"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku, hingga kita akan Mulia, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia, yang berhak menilai keMuliaan kita."
Monday, August 6, 2012
Pesan Dari Bumi Arakan
Semakin dekat.wajah yang tadinya kabur kini semakin jelas,,budak
perempuan? hampir saja aku menjerit,,masakan tidak..dari gelap tiba-tiba
muncul suatu lembaga kecil,rasa debaran kian mulai tenang,,aku kira
umurnya sebaya adikku, 7 tahun..
Namun aku pelik,mengapa dia
diam,memandangku penuh kesayuan,,persis mengharap sesuatu yang aku
sendiri tidak pasti,redup matanya menenangkan ,biarpun aku rasa sesuatu
disebalik pandangan itu..aku mendekati..adik dari mana,mana ibu dan
ayah?tanganku mengusap lembut kepalanya..ku perhatikan,bajunya
koyak,kakinya tidak beralas..wajah suci ini decemari debu2..berbeza
sekali dengan adikku yang sentiasa dalam bersih dan kemas.
adik..kali ini aku lebih rapat.dia berundur,menutup muka sambil menangis
teresak-esak..aku terpana,adakah aku salah langkah? tiba2 mata
terpandang..entah kenapa,aku dipertontonkan sesuatu,mungkin kuasa
tuhan..Allahuakbar! aku lihat suatu penindasan,aku lihat beribu ribu
mayat,kaku dirobek burung tanpa kafan..aku lihat pemerkosaan ke atas
umat islam! ku lihat cangkul dan parang menetak bebas kepala mereka
ibarat mencantas lalang.rumah dibakar api menjulang,rohingya dibantai
habis habisan..sunyi..hanya darah mengalir tanda pernah syahidnya
pejuang di bumi arakan..kelam..aku memandang adik itu..mulutku kaku
untuk berbicara,hati pun seakan resah untuk mendengarkan cerita derita
itu. mataku bertanyakan segalanya..dan wajahnya yang tenang itu seolah
memberi lakaran tentang sebahagian dari penderitaan
mereka..ya,sebahagian cuma.,aku mendakap,terasa damai itu hadir seolah
dia juga adikku,,mungkin ikatan saudara itu benar benar kuat,ikatan
seakidah..ku lihat lagi,seorang lelaki berjubah dan berserban..mungkin
seorang imam,dpukul keras besi dan cota oleh mereka yang fikir mereka
tuan dan lantas merejam ,hanya kerana kuasa ada di belakang..tergapai
gapai tangan si tua itu menahan asakan syaitan..salahnya apa? hanya
memperjuang kebenaran,tak rela mengeluarkan fatwa agar muslim tak perlu
menghadap tuhan..biarpun terseksa disebalik hinaan dan pukulan,tak
sekali dia sanggup gadaikan maruah islam. Subhanallah,ternyata dia
memang imam,rela diasak di dunia dari dipertanggungjawabkan kelak di
hadapan tuhan. aku terpaku..
Adik itu memegang
tanganku..sejuk,kaku..matanya bertemu mataku..seolah meminta izin untuk
berlalu,setelah rahsia penderitaan mereka diserahkan ,
Adik,tunggu..Adik! dia terus pergi,dan aku lihat dia jatuh
tersembam,tergelincir lemas dalam sungai merah,pekat darah yang mengalir
begitu deras..entah dari mana datangnya sungai itu..aku berlari,cuba
menyelamatkan dia..tapi apakan daya diri sendiri pun tiada ilmu,tidak
tahu berenang,,bagaimana pula aku mahu menyelamatkan yang lain?aku
menangis semahunya,,sudahlah tidak mampu membantu bersama malah hanya
mampu melihat dia tenggelam..
hanyir menerpa..ia sungai darah,kulihat ramai lagi insan malang,tenggelam..ada yang terbelah badan,ade yang lumat dicincang..
Allahuakbar! betapa hinanya penindasan keatas muslim ..mereka pernah
berkata,perkara paling murah hari ini adalah darah orang islam!
aku teresak esak..tiba tiba aku dipanggil..kakak..kakak! kenapa tidur
sambil menangis?aku membuka mata..Subhanallah..ianya mimpi..aku memeluk
adikku..lama..seoalah sama rasanya dengan adik yang datang dalam
mimpiku.. kudengar juga,suara takbir memuji kebesaran..laungan
kemenangan buat umat islam..subuh syawal,air mata tumpah,bisakah mereka
juga beroleh kemenangan?
syawal dan kemenangan: bau hanyir
darah dari sungai itu masih ku ingat,redup mata anak kecil rohingya
masih lekat dalam ingatan,dan sejuk kaku tangannya yang penuh
pengharapan masih hangat dalam fikiran..aku malu..kerana meraikan
kemenangan sedang masih ada mereka yang lemah dalam penindasan.
Bumi arakan, Muslim rohingya.. demi tuhan kami sebenarnya turut berjuang.maaf..walau mungkin hanya dengan pena, semoga burung kecil ini dapat membantu memadam api kesengsaraan , dengan bertintakan keinsafan,kami coretkan deritamu atas helain kebenaran.. semoga lahirnya lebih ramai pejuang untuk membantu umat islam.
No comments:
Post a Comment