Menyelesaikan masalah itu dengan berfikir.Kita yang sedang berfikir
boleh bagitahu orang lain tentang apa yang kita fikir.Moga orang lain akan
fikir tentang apa yang kita fikir.Maka akan bersama-sama berfikir.Tak
kira berapa result SPM atau Pointer yang kita dapat.Itu bukan
penanda mahupun penghalang untuk kita berfikir.
Kenapa orang yang dapat result yang tidak berapa baik perlu rasa rendah diri dan merasakan mereka kita tidak layak untuk berfikir? Dan yang hanya layak menjadi orang berfikiran itu adalah yang berjaya kutip banyak A saja?Bagi saya, banyak dapat kutip A pun bukanlah penanda aras seseorang itu bijakpandai.Cuma ia adalah satu tiket dapat menguasai suatu bidang.Dan orang yang gagal sekalipun, bukanlah seharusnya dideskriminasi selamanya.Kerana kadang-kadang orang gagal mungkin akan bangkit.
Anugerah kecerdikan bukan setakat untuk buat busana.Bina bangunan itu
bangunan ini.Membeli kereta besar,rumah besar dan pangkat besar untuk
mengejar mulia dari orang lain.Kecerdikan itu adalah anugerah tuhan.Jadi, kalaulah kita rasakan kita berada dalam golongan cerdik.Silalah bagi sumbangan untuk agama tuhan.Saya pun tidaklah cerdik,tapi
berusaha untuk itu.
Kalau kita setakat pandai kutip A untuk exam dengan bahan-bahan ilmiah, kemudian campak buku selepas exam tamat.Baik kita tanya diri, "Untuk apa belajar selama ini?".Adakah setakat tunggu result universiti mana nak masuk dan pilih bidang untuk target pekerjaan? Kalau itu yang kita fikirkan.Kita bukan pandai tapi hanya berjayalah sebagai seorang 'robot'.Kalau kita gagal hari ini, dan dideskriminasi adakah patut terus biarkan diri dideskriminasi dan hanya mengadu nasib sahaja, "Hai, apa nasib aku dah memang dilahirkan bodoh".Adalah bodoh jika kita yang berfikir sedemikian.Kamu bukan bodoh tapi malas.
Sedarlah kita bukan hamba autokrat Sparta mahu dideskriminasi segala.Yang gagah dijadikan tentera dan yang lemah dijadikan hamba atau helot.Kita manusia hamba Allah, yang diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaNya.Apa guna pandai kalau tudung pun tak pakai.Belajar tinggi-tinggi tapi pakai baju macam tak pakai baju.Bebas bergaul lelaki perempuan.Kadang-kadang buang anak, macam buang tisu.Untuk apa kamu sekolah kalau setakat ini yang kamu dapat dan kamu buat.Pandai sangatlah tu? Nah, inilah dia kepercayaan bahawa ketamadunan itu berlaku atas sebab material.
Sedih.hari ini kita dihentam ideologi demi ideologi oleh orang-orang yang berfikir dari Barat.Sedangkan kita dikurniakan akal yang sama tetapi diberi wahyu sebagai petunjuk tidak mahu guna.Yang tahu cumalah, teruskan hidup dalam utopia orang lain.Mereka yang pandai hanya akan dipergunakan mempertahankan sistem yang sedia ada dengan kepandaiannya itu, bukan mengubah sistem.Manakala yang gagal selama ini meneruskan hidup sebagai golongan berkasta rendah dalam sistem sedia ada ini.
Marilah kawan.kita fikir untuk cari jalan keluar dari penjara ciptaan Orientalis ini.Kita bukan hamba mereka tetapi hamba tuhan.Sampai bila kita perlu menjadi kuli sistem-sistem? Tidak kiralah sistem Kapitalis,Sosialis,Komunis dan apa-apa saja lagi.Kita akan terus terperangkap dalam lingkungan perjuangan material sahaja.Sedangkan kita sebagai Islam percaya,dunia adalah medan ujian, bukanlah tempat memenuhi hawa nafsu.Ketamadunan kita hanya akan dicapai dengan tingginya takwa kepada Allah, bukanlah kebendaan.So, mengapa kita harus ikut ideologi orang lain demi menjaga kebendaan kita semata-mata ? Walaupun Sosialis itu tampak lebih baik dari Kapitalis kerana sifat kesamarataannya.Tiada satu pun keadilan dan kesamarataan dapat menandingi Islam.
Hakikat inilah membuktikan kita masih lagi terjajah.Kita dikolonisasi dengan fahaman kebendaan, tidak lagi dengan peperangan atau penaklukan.Jangan sangka kita sudah merdeka, andai minda masih terkongkong dalam lingkungan ciptaan manusia.Jika kita tidak berusaha untuk melepaskan diri dan membiarkan diri ditakuk lama sampai bila-bila kita tidak akan merdeka.
Ketika kita bebas untuk berfikir dan memberitahu orang lain apa yang kita fikir.Kita juga haruslah bebas untuk dikritik.Kerana apa yang kita fikir itu dirasakan baik, belum tentu ia baik.Itulah sebabnya kita bebas untuk menyatakan apa yang kita fikir, untuk dinilai.Supaya apa yang kita fikirkan itu tidaklah syok sendiri atau perasan bagus.
Untuk hidup sebagai seorang berfikir, bukanlah setakat menunggu sumpahan.Perubahan tidak berlaku dengan menantikan sumpahan semata-mata melainkan usaha.Dan usaha yang terbaik untuk pandai adalah belajar.Membaca adalah satu alat yang murah untuk belajar.Bacalah kawan, kenapa malas?
Idea-idea dari orang Islam banyak juga, tapi idea-idea ini tidak berjalan kerana tiada pembaca.Bahkan dengan sisipan dalil dari al-Qur'an dan hadis pada tulisan mereka.Cuma kita tidak mahu memanfaatkan.Saya tertarik dengan kata-kata seorang kawan di Facebook,"Aku nampak buku adalah revolusi panjang.Buku akan meneruskan revolusi
sekalipun revolusioner itu telah mati dipancung ataupun digantung."
Ayuh kawan,
Kita bangkit melawan budaya pembodohan. A. Samad Said juga pernah pesan, " Ada antara kita selesa jadi golongan 'carma' atau cari makan, sedia untuk tidak bersikap. Inilah sebab segala kemungkaran terus membesar."
Semua orang ada peranan.Ada orang mahu jadi doktor.Ada orang mahu jadi guru.Ada orang mahu jadi ahli falsafah,revolusioner mahupun politikus.Buatlah apa-apa saja demi bangsa dan agama mu.Moga merdeka kita dalam medan Ghazwatul Fikri.
Untuk menulis, bukan itu bidangku.Tapi aku ke sekolah belajar
menulis.Jadi inilah alasan aku untuk terus menulis.Walaupun merepek.Kalau salah tegur
sajalah..
Bukan tanya aku .. "Buat apa kau menulis jika bukan bidangmu?"
..
No comments:
Post a Comment