"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Monday, January 28, 2013

cuma mimpi

kau bergaun putih waktu itu. duduk di kerusi, berpaling ke kiri. sempat tersenyum. tidak lama pandanganku terhalang setelah itu. tapi kita tetap bersama. memiliki sebuah rumah, walaupun kecil. tapi kau tidak fikir tentang kemewahan waktu itu. kau juga rajin, sehingga terbawa cerita tentangmu di jalanan. sampaikan kawan-kawan turut mencemburui aku. 

tapi sayang. sakitnya setelah mengetahui itu cuma mimpi.

kalaulah mimpi itu berterusan. pasti sempat tumbuh suatu rasa dan harapan. yang menginginkan kau jua mencintai pengetahuan. hingga rumah kita dipenuhi buku-buku. walaupun aku cuma penyair di jalanan, kau tetap bersyukur dan langsung tidak merungut. pasrah bahawa rezeki itu kurniaan tuhan. malah kita bertambah gembira akan kehidupan. menghirup udara segar di rumah kita. berdansa dan jari-jari kita turut menari di atas kertas sambil melakar melodi.


cinta ini tak pernah bosan, kerana kita asyik di lapangan-lapangan revolusi. jika akulah sang revolusioner, kau lah nadi revolusi itu. jika aku berlagak menjadi ali, kau sering mengandaikan diri fatimah az zahra. ke depan dan bersuara mencari makna kehidupan. tidak sekadar puas membawa ajaran suci muhammad s.a.w dengan lantang. menyebar kecintaan pada seluruh manusia!

mampukah? atau itu cuma akan menjadi mimpi dalam mimpi? 

mimpi lalu mengajar aku mencari diri, seraya aku bertanya pada diri, "mampukah aku bersamamu suatu hari nanti?''.. aku biarkan saja persoalan, tidak mahu mencandukan pemikiranku terhadapmu tatkala aku sendiri tidak dapat memimpin diri sepenuhnya. walaupun cinta, tidak mahu aku sampaikan. kerana aku mahukan, kau kekal berharga. harga untuk ke syurga.

kau, aku kenal mata itu. sambil memakai gaun putih. kau masih hidup dalam realiti. seorang kecil, empunya mata berseri-seri.






1 comment:

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...