"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Wednesday, August 22, 2012

Aku mahu menjadi Aku

Dia tanya, "Apa yang kamu minat?"

Saya jawab,"Sejarah"

Dia tanya lagi,"Oh, apa cita-cita kamu? Guru sejarah ea?"

Saya akan jawab,"Cita-cita saya nak jadi tukang masak kut.Saya pun nak jadi pengembala haiwan ternak."

Dia mungkin kata, "Kamu gila ke? tak match apa yang kamu minat."

Ya.Memang saya gila.
Kalau saya mahu menjadi sesuatu yang tidak berkait dengan apa yang saya pelajari di sekolah.Menjadikan saya gila.Baiklah.

Tapi saya akan tetap menjawab, "Saya percaya apa yang saya buat."

Saya selalu percaya bahawa kita boleh pelajari apa saja yang kita suka.Dan kita boleh menjadi apa yang kita ingin jadi.My passion is towards about history.Tapi mereka sering mempersoalkan pekerjaan berdasarkan minat saya terhadap sejarah.Kata mereka kerja susah nak dapat dalam moden sekarang ini.Dunia mahukan sains dan teknologi.

Mereka sering kata, "Kamu mesti straight A, Naim ..Baru hidup kamu senang dan hidup dalam great future. Ok, sejauh mana great future itu? Sebagai hamba hutang atau robot?

Saya percaya bahawa rezeki itu dari tuhan.Bukan dari sijil-sijil dan bukan dari pengetahuan yang saya miliki.Memang pengetahuan dan kemahiran itu membantu menjadi asas pekerjaan.Tapi ia bukan penentu banyak mana rezeki saya.Kalau kita jadi bisnesman, tiba-tiba lingkup macam mana? Nak salahkan kemahiran yang kita ada? :D .. 

Jika ini terjadi,maka kita harus ingat.Allah telah pun menetapkan rezeki kita.Cuma kita perlu usaha untuk mengambilnya.Buatlah apa-apa cara sekalipun asalkan halal.Air telah tersedia dalam cawan.Tapi air itu tidak akan masuk ke perut tanpa kita usaha untuk menyuapkan ke mulut.





Percayalah.Kita tidak ke mana kalau setakat perjuangkan nilai A dalam peperiksaan sahaja.Kita akan masih kekal lagi dalam 'kotak' ciptaan orang lain..Kita tidak akan ke mana-mana.Dunia hari ini perlukan nilai murni dan jati diri untuk digelar pemenang ..

Pendidikan itu adalah bertujuan untuk membentuk individu berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.Bukan untuk diniagakan.Itulah realiti terjadi dalam dunia hari ini termasuk negara kita sedniri.Menjadikan IQ tidak mampu menjamin kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian negara.Malah masih mengekalkan kita dalam golongan mentaliti kelas ketiga.

Pernah dengar tak istilah "Rat Race''?
Satu istilah yang memberi maksud "never ending" ataupun "tiada kesudahan.".

Seperti seekor tikus yang berlari dalam roda, di dalam sangkarnya...Yang tiada matlamat untuk bebas...Hanya berlari dan penat.. Cuma dapat makan dan minum.. Dan hidup dalam ketakutan, bimbang disakiti oleh tuannya..!Dia hanya habiskan masa hidupnya dengan berlari dalam roda sahaja.

Analogi ini sama bagi kita.
go to school..get into college..get a good grade..get a good job..make boss happy...get a good retirement plan...and die quietly ?.. Boring.

Habis itu, mana tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah di muka Bumi? Dan apa pula peranan kita sebagai saudara kepada muslim yang lainnya dan apa khidmat kita mewarisi perjuangan Rasulullah s.a.w? Janganlah sampai suatu hari nanti, kita menoleh kebelakang dan merenung masa yang telah dibazirkan sepanjang kita hidup sambil berkata, "Alangkah ruginya masa mudaku dihabiskan sebagai manusia yang hidup sekadar hidup sahaja.''

Ramai antara kita berhenti percaya untuk menjadi apa yang kita impikan.Tapi saya memilih untuk menjadi apa saja yang saya impikan.I want to be a highly successful person.For myself and fisabilillah for my deen.Insyaallah..



 I asked a friend, ''What do you wanna do when you grew up?''
He answered , ''I'm not sure. I have not decide it yet.''

You better decide it immediately ! Before someone decided it for you.When that happened, you cannot be yourself anymore.


Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia ini dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. - surah Hud ayat 15 dan 16

1 comment:

  1. artikel ni aku kurang bersetuju. =') tapi tak bermakna aku menolak mentah-mentah. Kadang-kadang A dari SPM itu membantu kita dalam menyampaikan lagi dakwah kita kepada orang lain, Jika kita mendapat kejayaan, itu boleh dijadikan contoh bahawa kita orang yang berusaha, menunjukkan kita seorang yang "cakap dan amal". Tetapi bagi yang terlalu mengejar kedunian itu lain lah. =')
    Mafhum Hadith-:
    perbezaan pendapat itu satu rahmat bagi Umatku.

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...