"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Saturday, January 26, 2013

awek comel dieksploitasi



awek-awek comel selalu dieksploitasi. kerana kecomelan adalah satu tarikan. dan sememangnya fitrah manusia sukakan sesuatu yang menarik.tapi malangnya ia dipergunakan oleh orang-orang tamak dan mereka yang lebih mementingkan nafsu sang perut. lalu mereka ini menggantikan kualiti dengan kuantiti, bakat diganti dengan rupa dan akhirnya dapat menukarkan cinta menjadi nafsu.

kadang-kadang, faktor kepada mengeksploitasian ini adalah awek itu sendiri. mereka gunakan kurniaan dipinjamkan itu menjadi femes dan disukai ramai. belum masuk tv pun, facebook dijadikan medium untuk memperaga diri. setelah dapat masuk tv, facebook digunakan lagi untuk mendapatkan pengaruh. tanpa dia fikir siapa yang mengaut untung diketika rupanya mula terpapar pada kaca tv. tanpa dia fikir dirinya dieksploitasi.

dalam waktu yang sama, setelah mempunyai banyak pengaruh itu. terkenal dan ternama. lalu setiap perilakunya yang diupload ke laman-laman sosial mula dikasi ''Like'' .. dalam 4000 orang yang ''Like'' itu.. kalau tak percaya pergilah kaji sendiri, benar atau tidak bahawa memang lebih 50% mereka yang menekan butang ''Like'' itu mempunyai cita-cita yang sama seperti awek comel yang dieksplotasi itu. maka ketawa berdekah-dekahlah kaum kapitalis yang membela nafsu sang perut. --



belum cukup itu. wanita turut dipergunakan untuk melariskan produk. mana-mana firma kosmetik atau apa-apa lagi barangan[termasuk tudung mengarut dan tak cukup syarat dilabel islam], awek comel lah yang akan dipelawa menjadi duta. akhirnya, ia memberi tarikan kpd masyarakat khasnya awek-awek juga. maka, awek-awek ini akan membeli produk kosmetik dengan harapan akan jadi comel seperti duta itu juga. maka berdekah-dekahlah lagi penternak nafsu sang perut itu. mereka dapat untung dengan mempergunakan wanita. malah keuntungan itu juga untuk memuaskan nafsu perutnya untuk membayar harga seorang wanita. tidak secara paksa. tapi wang yang dimiliki hasil mengeksploitasi wanita itu juga telah dipergunakan untuk menarik perhatian wanita.

saya ambil satu contoh, saya kira contoh ini lebih mudah untuk difahami lantaran ia dikenali dan diminati ramai. apakah sebab sebenar yang betul-betul memikat hati para peminat k-pop? kalau kita lihat di mana-mana pun, tarian sentiasa menjadi perhatian ramai. bahkan digila-gilakan. tidak lain, mestilah ia memiliki sifat-sifat yang menarik. baik rupa mahupun bakatnya k-pop seolah-olah mendominasi fikiran remaja saat ini berbanding rangkaian-rangkaian hedonisme yang lain. saya yakin, seoang fanatik k-pop yang jujur itu akan mengakui bahawa majoriti artis-artis hedonis ini telah melakukan pembedahan atas wajah mereka, menegang kulit,membuat pembedahan menampal implan payudara dan lain-lain lagi. pernahkah anda terfikir, mengapa mereka sanggup menukar diri mereka untuk lebih menjadi menarik dengan cara sedemikian? semesti tujuannya itu untuk mendapatkan pengaruh. lantas, pengaruh itulah yang akan disunting oleh kaum-kaum borjuis kapitalis untuk menjadi duta produk mereka. mereka menyediakan wang kepada wanita itu, lalu wanita itu berminat kepada syarikat produksi sambil ia menjual dirinya pada iklan-iklan. maka iklan-iklan itulah yang akan mempengaruhi citarasa pengguna.
 


kemudian, media-media milik kapitalis itu juga akan memanfaatkan sesuatu yang baru itu, lalu ia memainkan peranannya menyebarkan ke mana-mana sahaja sambil keuntungan itu jatuh ke tangannya. akhirnya, ramailah wanita-wanita termasuk muslimah itu sendiri dihadapkan dengan culture yang sadis, misalnya menjadi hedonis dan mindanya ke arah materialisme. selain itu, perkara ini juga dapat menyumbangkan kepada peningkatan jenayah dan penganiayaan terhadap wanita. elemen-elemen mengghairahkan turut dimasukkan dalam aktiviti pengeksplotasi terhadap wanita ini. maka ia memberi kesan berlaku kes-kes penculikan, rogol, mencabul mahupun dijadikan hamba nafsu oleh mereka yang tidak dapat menahan lagi nafsu. 
 

sistem hari ini cukup membuat penyiksaan terhadap wanita. seringkali saya melihat keluh kesah wanita yang menjadi mangsa itu sukar untuk melarikan diri atas pengeksplotasian ini.namun, terdapat juga wanita yang terpaksa untuk terjebak dengan perkara ini. tapi, permasalahan menjadikan wanita itu diheret keterpaksaan adalah tumbuh dari sistem yang mementingkan keuntungan juga. saya tidak mempunyai cadangan lain, melainkan mengatakan muslimah sepatutnya lebih memiliki sifat malu,sopan,tidak tamak dan tegas yang akan membentuk sifat keibuannya yang lebih sempurna. penting untuk mendidik dan mentarbiyah jiwa-jiwa yang akan lahir melaluinya nanti. jadi, muslimah itu perlu sedar bahawa dalam sistem ekonomi dan sosial yang memiliki hegemoni saat ini sedang mengeksploitasi mereka. sedang mempergunakan mereka dalam mencari kekayaan.  



kadang-kadang, saya juga terfikir, musuh tak perlu pun menghantar peluru untuk menghabiskan riwayat seorang muslimah semuanya. tidak perlu menghantar lelaki-lelaki bengis dari kurungan untuk merosakkannya. tidak dengan virus dan vaksin untuk merosakkan sistem biologi tubuhnya. tapi musuh cuma menggunakan sifat dalam kewanitaan yang ada pada muslimah itu sendiri sambil menggabungkan elemen yang muflis nilai ukhrawi.ketika kita sibuk membelah laut dan padang pasir untuk bersolidariti kepada muslimah-muslimah yang tertindas. jangan dilupa, perjuangan juga patut disini, melawan penindasan yang masih bertubi-tubi pada muslimah di sekeliling kita.



so, awek-awek comel itu sendiri perlu main peranan juga. perlu lebih banyak membaca, mengenal sosial, ekonomi dan lawan membela nasibmu sendiri!



1 comment:

  1. Agree..apabila kecomelan menjadi ukuran..kecomelan dalaman ditidakkan.

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...