Ketika Syaaban bersiap untuk menutup tirainya.Ramadhan sedang dinantikan umat Islam.Kata Syaaban, "Lihatlah wahai Ramadhan, umat Islam sedang menantimu.Mereka begitu gembira sekali dan mereka melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan mu".Ramadhan sungguh teruja kerana dirinya dinanti-nantikan.Mengucapkan selamat tinggal kepada Syaaban sambil membawa masuk beberapa bagasinya. Terdapat beberapa bagasi yang saiznya berlainan.Dari yang paling besar hingga yang terkecil.Dalam bagasi tersebut, terdapat hadiah yang perlu diberikan kepada umat Islam.
Pada 1 Ramadhan, Ramadhan membuka bagasi yang paling kecil.dan mengagihkan isi-isi dari bagasinya itu kepada umat Islam.Ternyata benar kata Syaaban, umat Islam amat menyukai Ramadhan.Mereka berpusuan ke masjid untuk mengambil isi-isi bagasi yang diagihkan oleh Ramadhan itu.Hari seterusnya, Ramadhan membuka bagasinya yang lebih besar sedikit.Hari tersebut seperti hari yang lalu, umat Islam berebut-rebut untuk mengambilnya.Selama seminggu perkara ini berterusan.
Setelah seminggu berlalu, Ramadhan kelihatan rungsing.Seperti ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada Ramadhan.Bagasi yang perlu dibuka waktu ini jauh lebih besar dari bagasi yang dibuka pada minggu yang lalu.Ramadhan bertanyakan dirinya sendiri, "mengapa umat Islam semakin hari semakin tidak mahu apa yang ingin aku agihkan?Padahal aku akan memberi sesuatu yang luar biasa nanti.Lailatul Qadr,hadiah ini amat besar sekali.Yang belum pernah diberikan oleh bulan-bulan yang lain".
Sampai masa yang sepatutnya, Ramadhan mengagihkan hadiah berbentuk Lailatul Qadr itu kepada segelintir sahaja umat Islam.Kerana hanya segelintir ini sahaja yang benar-benar mahukan hadiah itu.
Hari berganti hari.Hari-hari terakhir ini amat menyedihkan Ramadhan.Umat Islam asyik bercakap mengenai Syawal sahaja.Ramadhan agak cemburu sambil mengagihkan hadiah dari bagasinya itu kepada beberapa umat Islam yang benar-benar menyukainya sahaja.
Ketika Syawal mengetuk pintu, Ramadhan terus memberitahu, "Syawal! umat Islam sedang menanti kamu.Pergilah dapatkan mereka.Moga kamu bahagia bersama mereka".Ramadhan pun berlalu pergi dengan hiba.Tanpa diingati lagi oleh umat Islam, kecuali beberapa orang sahaja menangisi pemergiannya.
Tetapi mengapa kita hanya mempunyai semangat itu hanya pada permulaan Ramadhan sahaja? Sedangkan Rasulullah s.a.w telah berpesan, "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan. Awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka".
Tanyalah pada diri adakah benar kita berniat untuk bersungguh-sungguh menyambut Ramadhan kali ini? Cuba bayangkan kalau keadaan ini berterusan, adakah tidak indahnya Islam dipandang?
Justeru, marilah kita melakukan perubahan pada Ramadhan kali ini dengan melakukan ibadah dengan istiqamah.Moga 1 Syawal nanti kita akn menyambut hari kemenangan sebagai sebenar-benar seorang pemenang.
''Ramadhan. Awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah
keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka"
No comments:
Post a Comment