Saya lebih suka awek yang terbiasa bercakap mengenai idea, berbanding awek yang suka habiskan masa dengan perkara sia-sia duk naik fixie tak tentu masa, K-pop tak habis-habis dan update fesyen-fesyen.Apa ke benda semua tu.
Saya lebih suka awek-awek yang selalu post mengenai politik atau isu-isu semasa dalam Facebook berbanding awek-awek yang buang tenaga taip status luah perasaan yang tidak wujud.Ini membuktikan masih ada awek-awek yang cukup intelek dan tahu memanfaatkan alternatif dan nikmat teknologi yang dimiliki.Dan cukup terbukti masih ada awek-awek tidak menelan cerita dan penipuan dari media.Tak kiralah haluan mana mereka pilih untuk terlibat samaada pro-demokrasi mahupun Hizbut Tahrir.
Dalam perjuangan membangkitkan kembali daulah Islam,semua orang ada peranan termasuk awek(belia wanita).Maka kerana itulah wujudnya istilah mujahidah.Awek-awek zaman sekarang tak perlu lagi dinilai dari segi berapa banyak subjek yang dia dapat kuasai.Bagi saya, mereka tetap bijak seandainya cuba melepaskan diri dari terbelenggu serangan pemikiran diketika manusia sibuk mengubah tabiat baru.
Saat manusia -manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah berjalan tersesat.Awek pavilion sibuk cari baju ketat.Pilih skirt mini sekerat.Awek dan idea tetap ada pada saat ini.Bebas dari hedonis.Bebas dari penjara diri.Bebas dari picisan retorik cinta palsu. Merekalah mujahidah.
Nak pilih yang mana ea? hehe.. gurau jaa .Kan bagus kalau semua awek macam ni.
Muslimah yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celahan kaca.
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celahan kaca.
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Yakinlah bahawa golongan kamu juga ada peranan membangkitkan kedaulatan ummah.Buatlah apa yang kamu mampu, itu lebih baik daripada menangis depan TV.
No comments:
Post a Comment