Login Facebook.Open Chat.
"Aik, apasal semua orang pakai DP kaler same je ni?"
Alhamdulillah.Matlamat untuk membawa dunia membuka mata tentang isu di Palestin semakin berjaya.Default Pic warna coklat ini mampu memberi mesej kepada pengguna laman-laman sosial mengenai 1,550 rakyat Palestin di penjara Israel menyertai mogok lapar besar-besaran dan dua daripada mereka sudah berlapar selama dua bulan.Mereka yang menjadi tahanan tanpa sebab,terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg,mengalami pendarahan dalaman dan luaran yg teruk dan gigi pun luruh.
Tapi media-media tidak mengambil perhatian terhadap isu ini serta menjadikan info mengenai mogok tersebut tenggelam daripada pengetahuan umum.
Jadi apa perkaitannya dengan DP coklat ini? DP coklat ini adalah satu usaha kecil sebagai senjata dalam peperangan media.Semakin ramai yang memakainya, semakin ramailah yang tahu maka semakin ramailah yang akan membuka mata dan mengambil peduli.Yang paling penting, semakin ramailah yang akan berdoa untuk saudara-saudara di Palestin.Segalanya adalah tanggungjawab kita sebagai Muslim.Kita memang tak mampu mengangkat senjata, maka dengan cara ini mungkin mampu memberi tentangan kepada Zionis Israel Laknatullah.
Kalau ada yang tak suka kempen ini di dalam Facebook tak apa. Tapi jangan perlekehkan usaha kami ini. Ada baiknya kalau kita sama-sama semarakkan semangat peduli kepada saudara kita sendiri. Takbir!
Kalau ada yang tak suka kempen ini di dalam Facebook tak apa. Tapi jangan perlekehkan usaha kami ini. Ada baiknya kalau kita sama-sama semarakkan semangat peduli kepada saudara kita sendiri. Takbir!
"Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin.
Limpahkan rahmatmu kepada mereka semua.Teguhkanlah kaki-kaki mereka menentang musuh-musuh Mu.Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, yang tidak mampu membantu mereka berjuang habis-habisan.Untuk bersama-sama mereka dalam segala pertempuran.Amin"
No comments:
Post a Comment