"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Thursday, May 31, 2012

Revolusi Diri ..


Revolusi, kerja keras bagi aktivis untuk menukar sistem yang tidak dipersetujui.Mencipta berbagai solusi samaada secara sederhana mahupun agresif.Misalnya hari ini apabila politik dikawal korupsi yang sarat membawa sekularisme, segalanya dah macam sampah bagi aktivis.Kehendak aktivis, derita umat perlu diubati segera.Supaya racun pada kulit tidak akan meresap ke dalam nadi.


Terdapat aktivis yang kontra dengan sistem yang sedia ada, tapi terdapat juga aktivis nasional yang agak pro kerana selesa dengan apa yang dimiliki.Misi mereka adalah satu, mencapai kebaikan.Kerana wujud pro dan kontra maka terjadilah perang antara mereka ini.Laman sesawang misalnya sebagai medan , Youtube, Facebook , Tweet dan sebagainya pasti tidak lekang dengan perang caci maki. Ada yang bagi pendapat sendiri, malah dicipta olehnya fatwa sendiri.


Tahukah...
Penghalang kepada kejayaan kita adalah fikiran kita sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.Ada baiknya kita patut banyak berfikir daripada banyak buat bising.Bising-bising tanpa isi, menambah kecacatan.Berkata-kata tanpa berfikir, ibarat menanak nasi tanpa air.Kesannya pasti "rosak" ataupun "kosong" ..

Saya tidak berapa setuju dengan golongan yang merasakan mereka cukup bijak daripada ulama.Dan mereka rasakan mereka lah golongan yang paling benar dan patut diikuti.Padahal akhlak yang ditunjukkan mereka jelas menunjukkan mereka seperti tidak berilmu dan masih ditahap rendah jika nak dibandingkan dengan ulama.Jika setakat usaha create page atau group kemudian ajak debat.Ada baiknya kita cari dulu ilmu sebelum bertindak.Sebab ia mampu memberi kesan yang mampu mengelirukan orang-orang yang membaca komen tersebut.Jelaslah ia mampu membawa lebih lagi keburukan.Kalau tidak setuju, nyatakan sajalah dasar tidak setuju anda.Usah pula sesatkan ulama.Mereka mungkin ada dalil tersendiri.

Begitu juga golongan yang suka melalak bukit.Selalu mengutarakan pendapat dengan kehendak nafsu.Bila terjadi sesuatu isu yang buruk, terus bagi hujah tanpa berfikir dengan lebih mendalam.Bahkan isu-isu yang kecil mengaja diperdebatkan kerana yakin diri mampu untuk memenangi isu tersebut.Tapi lebih banyak isu besar ditinggalkan.Sibuk sapu habuk ditingkap sampai licin, tapi tahi ayam dilantai dibiarkan.




Baru-baru ini, gempar di minda rakyat, buku "Allah, Kebebasan dan Cinta" karangan seorang tokoh Liberalisme Irshad Mandji adalah satu tulisan yang dikatakan mampu mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.Kemudian, muncul lah golongan yang dikatakan pendekar yang nekad untuk menentang tokoh dan buku tersebut.Malah ada ura-ura mengatakan untuk mengadakan upacara membakar buku tersebut.Tindakan ini mampu memalukan diri kita sendiri kerana tokoh tersebut menyerang kita dengan idea.Kenapa nak rajin-rajin bakar buku? Baca buku malas.Saya khuatir, dunia akan semakin yakin bahawa Islam sememangnya pengganas.Sepatutnya kita perlu fikir untuk menentangnya menggunakan akal juga.Bahkan kita mempunyai ramai cendekiawan yang terbiasa dengan pelbagai ilmu serta terbiasa dengan ilmu Al-Qur'an dan hadis.Adakah cara ini tidak boleh dimanfaatkan? 


Saya tertarik melihat gaya Zionis bangkit, bermula dengan penulisan digerakkan pembacaan.Der Judenstaat yang bermaksud Negara Yahudi ditulis oleh tokoh Zionis bernama Theodorl Herzl.Dimanfaat sebaik-baiknya hinggakan usaha daripada idea tersebut digerakkan berabad lamanya.Dan hari ini mereka megah dengan ekonomi dan persenjataan.Berjaya membina sebuah negara Israel dan masih lagi berusaha keras memecahkan jazirah Arab untuk merealisasikan Israel Raya.Begitu juga dengan kebangkitan Nazi di Jerman, ia bangkit dari idea Mein Kampf karya Adolf Hitler.Sedang umat kita dikurniakan wahyu, lebih mulia dari segala penulisan.Rugilah kita yang tidak memanfaatkan. 

Rovolusi diri, dengan mengubah sistem pemikiran diri ke arah lebih baik.Yakinkan diri bahawa musuh sebenar perlu dihadapi adalah manusia syaitan dalam seruan Zionis.Dalam kancah huru-hara akhir zaman ini.Usaha kita adalah melahirkan lebih ramai orang-orang yang berfikiran dan mengubati golongan-golongan yang terus dibelenggu pembodohan hedonisme.Tidak perlu dengan kekasaran, cukup sebagaimana mengikut resam melentur buluh.Dalam mengubati hati manusia, kata-kata ada peranan.Asalkan ia berhikmah dan bijaksana.Pupuk juga minat masyarakat terhadap Sejarah, ia mampu menjadi senjata dan menguatkan jatidiri.Tanpa sejarah kita tidak tahu dari mana kita datang, jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka sukarlah untuk menentukan arah untuk kita pergi.


Jika anda rasakan sesuatu perlu diubah,beranilah tampil memberikan pendapat.Luahkan segala yang terbuku dihati, kemudian kemukakan pendapat dihadapan orang lain dalam keadaan hati terbuka untuk menerima tolakan orang lain pula.Kadang-kadang apa yang kita rasakan baik mungkin salah.Bersedia juga untuk menerima pendapat orang lain.Jauhkan sifat bersangka-sangka.Sesuatu yang baik, belum tentu benar ..Sesuatu yang buruk, belum tentu salah.Maka berwaspada .. Itu lebih baik. Open mind saya selalu pegang.Kerana manusia semestinya ada kekurangan.Jadilah seorang manusia semakin berilmu semakin zuhud.Sebagaimana padi semakin berisi semakin menunduk.Janganlah kita merasa lebih mulia dari orang lain.


Begitu juga para pemimpin.Anda mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk menjaga rakyat.Malah anda bertanggungjawab atas segala tindakan rakyat anda.Segalanya pasti akan dibicarakan dihadapan Allah.Usah sekali-kali menipu dan membutakan mata hati rakyat kerana ingin sekadar menjaga agenda politik yang sempit itu.Sesungguhnya politik tertinggi umat Islam akan dimenangkan melalui Khilafah manhaj ala Nubuwwah.Jangan biarkan rakyat lebih pandai daripada pemimpin.Kelak akan ditertawakan.Contohi Rasulullah s.a.w,Al-Fateh,Umar al-Khattab dan ramai lagi pemimpin yang mampu menjadi idola tersimpan dalam sirah.





Sekadar pandangan bebas daripada remaja 18 tahun ini, tulisan tanpa pena , Musafir Hairan.Jika salah, digalakkan memberi kritikan. 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim. Surah Al-Hujaraat 11 





Aku cintakan pemuda seperti Giffari,menentang kezaliman walaupun diancam,moga kan lahir lagi di abad ini, jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram .Penduduk Alam Melayu, dahulu kita berjenama.Kita perlu berubah.Masa untuk penjenamaan semula.Kita berjenama!




No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...