Baguslah kalau semua perempuan macam ni..
Tapi.
Ini bukanlah alasan bagi kamu untuk tidak berubah menjadi cantik,solehah,ayu,kaya dan bertudung labuh sebelum 'dicari'.
Jadi.
Cantik yang bagaimana? Cantikkan akhlak dan perilaku mu.Tidak kiralah bagaimana sekalipun rupa kamu.Jika cantik akhlak dan perilaku mu itu atau kamu sedang berusaha untuk itu.Kamu adalah wanita cantik.
Solehah yang bagaimana? Mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya lah kawan.Kamu tidak perlu menunggu lelaki untuk menjadi solehah.Kamu ada ibubapa untuk diberi bakti.Jadilah anak yang solehah.Sehingga suatu hari nanti, biarlah yang soleh itu ingin mendekati mu.
Ayu yang bagaimana pula? Bersopan santun serta lembut tutur kata.Dan percakapan mu tiadalah sia-sia melainkan berhikmah belaka.Maka kamu adalah wanita yang kelihatan ayu.
Kaya yang macam mana? Menjadi wanita yang selalu bersyukur dan tidak pula cerewet. Sebab aku pun tak suka cerewet. hehe .. Percayalah, bahawa kamu akan kelihatan seperti orang kaya.Kaya hati saudari ku.
Bertudung labuh yang macam mana? Lu fikirlah sendiri .. = P
Dan.
Bukanlah setakat menunggu dicari oleh orang yang akan membimbing.
Bimbinglah diri kamu dahulu.Sehingga sampai masa dicari oleh orang yang mahu mengambil kamu untuk dibimbing.Kelak hidupmu pasti sempurna. Insyaallah. :)
No comments:
Post a Comment