"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Wednesday, May 9, 2012

Sekular ?



Saya selalu update status dekat Facebook mengenai penentangan saya terhadap fahaman Sekular.Terkejut juga dapat mesej yang bertanyakan apa itu sekularisme.Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu.Dari sedikit pengetahuan yang saya ada, meh sini nok kabo.

Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama.Bahkan kehidupan dan sosial.Pemikiran sekular yang dipelopori barat telah berjaya menjatuhkan Daulah Islam Khilafah Turki Uthmaniah. Teras kepada sekularisme ialah politik yang berasaskan kepada perkauman atau pun kebangsaan, atau dikenali sebagai Nasionalisme.

Sejarah Sekularisme di Malaysia atau Tanah Melayu ini datangnya daripada penjajah British melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 antara Sultan Abdullah,Sultan Perak dan Sir Andrew Clarke.Wakil British ini menuntut supaya Sultan mengecualikan agama Islam dan adat istiadat Melayu dalam pentadbiran.Dengan semikian segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang negeri terserah kepada Inggeris yang tidak pernah memikirkan soal agama dan sebagainya. Akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari agama.

Bila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957 dasar pemisahan ini diteruskan iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukannya berlandaskan Al-Qur'an 100%.Walaupun negara ini menjadikan Islam sebagai agama rasmi,sistem Demokrasi digunakan, jadi soal pemerintahan diserahkan kepada wakil rakyat tidak kira samada Islam dan bukan Islam. Akhirya terpisahlah Islam dari pemerintahan kerajaan Tanah Melayu itu.

Bagi mengukuhkan lagi Sekularisme, British telah pun merancang terlebih awal untuk menyebarkan agenda ini.Misalnya sistem pendidikan kerana sistem pendidikan adalah satu metod terpenting untuk mencorakkan haluan manusia.Pemimpin yang lahir daripada fahaman sekularisme pula berfungsi untuk menyebabkan fahaman ini di tanam ke tubuh rakyat sehingga masyarakat yang beragama Islam itu turut memuja fahaman kebendaan dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.Kemodenan juga menjadi alat untuk mencetuskan sekularisme hinggakan pandangan masyarakat terhadap Islam adalah kuno.Sebab itulah wujud pelbagai cara dan jalan yang menentang agama Islam.

Bermulah zaman di mana wanita berpakaian labuh dipandang serong, pakaian tidak cukup kain dipelihara.Kebebasan wanita yang berlebihan dan anti-poligami.Artis dijulang tinggi dan ulama ditolak tepi.Majalah dan bacaan lain menjadi panduan dan Al-Qur'an jarang dipandang.Serta banyak lagi perkara-perkara yang menjauhkan manusia daripada Islam.

Sekular adalah asas kepada kejatuhan Islam.So, sesiapa yang ingin menegakkan Islam menetang sekular adalah perlu.Tulisan bebas ini berdasarkan pembacaan saya yang sekelumit sahaja.Nak tahu lebih mendalam teruslah mengkaji. :D wallahua'lam

Bila mahu mentadbir negara, anda buang syariat.
Adakah hukum Al Quran boleh diambil dan dibuang sesuka hati?

Di dunia,
Anda boleh terlepas bebas,
Namun di akhirat anda tidak boleh lari



No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...