"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Saturday, May 12, 2012

Page Hina Islam

Sekarang dah ada isu baru.Isu page-page yang menghina Islam dalam laman internet.Kita yang Islam ni memang marah lah kan.Cari page tu kemudian sebar kepada semua saudara seagama supaya memberi tentangan.Siap mention, "Ni budak laknat yang menghina agama kita,mari kita tibai budak ni".Kat ruang komen tu mesti ada macam-macam kritikan yang boleh menyebabkan tuan page tu marah.Kita pakat-pakat lah kutuk.Supaya mereka yang menghina agama kita ni dapat dikalahkan.

Tapi..


Rasanya cara kutuk-kutuk tu macam tak kena lah.Dengan caci makian tak mampu untuk kita menang.Walaupun kita bagi kutukan yang pedas sekalipun kita tak mampu nak hapuskan matlamat dan semangat mereka.Bahkan dengan menunjukkan cara sedemikian dapat memberi kepuasan pada pihak lawan. Cuba fikir tujuan hater Islam ni buat page-page tersebut, mestilah nak buat umat Islam marahkan? Jelas, kemarahan yang tanpa sempadan kita tonjolkan disertakan kritikan melampau adalah satu kejayaan kepada tujuan mereka.

Hmm,ada baiknya kita bagitahu mereka secara lembut bahawa perbuatan mereka terhadap Islam itu adalah salah.Cukuplah 2-3 orang yang bagi komen.Kita tunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang bertoleransi serta membawa kesejahteraan.Tunjukkan cara hidup Islam yang menghormati antara satu sama lain.Jangan setakat bangga diri dilahirkan sebagai Islam.Bagitahu mereka bagaimana Islam dan amalkan cara hidup Islam yang sebenar berpaksikan Al-Qur'an dan Sunnah.

Supaya mereka yang menghina Islam tadi akan terbuka hati untuk mengenal Islam.Supaya mereka tahu salah mereka terhadap Islam.Supaya mereka rasa berdosa kerana menghina Islam.Itu adalah langkah terbaik yang mampu memberi kemenangan kepada Islam.Tapi kalau kita ada kemahiran seorang hacker, pakai jelaa. :D ..Cara tu pun baik.

Teringat satu sirah Rasulullah s.a.w yang mengisahkah baginda menyuapkan makanan ke mulut seorang pengemis Yahudi yang buta.Ketika Rasulullah sedang suapkan makanan tersebut, baginda mendengar Yahudi itu berkata bahawa Muhammad itu adalah seorang tukang sihir.Tapi adakah Rasulullah terus kasi lempang dekat muka Yahudi tu? :D .. Rasulullah s.a.w terus menyuapkan makanan terus ke mulut Yahudi tersebut.

Setelah Rasulullah s.a.w wafat, ada sahabat baginda menyambung kerja Rasulullah s.a.w semasa hidupnya terhadap Yahudi tersebut.Yahudi buta itu merasa hairan mengapa orang yang menyuapkan makanan kepadanya kali ini tidak sebaik sebelumnya.Lantas Yahudi buta itu bertanyakan sahabat baginda di manakah orang yang menyuapkan makanan kepadanya sebelum ini? Lalu sahabat menjawab bahawa orang itu telah wafat, orang itu bernama Muhammad s.a.w. Terkesima Yahudi buta mendengar jawapan sahabat.Orang yang dihinanya serta digelarnya sebagai tukang sihir selama ini adalah orang yang memberi bakti kepadanya. Akhirnya Yahudi itu menyesali perbuatannya dan bertaubat. Subhanallah..

Allah telah tunjukkan kepada kita jalan untuk menghadapi isu yang diperkatakan melalui sirah utusanNya.Maka rugilah orang yang tidak mengambil iktibar daripada sirah tersebut.Kita cuba lakukan, walaupun mereka yang membenci Islam ini tetap berkeras.Kita hanya mampu usaha dan hanya Allah yang menyempurnakannya. Kuasa memberi hidayah itu hanya milik Allah bukan milik kita. Maka serahkan segala kepada Allah Yang Maha Adil .




Api menentang api tidak akan terpadam.

1 comment:

  1. Subhanallah.....Semoga orang2 yg menghina Islam itu mendapat hidayah drpd Allah SWT dan menginsafi segala kesalahan mereka kepada Islam....AMIN.

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...