"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, June 8, 2012

Selamatkan Cinta



Dunia banyak cerita.
Cerita tentang cinta.
Stress kerana cinta
Mati kerana cinta.
Butakah cinta?

Mampus minum racun serangga,
Lompat-lompat dari gedung tinggi,
Kerana cinta.Cinta mana? 
Cinta rosak.

Dunia ada cerita,
Cerita tentang cinta,
Bikin filem cinta,
Mengarang lirik cinta,
Bernyanyi lagu cinta,
Telenovela cinta?
Ah, racun cinta!


Celaka,
Mahu kaya bilang cinta..
Mahu nama bilang cinta.
Puaskan nafsu bilang cinta
Perosak cinta.

Kata-kata cinta.
Ayat-ayat cinta
Retorik palsu mengebu-gebu
Menjual demi kepentingan nafsu.
Merosakkan cinta.

Ayuh kawan,
Kita kenal cinta,
Cinta bukan dibalik kata,
Yang indah didustai mata,
Cinta tidak buta,
Tapi ia indah sekali..



Ucaplah cinta,
Saudara menangis, engkau peduli?
Jiran kelaparan, engkau peduli?
Marhaen tertindas, engkau peduli?
Kapitalis merakus, engkau peduli?
Wanita diperguna, engkau peduli?
Luka mereka kita rasa
Itu Cinta!!

Ayuh kawan,
Kita kenal cinta,
Racun cinta itu doktrin benci,
Virus-virus penyakit hedonis,
Untuk misi sekularisasi,


Dunia ada cerita,
Cerita tentang cinta,
Mari kawan kenal cinta.
Kita selamatkan cinta!
Lahir manusia di kisah cinta..



2 comments:

  1. cinta merangkumi segala-galanya.

    ReplyDelete
  2. dan cinta yg hakiki itu, memelihara dan memulihara bukan memusnahkan dan merosakkan.
    :)

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...