Musim exam, mesti ramai yang terkena demam exam.Bersengkang mata sampai lewat malam.Tak ada guna juga berjaga sepanjang malam yang akan membuatkan kita mengantuk dalam kelas keesokan hari.Memudaratkan diri,bukan cara belajar yang bijak.Bagi saya, kita tak perlu mencelikkan mata sepanjang malam untuk berjaya.Kita cuma perlu kekal sedar pada siangnya.
Barangkali kerana kerap fikirkan kegagalan.Kita memaksa diri kita untuk melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai impian.Kadang-kadang ada pelajar sanggup bertindak mengambil dadah bagi mendapatkan tenaga untuk belajar lewat malam.
Impian dan kejayaan memang mampu menjadi kenyataan sekiranya kita betul-betul mengharapkan dan sanggup berkorban.Tapi kita wajib akui hakikat, segalanya berlaku atas rahmat dan kehendak Allah.Andai kata kita berusaha bersungguh-sungguh, belajar sampai nak gila.Kalau Allah tak izinkan, tak menjadi juga kejayaan itu.
Walaupun begitu, jangan putus harapan.Usaha dan terus usaha dalam masa yang sama meletakkan kejayaan itu berlaku kerana kehendak Allah.Apa yang perlu kita buat cuma terus belajar dan tawakal.Insyaallah, kita tak tension time musim exam.
Saya tidak meletakkan kejayaan itu atas result peperiksaan.Saya selalu lakukan sesuatu perkara yang saya tidak mampu.Seringkali tidak berjaya atau tidak memuaskan.Tapi saya mempunyai kemampuan belajar untuk melakukan sesuatu perkara tersebut .Itu sudah cukup menjadikan saya percaya, ia sebuah kejayaan.Saya percaya bahawa kejayaan itu bukanlah terletak pada gred yang kita dapat tetapi sesuatu perkara baru yang kita tahu hari ini yang tidak kita tahu semalam.
Memang tidak dinafikan, keputusan peperiksaan menjadi pengukur usaha-usaha yang telah dilakukan.Sebenarnya kita belajar bukan untuk peperiksaan sahaja. Belajar bukan sekadar untuk exam, tapi lebih daripada itu.
Kenapa saya katakan begini?
Sebab ramai dalam masyarakat kita pada hari ini, khususnya remaja mengamalkan sikap 'buang buku' setelah exam. Apabila kita set pada pemikiran bahawa belajar hanya sekadar untuk exam maka beginilah jadinya.Tiba waktu cuti cuma tahu melepak,main,berfacebook,jalan-jalan dan tidur sahaja.
Sepatutnya kita patut belajar dan terus belajar.Peperiksaan itu cuma ujian dari silibus yang kita hafal untuk diguna dalam menguasai sesuatu bidang.Lihatlah dunia ini seluas-luasnya, kita ketinggalan dalam banyak perkara.Maka amat wajar melihat banyak lagi idea-idea lain yang tidak terkandung dalam teks dan nota kuliah. .
Dalam bilik saya berselerak dengan buku-buku sosiopolitik,sastera,sejarah,novel dan buku bergenre agama.Saya rasa inilah bidang saya. Semuanya pun belum dibedah kerana kekangan buku-buku teks yang berlambak.Saya tidak mampu untuk agihkan masa untuk membaca buku teks dengan buku-buku lain.Mungkin ada orang lain yang berpendapat dan berhadapan situasi seperti saya.Jadi,kalau kita baru sahaja habis exam.Itulah masa terbaik untuk kita membedah buku-buku yang berfaedah.Bukan setelah exam, menjadikan kita hidup sekadar hidup sahaja.
antara buku yang bakal dibaca cuti nanti.ni baru sikit. -.-
Belajar dan terus belajar.Belajar bukan sekadar untuk peperiksaaan,tapi lebih daripada itu.Belajar untuk tidak lari dari masalah.Belajarlah untuk menjadi progresif bagi melawan mereka yang mahukan per kepalamu untuk tujuan busuk. Belajar dan terus belajar mencari matlamat hidup, berpacu tenaga untuk itu dan akur bahawa kejayaan adalah rahmat tuhan. Orang yang lebih berjaya adalah orang yang mampu melihat matlamat hidup diawal kehidupannya dan mengerahkan seluruh tenaga ke arah itu mengikut kemampuan. Kalau tak berjaya di dunia sekalipun, Insyaallah di akhirat kelak.
oh, lupa. Selamat menduduki peperiksaan. :D
Saya melakukan apa-apa sahaja dengan cara yang terbaik, yang saya tahu dan saya mampu.Dan bercadang untuk meneruskan hingga akhir hayat.Kerana saya percaya, kejayaan itu adalah kehendak Allah.
Maka saya terus belajar dan belajar dengan kemampuan yang diberikan oleh Allah saat ini.
Maka saya terus belajar dan belajar dengan kemampuan yang diberikan oleh Allah saat ini.
Terbaik !
ReplyDeleteterbaik.. ulasan yg membuka minda
ReplyDeleteterbaik.. ulasan yg membuka minda
ReplyDelete