"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, October 5, 2012

Retorika Romantis-Islami

Kalau dulu kita boleh tengok fenomena orang luah perasaan kat Facebook.Saya memang setuju apabila ustaz-ustaz cakap perkara macam ini buang masa.Sekarang dah ada fenomena baru pula.Kita boleh dapati wall remaja sekarang yang selalu post-post berbentuk ala-nasihat menggunakan ayat romantis, cinta,hati dan perasaan.Tak terkecuali juga ayat-ayat romantis dan cinta yang lebih nampak Islamik.Katanya nak berdakwah dekat Facebook.Sebab ada ulama kata jihad berdakwah dekat Facebook.

Tapi betul ke nak berdakwah? 



Si lelaki menulis pasal muslimah.Bagi nasihat-nasihat yang baik untuk muslimah.Baguslah tu.Tapi kadang-kadang yang tak tahan selit sikit nak jadi Imam untuk wanita solehah,nak cari bidadari, rusuk kiri, tulang kipas dan semua-semua tu.Begitu juga dengan Si Perempuan tulis pula pasal lelaki.Nak cari Imam, pembimbing dekat dunia, ustaz personal dan sebagainya.Peliknya lelaki tersebut tak tulis pula pasal lelaki.Si perempuan itu pun jarang juga nak tulis pasal perempuan.

Kalau yang lelaki mesti seronok kalau ada muslimah Dp tudung labuh like status kita kan? Kalau yang muslimah pula mesti seronok kalau ada lelaki komen-komen sweet tanda setuju.Lagilah tak terkata kalau lelaki tu bagi komen,"Inilah ciri-ciri isteri solehah".. lagi gila lah kalau dapat mesej ,'' Saya nak ke syurga bersama awak. ''


Hewhew, Seronoknya!
Mandi tak basahlah kamu. 

  
Ditegaskan, jangan tertipu dengan perkataan-perkataan berbaur Islamik kalau caranya saja sudah tidak menepati apa yang Islam ajar.Bukan cinta Islamik jika ita sendiri sedang menggerakkan diri kepada dosa.Kalau terus-menerus post pasal semua ini dalam Facebook, ini bukan dakwah.Malah kita ini seperti merosakkan perkataan dakwah itu sendiri.

Kita sibuk 'berdakwah' macam ini tapi Imam dekat masjid atau surau 5 waktu itu pun kita tak sibuk nak dekat.Imam yang ada dekat masjid itu kita tak nak pula follow jadi makmum.Kita tak nak pula prepare untuk ganti Iman itu nanti.Hah, nak nafilah tu.Mana boleh jadi kalau 2 minit sekali ada post baru.

Tak salah nak post ayat romantis-islami sekali sekala.Dengan syarat bukanlah sampai lagha dengan setiap kali mengulang benda-benda sama, dan mengitar benda-benda lama.Memanglah ibadah yang baik itu dilakukan secara istiqamah.Tapi kalau post romantis-islami ini berterusan kesannya lebih kepada sia-sia.Sebab motif kita hidup bukan nak mencari cinta semata-mata melainkan ada lagi tanggungjawab yang lain perlu kita buat.

Seterusnya,ada orang sangka dengan komen-komen romantis-Islami di ruang komen status perempuan atau lelaki yang dia suka, tetapi belum diikat dengan ikatan yang sah akan menjadikan hubungan mereka itu Islamik.

Islamik? Kalau kamu mahukan perhubungan yang islamik.Bukan dengan setakat buat kata-kata romantis-islami itu dan ini.Tapi zahirkan, misalnya mula-mula sekali mencintai diri kamu sendiri dan mengelak kongsi dosa dengan orang lain.Lebih tepat lagi tak perlu buat ayat retorik yang menjurus kepada maksiat.



 Ok. Saya nak cadangkan, apa kata lepas ini kita tukar ayat romantis-islami ini kepada post yang lebih bermanfaat? Misalnya kongsi fakta-fakta sejarah,sains,ekonomi ataupun cetusan idea yang lebih bernas.Bagi saya, apa yang saya cadangkan ini jarang orang ambil peduli, lebih-lebih lagi ekonomi dan sejarah.Sedangkan dalam bidang ini,kita masih jauh ketinggalan.Saya suka kutip apa-apa info dari buku kemudian tulis dalam Facebook.Masyarakat sekarang lebih suka ber-Facebook dan jarang baca buku.Jadi, daripada kita asyik post retorik romantis-islami, lebih baik kita gerakkan isi-isi buku ke Facebook.Hasilnya masyarakat kita juga makin berilmu.

Kalau anda terasa dengan apa yang saya kata, saya mohon maaf. Saya tahu ramai pembaca blog ini suka post-post ayat romantis-islami.Macam saya kata tadi, tak salah post tapi jaga kuntitinya sebab ia akan mengganggu tanggungjawab kita yang lain.Mahu ke syurga bukan dibuktikan dengan lafaz kata-kata, tetapi ia dibuktikan dengan tindakan kita.Tak ada gunanya lafaz yang indah-indah kalau kita buat pun macam lain.

Tunggu jela kahwin nanti.Nak berbunga,bidadari atau nak jadi rusuk atau tulang apa sekalipun dekat suami isteri, tak salah.Malah dapat pahala..

Sekian dari Musafir Hairan.. :) ~

 

''Naim kenal tak Abang Z, dia suka post-post
pasal romantis-islami tau.Mesti dia ni baik kan? Mesti macam ustaz kan?"

Eh,sekarang ni 'buaya' pun boleh jadi Pak Ustaz tau..  :D



3 comments:

  1. memang betul apa yang musafir hairan katakan

    ReplyDelete
  2. wannabe miss know everythings. think out of the box. anti romantis-islamik :)this INTRIGUING! keep up bro

    ReplyDelete

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...