"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Wednesday, May 30, 2012

Bertepuk Sebelah Tangan ..





Foto yang dirindui ditatap lama.Hanya terpegang oleh tangan yang kaku.Fikiran menerawang jauh dengan harapan jasab yang dirindui berada lebih dekat.Malangnya ia cuma khayalan.SMS bersama yang dirindui itu pasti dibaca berulang kali.Menghayati kembali saat indah bersamanya.Sambil berteman dengan melodi-melodi merindu.


Si dia selama ini amatlah rapat.Saling berkongsi cerita dan kenangan-kenangan.Chatting dekat Facebook semestinya tiap malam.Hinggalah suatu hari, hubungan dengannya dirasakan seperti dijarakkan.Seperti ada sesuatu yang membina tembok antara diri ini dengan dirinya.


Setelah diteliti, alangkah berkecainya hati.Dia telah bersama dengan yang lain.Malah hubungannya lebih ampuh dengan kenalan baru itu berbanding hubungan diri dengan si dia selama ini.Lebih pedih si dia sering bercerita tentang kenalan kesayangan barunya itu.

Kemudian, bermurunglah diri.Menyimpan dendam barangkali.Kadang-kadang terasa diri amatlah memiliki kekurangan dan tidak berguna lagi.Hidup dalam emosi yang memenjarakan diri.


Cinta bertepuk sebelah tangan amatlah menyakitkan.Dari awal perkenalan mengharapkan perkenalan tersebut akan bertumbuh dengan kasih-sayang.Hinggalah dipertengahan perkenalan segala-galanya telah dicurahkan.Kerap mengagumkan si dia.Cuma takut menyatakan hasrat hati yang sebenar.Tapi tak sangka pula cuaca elok dicita sampai ke petang mula taufan di tengahari.


Namun, diri tetap tidak mahu menyerah kalah.Saat semangat membara tanpa sedikit pun dorongan akal.Dengan berani mati, ayat keramat akhirnya tetap diluahkan.


"Awak, kita dah lama suka kat awak. Tapi kita takut nak bagitau. Takut awak tak suka kita. Kita cuba buat awak suka kat kita. Macam-macam kita buat untuk awak. Cuma awak yang tak nampak. "

"Haa? Tapi saya cuma anggap awak kawan jer la. Lagipun dan terlambat. Saya dah berpunya."

hewhew~! xD


Tak apalah.Mungkin dia bukan jodoh anda.Tak perlu dirungsing-rungsingkan lagi.Walaupun usaha untuk meninggalkan kenangan itu amatlah sukar sekali.Tapi kenyataannya ia harus ditelan supaya tidak menjadi masalah lagi.Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.Banyak lagi perkara atas dunia ini untuk difikirkan. Jadi, usahlah membuang masa dengan hanya memikirkan kehendak nafsu yang hanya memakan diri.


Saudara dan Saudari.

Semestinya inilah salah satu ujian untuk hati dari Ilahi. Barangkali untuk diuji hati ini samaada ikhlas mahupun tidak lagi berfungsi mengabdikan diri kepadaNya. Saat ujian, ia satu peringatan. Supaya kita tersedar dari lena cinta dunia yang panjang.


"Tapi saya masih lagi teringatkan dia.Apa yang harus saya buat?"

Mudah saja.Solat taubat dan banyak zikir.Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan. Lain kali, perlu jaga diri.Supaya tidak terjebak lagi dengan penyakit hati ini. Berdua-duan salah satu puncanya barangkali.Berdoalah, agar tidak berlaku lagi.





Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.Pandanglah ke depan.Masih lagi ada harapan.Dunia ini bukan untuk dipenuhi orang-orang yang kecewa.

Ingatlah Allah.Dengan mengingati Allah.Hati jadi tenang.. :)





1 comment:

  1. haha.. sedih =) teruskan menulis bila ada masa lpang sahabatKu.

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...