"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Saturday, June 30, 2012

Generasi terkurung, perlu keluar ..




Setujukah kalau kita dilabelkan sebagai generasi yang terkurung di bawah tempurung? Sudahlah di bawah tempurung ditekup pula dengan baldi.Setujukah jika orang menetapkan kita sebagai empunya mentaliti kelas ketiga walaupun infrastruktur kita mencapai kelas pertama?


Saya pelik kenapa manusia perlu sekolah dan cari A banyak-banyak kemudian ambik result untuk tentukan haluan seterusnya.Manusia diberi pilih untuk mengambil diploma,matrik atau terus sambung di tingkatan enam.Kalau tak puas hati, sambung pula degree.Lepas graduate, cari kerja kalau tak dapat padan muka.Yang mengalah awal pula dah tanam anggur belakang rumah.Dan ramai orang kata semua ini untuk menjaga ekonomi negara.Berbakti kepada negara besar pahalanya.Pahala bila tinggalkan ilmu akhirat untuk menjaga negara.

Walaupun saya sendiri buta ekonomi.Tapi saya dapat rasa ekonomi sekarang masih tak ke mana-mana.Inflasi lagi dan inflasi lagi.Harga barang semakin naik dan pengangguran sana-sini.Hutang negara pun semakin meningkat.Dan ada golongan masih lagi tidak mampu makan tiga kali sehari.Berbanding pula dengan orang yang terlebih makan hinggakan bertan-tan nasi dibazirkan dalam sehari.Ni cikgu geografi saya yang kata dulu.

Nak sambung belajar, manusia diberi pinjaman.Kalau nak belajar mesti berhutang.Sape nak tanggung yuran-yuran semua tu kan.Bila dapat kerja nanti, bayarlah balik.Bekerja pagi.Pulang malam.Rehat untuk mulakan perkara yang sama hari esok.Semata-mata untuk bayar hutang.Yelaa, nak hidup senang mesti berhutang.Berhutanglah sampai mati.Cukuplah indoktrinasi dan hasutan bahawa belajar akan dapat hidup senang.Apa makna kesenangan bila kita asyik fokus belajar semata-mata untuk mencari keperluan dunia dan meninggalkan terus ilmu agama.


Bila anak-anak muda sudah hilang jati diri, mereka menyalahkan pengaruh budaya kuning. Bila anak-anak muda runtuh moralnya mereka menyalahkan kurang didikan agama dari ibu bapa.Tak ada maknanya semua ni, kalau Islam mula ditolak tepi sedikit demi sedikit.Tak perlu salahkan pengetua,guru atau tukang kebun sekolah jika anak muda rosak.Salahkan mereka yang memperlekehkan sistem ilmu agama.Dan sebab itulah hari ini kita mampu tengok perempuan-perempuan atau muslimah berpendidikan tapi berani menayangkan aurat tanpa segan silu.Kalau betullah bapak-bapak menteri memang membela sahsiah generasi muda.Wajibkan wanita yakni muslimah memakai tudung serta menutup aurat dengan sempurna di Universiti.Insyaallah tidak berlaku aktiviti memberi kondom secara percuma untuk prevent gejala buang anak.


Ramai umat manusia terkurung walaupun mengaku diri banyak ilmu tapi masih terperangkap dalam serangan pemikiran.Tak kiralah yang berijazah atau berdoktor falsafah, jika tidak mahu berfikir dan mencari hakikatnya lebih teruk daripada orang memang tiada ilmu.Saya fokuskan kepada umat Islam yakni golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Kenapa kita bazirkan masa kita untuk belajar sekadar menjaga sistem yang sedia ada dan menjaga utopia orang lain? Kenapa kita tak wujudkan utopia sendiri untuk menaikkan kembali kegemilangan Islam?

Generasi sekarang terkurung lama hingga lupakan jati diri.Sekarang apalah sangat jati diri.Manusia zaman sekarang perlu berjuang menaikkan nama negara masing-masing untuk dilabel maju.Berpakaian cara barat barulah dikatakan moden. Barulah dikatakan up to date. You warnakan rambut I elok-elok.Bila dah blonde nanti ramailah lelaki nak ngorat I.Nah, bukti generasi yang selesa dikurung.Si lelaki pulak sampai tahap gaduh dalam Fecebook semata-mata awek rambut blonde.Malu, dah besar panjang tapi minda macam budak tadika.

Kecewa melihat bangsa kita terlalu mengagungkan barat sampai bercakap pun mesti bahasa Inggeris.Memanglah bagus bahasa Inggeris sebab menjadi bahasa dunia tapi setelah hegemoni barat berjaya menundukkan empayar Uthmaniah dulu.Tapi rasanya tak perlulah bahasa kita dianaktirikan.Sampai tahap nak baca terjemahan al-Qur'an pun bagi alasan bahasa Melayu dalam tu terbelit-belit.Kenapa nak memperlekehkan bahasa kita? Itukan identiti kita.Macam kalau pergi Thailand, papan tanda semua tulisan Siam. Pergi Jerman, semua tulisan Jerman. Barulah ada identiti.




Ayuhlah generasi yang terkurung, ayuh keluar dari pemikiran bawah tempurung. Insyaallah kita akan dapat menghayati hidup sebenar sebagai manusia dan melihat betapa luasnya langit. Modal atau aset paling berharga bagi sesebuah tamadun ialah generasi mudanya. Andai dikaji secara teliti, sesuatu gerakan revolusi samaada Revolusi Islam Di Iran bermula dengan gerakan pelajar. Usah dilupa, HAMAS juga lahir daripada gerakan pelajar. Jatuhnya Rejim Jeneral Soeharto juga akibat daripada kebangkitan Mahasiswa Indonesia.

Biarkan sistem pendidikan negara macam ni,yang dijaga oleh orang yang takut kepada generasi intelek dan semakin berilmu.Mana taknya rakyat pandai akan menjatuhkan kerajaan jika kerajaan itu sememangnya salah.

Jangan kita merelakan sistem ini membentuk diri kita.Biar kita suatu hari nanti berevolusi membentuk sistem dan membina utopia yang baru dengan bermodalkan wahyu.Pilihlah mana-mana haluan dengan niat bukan sekadar 'carma' atau cari makan semata-mata tapi belajar supaya pandai dan menjadi insan yang berakhlak.Buat apa belajar tinggi-tinggi tapi jadi hamba hutang kan? Ingatlah, selama ni pun Allah yang jadikan nasi dalam periuk itu masak. Usahlah, kerana sekeping sijil kita boleh berlaku syirik. Ayuh kita fikir untuk keluar dari tempurung lantas lawan bila tiba masanya.Dari sistem negara yang telah diperbaiki,dengan izin Allah akan mampu membina kembali empayar Khilafah yang baru.


We are the new generation  ...  We are not stupid .. 

Choose the right one ..



No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...