"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Sunday, August 19, 2012

Bermaafan Sajalah ..

"Eleh, nak raya baru nak minta maaf. Nanti gaduh balik. Baik tak payah salam. Ceh.."

Adakala kata-kata begini sangat tipikal dari pemikiran yang dangkal..Dah tu, kalau tangan kotor tak payah basuh lah. Biarkan sahaja terus kotor. Nanti kotor lagi. 

Perlu kah kita fikir macam tu? :)

Memang, diakui. Barangkali kita selalu gaduh. Kita mungkin tidak bersependapat. Terkadang ia menimbulkan rasa tidak puas hati sesama saudara. Kita lebih mudah mengkritik antara satu sama lain. Apa yang dilakukan orang lain serba tidak kena. Padahal kadang-kadang itu kita serupa saja. Adapaun kita pula dikritik atas kesalahan dan kesilapan yang telah kita lakukan.

Barang diingat. Ketika kita saling mengkritik atau membangkang antara satu sama lain. Bukanlah bermakna kita harus cenderung untuk bermusuh. Dalam teguran itu, kita boleh jadikan satu cara untuk merenung diri. Apa yang belum cukup. Apa yang belum sempurna. Kritikan mampu memberikan kesedaran buat diri kita sendiri untuk mencapai kesempurnaan.

Misalnya ada rakan kita menegur, " baju kau kotor lepas bersandar pada dinding itu..", lalu dia minta kita bersihkan baju kita itu. Sebenarnya, itu merupakan satu bentuk kritikan. Kemudian kita menyambutnya dengan baik, bukankah akan berlaku kesempurnaan?

 Jadi, kritikan itu sememangnya diperlukan.

Adakala, dalam teguran itu pasti terdapat kata-kata yang membuat kita terasa tidak senang hati. Lalu kita merasakan perlu untuk berselisih. Bersangka baik sajalah, mungkin dia tidak faham apa yang kita fikirkan. Mungkin dia tidak selesa akan apa yang kita lakukan. Cuma barangkali pengucapannya yang tidak kena. Tapi niatnya itu sememangnya untuk menyempurnakan kita. Oleh itu, bermaafanlah caranya. Bukanlah asyik saling bermasam muka.

"Tapi aku malu lah nak minta maaf. Biar dia dulu lah hulur tangan. Nanti aku sambut. Aku okey je."

Tidak perlu malu untuk minta maaf. Berapa besar dosa kita sekalipun sesama manusia. Itu kan mulia.. Bermaafan sajalah. Hoi kawan, sifat ego tidak ke mana .. Hanya skuter ego je ke mana-mana .. hehe. Kalau malu sangat-sangat. Try lah tegur kat FB, nanti okeylah tu. Buat-buat tak tahu je kesalahan dia dulu. Moga berjaya! Insyaallah.

Jadilah seorang hamba yang suka memaafkan orang lain dan jadilah seorang yang sentiasa ringan untuk meminta maaf. Ya, kau boleh marah aku selama mana kau mahu. Aku juga benarkan kau marahkan aku berkali-kali. Dengan syarat, aku berharap kau memaafkan aku dan kita berbaik kemudian hari. Jika tidak, jangan berkenalan adalah lebih baik. Kerana, kita tidak akan menemukan manusia yang sempurna seperi nabi-nabi.

Hulurkan salam, nescaya aku akan menyambutnya. Ku hulurkan salam, sambutlah tanganku. Itukan Allah suka. Moga terhapuslah dosa sesama kita. ;)



 Ibnu Abbas berkata:
 "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang mukmin 
itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka,
 kedua-dua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."

Bermaafan Sajalah .. :)

1 comment:

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...