"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Tuesday, October 2, 2012

Tolong jangan percaya entry ini

Perempuan itu kata, "Aku tak suka kongsi rahsia dengan kawan perempuan.Sebab kat belakang aku, dia cerita dekat orang lain.Baik kawan dengan lelaki. Lelaki baik..Mereka pun caring tau."


haha .. 

Dalam kepalaku sekarang, perempuan ini mungkin bijak jika kata-kata dia ini dijadikan sebagai propaganda untuk tarik perhatian lelaki atau nak dapat 'Like' yang banyak dekat Facebook..Jika sebaliknya, atau yakin dengan apa dia katakan itu.Mungkin dia ni... Sebaliknya dari bijak lah. :)

Bukan niat saya untuk burukkan mana-mana lelaki.Saya pun lelaki.Tapi perlu bagi seorang perempuan itu berhati-hati dengan lelaki.Perempuan suka lelaki, fitrah.Tapi jangan jadi fitnah.


Kongsi rahsia.

Berbalik pada penyataan perempuan di atas,"Aku tak suka kongsi rahsia dengan kawan perempuan.Sebab kat belakang aku, dia cerita dekat orang lain.Baik kawan dengan lelaki. Lelaki baik..Mereka pun caring tau."

Suatu hari kamu ada masalah.Kemudian kamu cerita pada seorang kenalan lelaki kerana percaya dia penyayang,pendengar yang baik ataupun penasihat yang baik.Kamu pasti ke lelaki tu tak bagitau dekat kawan-kawan dia tentang rahsia yang kamu bagi pada dia? Tak kiralah siapa dia samaada abang angkatkah,adik angkat atau abang olok-olok.Padahal dia bukan saudara terdekat kamu.Kalau aib kamu terbuka luas mana sekalipun, dia bukan dapat apa-apa.Kalaulah silap haribulan kamu bergaduh.Pasti dia yang tengah berang, akan balas dengan perkara yang boleh membuatkan kamu sakit hati. Semestinya rahsia kamu lah bagi dia nak pecahkan.

Cerita tentang pengalaman, dulu saya pun berkawan dengan budak-budak nakal.Duduk lepak, kalau cakap bab awek mesti kita cerita pasal awek masing-masing(tapi saya single lagi xD ).Siap bagi orang lain baca SMS tu.Kalau kami kata ada awek cantik layan kami, orang tak percaya.Jadi kami terpaksa bagi orang baca perbualan dengan awek tersebut.

Pernah juga sekali seorang kenalan tunjuk pada saya gambar seorang awek.Saya kenal awek tersebut.Pasti.Gambar terpampang seorang gadis tidak bertudung.Gadis tersebut berpakaian menutup aurat dan bertudung litup dalam dunia realiti.Tapi rambutnya telah pun ditatap oleh mata ramai lelaki.Tak ada maknanya kalau kata rakan perempuan tak boleh simpan rahsia.Kalau kamu bagi rahsia tersebut kepada lelaki.Risikonya lebih buruk lagi.

Menyesal sekarang adik-adik.Menyesal kemudian tiada guna


Lamaran sebagai kekasih.

Kalau dia baik.Dia tak akan ajak kamu kapel.Hati mak bapak dia pun belum tentu dia nak jaga.Inikan nak jaga hati kamu.Kalau betul dia sayang kamu, dia tak akan ajak kamu ke lembah maksiat,melainkan dia biarkan kamu bebas dengan kehidupan sendiri untuk mencari makna hidup.



Memanglah pada awalnya,lelaki akan curahkan isi hati, "Selama ini saya memang sukakan awak.Awak ada ciri-ciri wanita idaman saya.Bolehkan kalau awak jadi kekasih saya? "..

Serta merta kamu jadi cair.Kepala menerawang entah ke mana.

Ataupun kami berlagak romantik, ajak naik bangunan or apa-apalah tempat yang best, kemudian jerit," Aku CINTA padamuuu ! ".. Tak pun ukir-ukir nama kat pokok, bagi hadiah, cincin, kek ataupun kad ucapan.Haa, time inilah Syaitan akan main peranan dia.Maka kamu akan accept lelaki tersebut tanpa berfikir panjang.Oh,tak apalah..nanti ada boyfriend best sikit kan? Taklah boring sangat. :P .. Kena tipu nanti baru padan muka.

Kadang-kadang kami tak perlu buat ayat bunga-bunga atau copy mana-mana puisi untuk diberi kepada seorang awek.Cukuplah berlagak sebagai seorang Ustaz.Itupun cukup meyakinkan kami bahawa kamu akan anggap kami ini baik.

Kami buat-buatlah pesan,
"Awak mesti pakai tu tudung, tutup aurat dan jangan keluar malam-malam dan bla3."

dengan harapan kamu akan balas,
"Okey, lepas ni saya pakai tudung.Awak ni baiklah.Saya belum jumpa lelaki sesoleh awak ni."

Padahal kamu tidak tahu kami ada buat plan jangka panjang. Lelaki memang pandai, lidah kami memang bermadu.Sebab itulah buaya darat itu diistilahkan untuk lelaki.Saya pun boleh buat cara tu.Malah pernah buat pun(dulu lah).Seringkali tersangkut.

masa kapel dengan lelaki A, "awak tahu, saya tak pernah seronok bercinta macam ni." .. si awek jawab, "Ya sama ^_^"

masa kapel dengan lelaki B, "awak tahu, saya belum jumpa perempuan macam awak" .. awek jawab,"Sama la.Awak pun"

masa kapel dengan lelaki C, "awak tahu, awaklah perempuan paling cute pernah saya jumpa.. awek jawab,"Awak pun sama"

Kalaulah A itu jujur, macam ada boleh jadi B dan C? Contoh di atas bukan setakat menceritakan tentang si lelaki yang menipu. Juga menceritakan bahawa perempuan memang mudah kena tipu dan menipu diri sendiri.Pernah lalui situasi ni? Anda lah dalam cerita itu.

Mudahnya seorang gadis percaya dengan kata-kata seorang lelaki.Bagi ayat sikit dah cair.Puji sikit dah merah muka.Memang tak nafilah wanita memang sukakan pujian.Tapi jangan jadikan pujian itu membuatkan kamu terperangkap dengan tipudaya lelaki.

Tapi mungkin ada antara kamu bertindak bijak dengan menolak jika seseorang lelaki mengajak kamu menjadi kekasih.Dia luahkan perasaan dengan macam-macam cara dan kata-kata.Kamu bagi respon menolak dengan baik kemudian dia balas,

 "Tak apalah, tapi kita still boleh jadi kawan kan?" .. 

Wanita! Beware, lelaki mungkin akan cuba cara lain.Maksudnya, kamu bagi satu lagi peluang dekat lelaki tersebut untuk pikat kamu.Takkanlah mudah nak lepaskan dengan sekali tolak.Kami akan cari point-point bagus yang boleh buat kamu sendiri tertarik pada kami semasa 'persahabatan' berlangsung.

Terperangkap Janji.

Janji.Bab ini tujuan utama saya nak tulis, tapi dah meleret-leret ke bawah.

Ok.Janji memang mudah nak sebut dan mudah juga orang percaya.Tidak salah berjanji.Tetapi berjanji dengan suatu perkara yang menetapkan alasan yang tidak kuat itu salah.Bila kekasih kamu berjanji akan jaga kamu sampai dia mati.Selagi dia belum menjadi suami kamu, jangan percaya.Kalau betullah dia nak jaga kamu.Kenapa kamu boleh jadi kekasih dia ketika dia sedang lafazkan janji? Malah kalau dia memanglah ingin jaga kamu dengan bersungguh-sungguh,dia akan cuba elakkan diri kamu untuk adakan apa-apa hubungan dengan lelaki termasuk dirinya sendiri.Percayalah, itu gentle. 

Saya seringkali dapat cerita, dari kenalan, guru-guru dan rakan sendiri.Saya kira ia satu tragedi yang akan buat saya terkedu jika terdengar kisah tersebut.Kisah tentang keterlanjuran seorang gadis mengadakan hubungan zina.Faktor yang menyebabkan mereka ke lembah zina adalah disebabkan janji manis seorang lelaki.

Cikgu Sejarah saya sendiri yang cerita, ada seorang wanita mengadu kepada Cikgu saya ni yang dia mengandungkan anak seorang rakannya di Universiti. Cikgu saya tanya, "Kenapa kamu bagi?".Wanita itu jawab, "Dah dia janji nak kahwin dengan aku"... Hah sudah. Sampai sekarang lelaki yang sepatutnya menjadi bapa kepada anaknya itu tidak mahu bertanggungjawab.Yakinlah, wanita tersebut sedang menyesal.




Kisah yang sama, diceritakan oleh rakan sebaya saya sendiri.Kes terjadi masa nak SPM dulu.Siti (bukan nama sebenar) minta pendapat macam mana nak tolong rakan dia melepaskan diri dari menjadi hamba seks seorang lelaki.Tragedi bermula ketika rakannya tersebut buat study group dengan pakwe dia dalam kelas.Masa tu petang, so sekolah tak ramai orang.Katanya pakwe budak perempuan itu janji nak kahwin dengannya lepas SPM.Dengan syarat perempuan tersebut mesti 'bagi' apa yang lelaki tu nak.Kalau tak bagi,tak jadi kahwin.Sampai exam SPM kejadian sadis ini berlaku.Lepas dapat result, lelaki dengan haluan sendiri, perempuan pun dengan haluan sendiri.Lelaki tak rugi apa-apa, yang menanggung kecewa si perempuan.Hilang noda dek janji manis seorang lelaki.Masa itu tak ada guna lagi dah nak terjun bangunan.

Diorang mengadu pada saya. Apa saya boleh buat? Saya cuma bagi pendapat repot kat polislah.Bagitau mak ayah or cikgu.Tapi jawapannya saya sendiri pun dapat teka.Takut malu.Hah, tahu pun malu.Masa awal-awal dulu orang selalu pesan tak mahu terima.Kalau kami nak rogol kamu, kami tak akan kata, "Saya berkawan dengan kamu ni, memang saya bercadang nak rogol kamu".. Bodohlah kan? Sebab itulah kami buat plan jangka panjang dengan menipu kamu.Maka, fikir-fikirkanlah...


Kesimpulan.

So awek-awek comel sekalian, janganlah mudah percaya sangat kepada lelaki.Kalau berkawan pun mesti hati-hati.Tunggulah janji seorang lelaki yang betul-betul mahukan kamu sebagai isteri.Itupun setelah berjumpa dengan orang tua kamu.

Kepada mereka yang telah pun terjerumus dengan situasi ini.Bukan bermakna ini pengakhiran kepada hidup kamu.Tapi jadikanlah peristiwa yang berlaku dalam hidup itu sebagai pengajaran serta jagalah saudara-saudara di sekeliling kamu.

Ok Girl.Kalau tak mahu percaya dekat saya sendiri pun tak kisahlah.Tapi taklah bermakna tolak apa-apa yang bermanfaat dari saya atau lelaki lain.Cuma jangan nilai kami berdasarkan apa yang kami kata.Kerana itulah saya sentiasa pesan, jangan tengok siapa yang berkata, tapi tengok apa yang saya kata.Dan.. Kepada lelaki-lelaki, maaflah sebab pecahkan rahsia kita.. haha .. Kerana mereka bakal pembimbing ummah kelak, maka aku terpaksa.Bukan kerana aku gay. hehe



Saya tak ada awek.Bukan bermakna saya gay.Saya suka perempuan.Tapi saya bukan buaya.. xD ..Walaupun saya tak hensem.Saya tahu lah saya romantik.Jadi, tolonglah jangan terpikat. hewhew





4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. "Walaupun saya tak hensem.Saya tahu lah saya romantik.Jadi, tolonglah jangan terpikat." Hahaah (Y)

    ReplyDelete
  3. ^_^ nicely written. Couldn't agree more

    ReplyDelete
  4. actually xde istilah kawan antara berlainan jantina pun dlm Islam.
    hanya dalam 3 situasi je boleh berikhtilat
    kaji sendiri yep
    ok

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...