"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Monday, May 28, 2012

Penjara Diri





Alangkah rugi bagi seorang manusia, lebih-lebih lagi yang masih muda seandainya masa hidupnya banyak dihabiskan untuk bersedih.Murung sendiri dalam bilik.Tak makan selama seminggu.Menangis tak tentu pasal.


Kerana cinta tenggelam di tengah jalan.Kasih tidak kesampaian.Mahupun cinta bertepuk sebelah tangan.Hati pasti tak tenteram.Sepi dan sayu saat mengingati keinginan.Ada pula merasa diri terbuang dan tidak diperlukan lagi. CUKUP! Tapi ingatlah, semuanya ketentuan Ilahi yang harus diterima.Berjaya menerima, Insyaallah balasan Syurga lah nanti.


Sedih itu normal, rindu itu fitrah. Ya , saya akui.

Tapi, kuantiti yang diambil secara yang berlebihan mampu menjadi penjara buat diri.Anda tidak perlu dikurung oleh orang lain.Anda tidak perlu disekat bekalan makanan oleh orang lain.Anda tidak perlu dipukul orang lain untuk menangis.Tapi andalah yang lakukan semuanya untuk anda sendiri.


Kadang-kadang kita perlu fikir.Untuk apa kita dicipta.Tidak lain tidak bukan mestilah mengabdikan diri kepadaNya.Ini satu jalan penyelesaian bagi penyakit hati yang merugikan hidup manusia.
..




---

Pandanglah dunia seluas-luasnya.Lihatlah mereka yang mengharap lagi untuk hidup merdeka.Nasib mereka mungkin tidak seperti selesanya hidup kita hari ini.Terpenjara dalam negara sendiri.Diapit musuh kiri dan kanan.Dengan harapan akan datang hero-hero yang bebas untuk menyelamatkan mereka.Sedang kita berkemampuan pula mengusir musuh-musuh mereka tadi. Serta mampu melepaskan mereka ini dari terpenjara besi. Tidakkah anda rasa rugi memenjarakan diri sendiri ??!


Itulah kelemahan remaja Islam hari ini.Remuk dihentam hedonis.Barangkali kerana terlalu banyak mengambil 'dadah-dadah' dari media.Mudah terpengaruh dengan acuan barat sengaja membawa diri untuk ke kancah masalah.Ada baiknya selepas ini kita perlu berhati-hati.Ketahuilah mainan musuh diserap masuk ke dalam mainan kita di sini.Memang indah yang datang dari mereka.Tapi yang indah itulah mampu merosakkan umat ini.

Mudahnya kerja Yahudi dan Nasrani.Tidak perlu mengirim bom dan artileri.Cuma menyediakan filem-filem , drama, muzik dan budaya genre hedonis.Merosakkan saraf-saraf pemikiran.Lantas dari situ mampu merosakkan jasad.Bahkan jasad itu dirosak sendiri oleh empunya saraf.Misalnya bunuh diri.Tentunya terjadi dari akal yang telah dimusnahkan.Oleh itu kita perlu hati-hati.

---



Buka mata anda seluas-luasnya.Usahlah bersedih lagi.Lakukan tangisan yang akhir, hasilkan senyuman yang baru.Berdoalah supaya ditetapkan ketenteraman hati.

Segala yang datang baik mahupun buruk adalah datang dari Allah.Sesungguhnya segala kurniaan Allah itu sebenarnya adalah terbaik untuk kita. La tahzan..


Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.Anda banduan.Tapi andalah juga penjaga penjara tersebut.Maka lepaskanlah diri anda sendiri.


No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...