Aku merenung ke luar tingkat menikmati suasana perkarangan sekolah.Sambil menikmati sekeping coklat cloud 9.Yang menarik perhatianku kala itu adalah sebatang pokok yang sedang bertarung dengan angin yang bertiup samberono.Sang angin tidak puas mencabarnya.Berulang-ulang.Namun,pokok tetap masih teguh berdiri walau angin sekuat itu.
Dari situ aku dapat ilham alangkah bagus kalau manusia seteguh pokok.Dihentam dan dicabar sekuat mana sekalipun.Tapi ia masih lagi teguh berdiri.Apa yang hebat sangat kamu wahai pokok? Kamu cuma hidup dengan air, cahaya matahari dan cuma ada akar sahaja yang membuatmu kekal di situ.
Keteguhan.Memang perlu ada pada diri manusia.Lebih-lebih lagi untuk kita sebagai umat di akhir zaman.Aku berani katakan bahawa manusia yang ada sifat keteguhan mesti sifatnya sama seperti pokok tadi.Walau apa pun cabaran dan serangan yang diberi oleh musuh samada zahir mahupun pemikiran,dia masih lagi teguh dan tidak berubah pendiriaannya.Dan aku mula berfikir jika aku mahu menjadi seteguh pokok, adalah sama sahaja untuk menghasilkan sebatang pokok itu.
Benarkah?
Air
Pokok perlukan air untuk membantu pertumbuhan.Tanpa air pokok akan kering.Tidak bermaya dan mungkin juga akan mati.Aku rasa air itu boleh dianalogikan sebagai ilmu.Ya, manusia perlukan ilmu untuk hidup.Tanpa ilmu manusia sukar untuk menentukan arah tujuan.Mana mungkin akan jadi teguh.Cuba perhatikan dunia, kebebalan manusia adalah berpunca dari ketiadaan ilmu.Disuruh belajar malas.Kerana itulah selepas diindoktrinasi hiburan sedikit sahaja diri dan akal sudah mati.Belajarlah kawan, kenapa malas? Sampai tahap hari ini orang sebut Fekah pun tak tahu."Apa benda Fekah itu? Nama kuih kah?". Itulah akibat tanpa ilmu.Macam mana kamu mahu hidup kalau Fekah pun kamu tidak tahu.Macam mana nak beramal? Kawan,mana-mana pun boleh belajar.Bila-bila masa pun boleh belajar.Bukan setakat di universiti bukan setakat di sekolah sahaja.Bagi manusia ilmu itu ibarat air yang sentiasa diperlukan untuk membantu kehidupan.Kamu memang tidak pandai dan aku juga tidak pandai.Maka marilah kita sama-sama mencari ilmu untuk jadi pandai.
Cahaya Matahari.
Pokok memerlukan cahaya matahari.Tujuannya untuk membantu fotosintesis.Semakin persekitarannya terdedah dengan cahaya semakin berkesan proses fotosintesis.Cahaya matahari adalah untuk pokok, manakala manusia yang diperlukan dari persekitarannya adalah nilai murni.
Semakin manusia itu terdedah dengan persekitaran yang baik semakin diri manusia itu akan terpupuk sebagai manusia yang mulia.Bagaimana caranya untuk mendapatkan persekitaran yang ada nilai murni? Carilah bijakpandai dan ikut akhlak mereka.Berdampinglah bersama ulama dan nilai-nilai zuhud mereka.Usahlah berdalih, ikut artis tak mengapa pula.Hinggakan kita berani ikut apa cara yang mereka pakai, budaya dan cara hidup mereka.Untuk apa semua itu? Mereka tidak akan membuatmu teguh.Mengambil mereka sebagai idola sama saja sama seperti kamu membawa diri ke dalam kotak yang berlapis-lapis.Maka jauhlah dari sinar cahaya, jauhlah kamu dari nilai-nilai murni.
Adakalanya pokok itu perlu dicantas pada bahagian-bahagian yang rosak atau buruk supaya keburukan itu tidak merebak keseluruh pokok.Bermakna kita juga harus mencantas diri kita juga.Bukannya bermaksud potong kaki kita.hehe.Tapi cantaslah keburukan-keburukan sifat yang kita ada.Kadang-kadang kita satu sahaja sifat kita yang buruk akan memberikan kesan kepada seluruh jasad dan pemikiran.
Misalnya sombong.Kenapa pula ya? Kesombongan bukan setakat kita boleh jadi orang yang menunjuk-nunjuk kehebatan diri sahaja bahkan mampu menjauhkan diri kita kepada sifat keterbukaan.Maka kita sukarlah menerima kritikan orang lain seandainya kita melakukan kesalahan.Sama sahaja seperti pokok yang buruk dahannya, mana mungkin akan mampu menyerap cahaya matahari dengan baik.
Marilah jadi seteguh pokok.Dan berusaha menghasilkan diri seteguh pokok.Pokok dari tanah.Kita pun dari tanah.Memang Allah jadikan sesuatu perkara ada hikmahnya supaya kita berfikir.Bukan pokok sahaja,pandanglah apa sahaja yang baik dalam dunia dan anologi sahaja kepada kehidupan.Nescaya kamu akan tahu, Allah sentiasa bersama kamu ketika kamu sedang bermusafir di BumiNya.
sekian.Wallahua'lam.. :D

Akar
Pokok mempunyai akar untuk menjadikan ia terus kekal berdiri.Dan akar juga berfungsi untuk menjadi saluran utama untuk membawa air ke seluruh pokok.Akar bagi manusia adalah pendirian.Kita mesti fikir untuk apa kita hidup.Bagaimana nak fikir? Ha, di sinilah wujudnya peranan air, iaitu ilmu.Jika kita mendekati ilmu kita akan tahu bahawa Allah pernah berfirman,“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”, surah Adz –Dzariyat ayat 56.Maka akar kita pula memulakan peranan mengambil air ini untuk disalurkan ke dalam diri supaya bertumbuh dengan baik. Semoga kita kuat pendirian dengan adanya ilmu.
Cantas
Adakalanya pokok itu perlu dicantas pada bahagian-bahagian yang rosak atau buruk supaya keburukan itu tidak merebak keseluruh pokok.Bermakna kita juga harus mencantas diri kita juga.Bukannya bermaksud potong kaki kita.hehe.Tapi cantaslah keburukan-keburukan sifat yang kita ada.Kadang-kadang kita satu sahaja sifat kita yang buruk akan memberikan kesan kepada seluruh jasad dan pemikiran.
Misalnya sombong.Kenapa pula ya? Kesombongan bukan setakat kita boleh jadi orang yang menunjuk-nunjuk kehebatan diri sahaja bahkan mampu menjauhkan diri kita kepada sifat keterbukaan.Maka kita sukarlah menerima kritikan orang lain seandainya kita melakukan kesalahan.Sama sahaja seperti pokok yang buruk dahannya, mana mungkin akan mampu menyerap cahaya matahari dengan baik.
Marilah jadi seteguh pokok.Dan berusaha menghasilkan diri seteguh pokok.Pokok dari tanah.Kita pun dari tanah.Memang Allah jadikan sesuatu perkara ada hikmahnya supaya kita berfikir.Bukan pokok sahaja,pandanglah apa sahaja yang baik dalam dunia dan anologi sahaja kepada kehidupan.Nescaya kamu akan tahu, Allah sentiasa bersama kamu ketika kamu sedang bermusafir di BumiNya.
Jadilah sebagaimana pokok.Semoga teguhlah kita bersama.Menumbuhkan dedaun hijau dan rimbun agar kelak ramai yang akan berteduh.Jadilah sebagaimana pokok yang akan menghasilkan buah yang banyak supaya kelak mampu dimanfaat orang-orang disekeliling.Untuk menjadi teguh bukan mudah melainkan dengan usaha yang gigih.
sekian.Wallahua'lam.. :D
Begitu Mengujakan!!!!!
ReplyDeletewooooooow!!!!!
ReplyDelete