Di tengah kerancakan hegemoni Barat,
Kemudahan media asas penyebaran suara,
Revolusi Reformasi Informasi dan Hak Asasi,
Kelantangan media ada peranan,
Di tengah penggila generasi korupsi,
Media ditransformasi satu persenjataan,
Manipulasi pembohongan kerana pitis-pitis,
Menyebelah autokrasi diselidung demokrasi,
Pembohongan satu pembodohan,
Dibohongi itu maknanya diperbodohkan,
Media membohong melahir bangsa yang bodoh,
Lupakah autokrat bangsa ini bangsa intelektual,
Media tidak perlu menipu.
Kami belia sudah intelek.
Kami ada laman muka buku.
Penipuan ditelan orang yang diperbodohkan.
Tapi bukan semua rakyat ini penelan cerita,
Media kebohongan,
Maka rakyat ini akan memandang sang media,
Si pekerja mencari makan dari kerja kotor,
Usaha kerja yang membina bangsa yang bodoh,
Sedangkan mereka lah kelihatan bodoh,
Di mata belia yang tidak bodoh.
Gertak dia sang media kebohongan,
Memaku segala maklumat kebenaran,
Gertak dia sang media kebohongan,
Meminggir segala sifat sejarah,
Dalam menentukan ketamadunan bangsa,
Kejujuran media ada peranan.
No comments:
Post a Comment