"Aku tak Mulia. Kau pun tak Mulia. KetidakMulianmu menjadi pelengkap ketidakMulianku , hingga kita akan Mulia , meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha Mulia , yang berhak menilai keMuliaan kita."


Friday, October 12, 2012

Kerana Kau,Dia dan Aku berbeza




Kau, dia dan aku 
Sama-sama berada di pantai.Ada langit,pasir,awan dan air .. Kau, dia dan aku tidak semestinya melihat pada titik yang sama kerana pantai itu luas ..Kau mungkin mahu memandang langit, dia mahu menikmati alam dengan hanya menutup mata dan aku mahu melihat air.. 

Tapi adakah patut aku memarahi kau dan dia kerana tidak melihat pada titik yang aku lihat? Patutkah aku menyesatkan kau dan dia kerana pandangan kita berbeza?

Tidak! 
Kita datang bersama ke sini.Kita di pantai yang sama.Diciptakan oleh tuhan yang sama.Kau, dia dan aku patut saling berkongsi apa yang kita rasa.Sepatutnya kau memberitahu dia,aku tentang langit yang kau lihat.Memberitahu dia yang menutup mata itu indahnya alam dan aku sepatutnya memberitahu kau dan dia tentang air itu.

Kau, dia dan aku.
Kerana pandangan kita berbeza.Kita tidak perlu saling menyalahkan.Kerana harus akur, tentang kuasa Allah yang mampu menjadikan kita berbeza.Kerana pandangan kita sahaja yang berbeza, mengapa perlu aku menganggap dia dan kau sebagai orang asing? Sepatutnya kita saling berkongsi untuk sama merasai.Lantas, itu sepatutnya menjadikan kita lebih rapat.Hebat kuasa Allah, bukan?

Kerana Kau, Dia dan Aku berbeza. Inilah rahmat.Menjadikan kita berbeza itu rahmat.Akhirnya telah mewujudkan dunia ini lestari.Berbeza rasa,pendapat,buah fikir,pandangan dan cita rasa. Segalanya warna-warni, seperti pantai ini.


Kerana kita berbeza.Kita perlu saling menyalahkan.Kerana perbezaan itu, sepatutnya menjadikan kita lebih bersahabat..



No comments:

Post a Comment

Bacalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...