"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, May 18, 2012

Malu ke sebab Single?





"Diorang suwit giler kan? Macam orang dah kahwin.Bila hari jadi, kekasih dia mesti beli kek untuk dia.Dapat potong kek sama-sama.Makan kat restoran sama-sama,siap main suap-suap lagi.Then diorang masukkan gambar-gambar time birthday party tu kat Facebook.Ramainye yang Like.Sekali dengan puji-puji lagi.Diorang dapat perhatian.

Tapi aku? Kenapa aku tak macam diorang? Kenapa aku tak ada pasangan? Kawan-kawan aku semua dah ada.Bila duduk depan diorang semua, malu .. "


Malu sebab single.Statement yang memalukan.hehe.Kenapa nak malu? Sepatutnya kita gembira sebab terhindar daripada tergolong sebagai orang yang melakukan maksiat.Kadang-kadang kita cemburu, sebab kawan-kawan semua dah ada pasangan.Rasa tercabar pun ada bila kita terkecuali untuk mempunyai kebahagian seperti mereka.Tambahan kita ni remaja, mesti nak cuba-cuba.




Tapi betul ke bahagia? Rasanya semua tu pura-pura la. Betul ke pura-pura?



Kerana terpengaruh dengan drama-drama,lirik-lirik lagu,muzik dan alternatif media selainnya yang dicipta seniman-seniman mendukung kebohongan.Maka kita pun nak dapat kehidupan yang sama dengan apa yang kita tengok tu.Dalam kehidupan nyata ni.Betul ke ada kisah macam tu? Rasanya tidak.Kisah cinta sebenarnya manusia tidak patut dibandingkan dengan kisah fantasi.Menginginkan fantasi, akan menghilangkan kebahagiaan sebenar dengan kisah nyata.




Memanglah diorang nampak cool masa couple, bahagia.Memujuk yang merajuk. Tapi semua tu sebenarnya membawa kepada kecelakaan untuk diri mereka sendiri.Sedang si lelaki menyentuh di gadis yang tidak halal baginya.Bermanja mesra dalam pelukan di tepi pantai.Semua tu adalah tiket untuk tempat di Neraka. Jadi kenapa kita nak malu sebab tak mampu untuk duduk di tempat mereka? Sedangkan kebahagian yang mereka kata adalah pura-pura.


Sampai tahap, ada antara kita syok sorang-sorang.Tulis dekat status kononnya ditujukan kepada pasangan.Kadang-kadang tunjukkan sifat marah,merajuk dan gembira.Kemudian ada kawan-kawan yang tanya."Tuju kat siapa tu?".Kita pun jawab, "Ada lah".Punyalah suka hati bila dah ada orang tahu kita ada seseorang untuk dikongsi bahagia.Ceh,padahal status tu semua nak tipu semua orang yang kita ada pasangan.Kenapa kita nak ikut orang lain pura-pura? Jelas, semua ni lagi memalukan.Hidup dalam khayalan sendiri, kemudian cerita kat orang lain. Malunya.


Lagi takut tengok orang yang gila-gila nak cari pasangan.Sampai cuba lelong diri dengan statement,"Saya Single ni".Upload foto banyak-banyak dekat FB.Buka situ buka sini.Aduh, harga kita sebagai manusia terlalu mahal untuk dilelong.Malunya.


Kita tengok orang lain bahagia.Tapi ada masanya diorang merana.Ditipu pasangan.Bahana percaya kepada cinta palsu.Hingga hilang nilai kesucian.Bahagia pura-pura tadi bertukar kepada kesedihan.Merekalah yang patut malu.Bukan kita!


Lupakah kita cinta itu ada pencipta? Di mana cinta kepada penciptanya akan bahagia selamanya.Cinta yang tiada pura-pura.Cinta Ilahi yang nyatanya paling hakiki.Ketika kita lapar,Dia yang menciptakan makanan.Ketika kita mengantuk,Dia memberikan keselesaan di tempat tidur.Maka, mengapa perlu mengelak dari cintaNya yang tidak pura-pura?


Wahai adik-adik, marilah kita hidup dalam dunia nyata.Melakukan tugas sebagai hamba.Menghargai cinta dari penciptanya.Kenapa kita perlu pura-pura? Kenapa kita perlu malu? Bahagialah jadi Single sebelum masanya.Kita bukan tak ada siapa-siapa untuk mengadu kasih.Kita ada keluarga dan kawan-kawan.Malah kita ada Allah, Yang Maha Mendengar walau dari bisikan hambaNya.Nanti ada lah tu pasangan untuk kita.Kalau tak sempat di dunia pasti di Syurga sana.Syaratnya, jadilah hamba yang taat kepada perintahNya. :D Insyaallah~


Aku tak malu jadi Single. Aku tak nak masuk Neraka. Aku tak perlu pura-pura. Aku Single mengenal cinta. Aku Single kerana Allah.



2 comments:

  1. :) yesss.. betol tu. mendidik ke araah kebaikan ni bukan senang kan.. kadang2 diri ini pun tersaasar dan terleka. muhasabah dirii. :)

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...