"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Sunday, June 3, 2012

Aku Ingin Bebas!


Apa erti kebebasan jika mataku ditutup.Apa erti kebebasan jika jalanku dibendung.Apa erti kebebasan jika mulutku ditekup.Apa erti kebebasan jika tanganku dibawa tersangkut.


Jangan tutup seluruh mataku dengan tanganmu yang busuk lagi kotor itu.Menyelindung mataku dengan drama sandiwara buta lagi jumud dan beku.Aku bukan lembu dicucuk hidungnya,tapi manusia berfikiran dikurnia akal dari Tuhan untuk menilai mana yang benar mana yang salah..


Aku bukan buah dam atau pion catur yang bisa selalu boleh diatur-atur.Aku ingin bergerak berjalan melanggar tembok penindasan berkarat, jangan halang laluanku.Aku tidak mahu direkayasa lagi ditunjuk-tunjuk.Aku ingin berfikir bebas sebagai manusia yang cintakan ilmu.Aku ingin merdeka berfikir dan menanam generasi berfikiran.Jangan paksa dan suruh aku berfikir bukan untuk matlamat hidup dan matiku.





Beri aku kebebasan berkata benar menentang kezaliman.Kerana aku punya suara dipinjam dari Tuhan yang tidak zalim. Biarkan ku teriak lantang , untuk apa sumbat mulutku? Merelakan kezaliman?! Kezaliman tanpa noktah akhir, adakah engkau berperanan sebagai dakwat?


Biarkan aku melawan korupsi agar tiada lagi rakyat marhaen dijalanan dan pinggir kotaraya ditindas kapitalis sial bangsat.Yang kerjanya hanya tahu menunggu pitis-pitis dari penindasan.Jangan diikat tanganku, biarkan aku menentang birokrasi yang keparat itu dengan nukilan tinta mahupun menggenggam batu.Jika tidak, tangan ini pula bertindak menentangmu bertalu-talu.







Apa erti merdeka bagimu jika manusia kerjanya selalu memburu? Aku bukan anakmu mahu dirotan-rotan.Aku ingin merdeka dengan janji yang baru.Engkau dan aku hamba Tuhan.Bukan hamba manusia syaitan.Kita hamba Tuhan! Engkau dan aku perlu bebas. Bersama berlari mengibar bendera keamanan sehingga terhenti di jalan mati. 


Aku ingin bebas.Biarkan tanganku menulis tentang kebisuan manusia.Walau hodoh tertulis masih ada papan aksara mampu dimanfaatkan.Menulis mengejut manusia mabuk membiarkan anak saudaranya yang perawan dinodai anjing tunggangan manusia syaitan berhidung belang terkutuk.Pena dan papan aksara menjadi beduk.Pintu keamanan akan diketuk!  





Aku ingin bebas.Engkau perlu bebas.Aman kita di Bumi Tuhan.

Sama-sama bercinta.

Mimpi ku milik ku.Mimpi mu milik mu.






No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...