kasih Kapitalis.



Wahai Kapitalis ..
Diketika engkau menjuarai dunia,
Ibu menghantar aku ke sekolah,
Memegang pena mengenal aksara,
Dengan harapan aku membantu negara,
Serta mengangkat nusa dan bangsa,
Menaikkan nama dalam ekonomi sejagat.
Supaya terselamat dalam sistem mu,

Disetelah aku dewasa,
Ku sangka mengenal apa itu dunia,
Bermimpi aku engineer dan doktor,
Aku tekad berjuang dalam kerananya,
Ku mengejar sijil serta nama,
Kononnya ia kunci hidup manusia,
Supaya aku hidup moden dengan selesa,
Lantas langkah aku semakin syirik kepadaNya,

Terima Kasih Kapitalis!
Engkau membuat aku malu melihat saudaraku sendiri,
Saudaraku kelaparan terhina sedang aku bahagia,
Langsung kataku, "Ah, ia terjadi kerana kamu malas",
Tergamak aku pada bangsaku sendiri,
Padahal ternyataku diperbodoh sistem mu,
Perekonomian sarat dimanipulasi,
Membuat insflasi selembut nadi..


Terima Kasih kapitalis!
Kau perkenal kami Hak Asasi Manusia
Persetan segala..
Kau memimpin kami ke kancah hutang riba,
Kau buat kami lupa rezeki datang dariNya,
Gumpalan Dollar kau paksa kami sembah,
Padahal ia sekadar kertas sampah !
Yang kaya akan kekal kaya,
Yang papa kedana akan kekal sama,

Terima Kasih Kapitalis!
Kau mengheret kami menjauhi agama,
Meracuni kami pemikiran bangsat sekular,
Kau mengheret kami ke Universiti,
Kau beri berjenis hutang,
Kononnya membaik destini anak bangsa,
Sedang engkau mengubah kami sang manusia,
Memenuhi kehendakmu menjadi mesin berharta,


Wahai Kapitalis,
Ku cari sejarah dunia menjadi saksi,
Apakah ini tujuan engkau merdekakan tanahku?
Menakut-nakutkan aku dengan Komunis?
Supaya aku memilih sistem mu,
Pagi ku bangun ke tempat kerja,
Malam ku pulang untuk mengumpul tenaga,
Supaya esok hari aku mampu menyambung kerja,
Bagi mendapatkan segumpal Dollar,
Sampai hari terakhirku menjemput tiba,
Hingga mati ku ketika engkau masih juara,

Berkata aku tanpa suara,
Menangis aku tanpa air mata,
Menulisku tanpa pena,
Kapitalisme yang riba,
Biarlah terjadi dalam nafasku,
Akan ku cari jalan walau terhalang,
Engkau tidak pada nafas zuriatku.




2 comments:

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...